Definition of "Inquiry"

on Saturday, February 27, 2010

The essence of the inquiry approach is to teach pupils to handle situations which they encounter when dealing with the physical world by using techniques which are applied by research scientists. Inquiry means that teachers design situations so that pupils are caused to employ procedures research scientists use to recognise problems, to ask questions, to apply investigational procedures, and to provide consistent descriptions, predictions, and explanations which are compatible with shared experience of the physical world.

Rumah vs Hotel

on Thursday, February 25, 2010

Saya memang selalu kerja outstation, terutamanya ke Kota Kinabalu di mana HQ jabatan saya berada. Tak kiralah sama ada untuk mesyuarat atau bengkel. Paling tidak sebulan mesti ada 2-3 kali kerja outstation. Tu belum masuk belajar hujung minggu. Selalunya kalau outstation, mesti tinggal hotel sebab selalu jalan dengan family... dan pastinya belanja tidak kurang daripada RM500, campur sewa hotel, minyak kereta, makan. Tu memang belanja biasa untuk satu keluarga.

Nasib baik tahun lepas dah start beli rumah. Awal tahun ni dah siap. Apa lagi, fikir punya fikir, daripada bazir duit sewa hotel, baik saya isi keperluan rumah tu, so nanti boleh guna time outsation.

The Key Characteristics of Opening Questions in a Questionnaire

on Tuesday, February 23, 2010

The characteristics of opening in a questionnaire are:
Evocative - Evocative questions are ones that catch the interest of the reviewer and draw her/him into the proposal. Equally important, they easily adhere in the reviewers’ memory after reading the proposal. Questions tend to be evocative because of the ways they engage with challenging topics: they pose innovative approaches to the exploration of problems, and because of this the answers found are far from obvious. There is no single way to form a conceptually innovative question. However, some of the following qualities are common to successful proposals.

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

on Monday, February 22, 2010

Maksud Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada. Contoh kemahiran berfikir secara kreatif termasuklah:
  • menjana idea
  • menghubungkait
  • membuat inferens
  • meramal
  • membuat hipotesis
  • mensintesis
  • mengitlak
  • membuat gambaran mental
  • menganalogi
  • mereka cipta
Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran.

Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Berikut pula penerangan ringkas tiga proses yang terlibat dalam kemahiran berfikir secara kreatif.

a) Menjana idea
Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.

b) Membuat inferens
Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

c) Meramal
Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang dandaikan akan berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

on Sunday, February 21, 2010

Maksud Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Perkataan kritis berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Terdapat sembilan proses yang terkandung dalam kemahiran berfikir secara kritis, iaitu:
  • mencirikan
  • membanding dan membeza
  • mengumpul dan mengelas
  • membuat urutan
  • menyusun mengikut keutamaan
  • menganalisis
  • mengesan kecondongan
  • menilai
  • membuat kesimpulan

Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Pengajaran dan PembelajaranKemahiran berfikir kritis penting digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kemahiran ini akan membolehkan pelajar memilih maklumat-maklumat yang releven bagi sesuatu konsep yang sedang dipelajari. Sebagai contoh, dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan, pelajar akan dapat mengenal pasti punca-punca jangkitan penyakit dan cara untuk menghindari sesuatu penyakit. Ringkasnya, kemahiran ini akan membantu pelajar berfikir secara kritis dalam mensintesis penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Berikut pula adalah contoh kemahiran berfikir secara kritis:
a) Mencirikan
Proses ini melibatkan aktiviti bagi mengenal pasti kriteria sesuatu seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Aktiviti pemerhatian biasanya terlibat semasa proses mencirikan ini dilakukan. Biasanya kemahiran ini digunakan untuk: Mendefinisikan konsep atau item dan Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

b) Membanding dan membeza
Merupakan satu proses yang melibatkan pelajar mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini akan digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan; dan Membuat pilihan atau keputusan.

c) Mengumpul dan mengelas
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat; dan item atau maklumat yang tidak tersusun.

Kemahiran Berfikir

Maksud Kemahiran Berfikir
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa, kemahiran berfikir adalah satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sangat penting kerana ia membolehkan murid memahami, menilai serta mengaplikasikan maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan dalam situasi Pembelajaran Bestari. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan sesuatu cadangan atau jawapan. Beberapa alat pemikir (thinking tools) digunakan sebagai panduan kepada guru-guru dalam mengendalikan pembelajaran dalam kelas.

How Should Researchers Begin?

on Saturday, February 20, 2010

Research question is the most critical part of our research proposal—it defines the proposal, it guides our arguments and inquiry, and it provokes the interests of the reviewer. If our question does not work well, no matter how strong the rest of the proposal, the proposal is unlikely to be successful. Because of this, it is common to spend more time on the researching, conceptualizing and forming of each individual word of the research question than on any other part of the proposal. To write a strong research question we will need time. Step away from our computer; consider what drew us to our topic. What about it animates and matters to us? Listen to ourselves and start formulating our question by following our own interests. 

Qualities of Good Questionnaire

on Friday, February 19, 2010

A good questionnaire has a few qualities that must be followed by the researcher. We must choose a research question that highlights the methodological prowess. A research question must be answerable by the methodological tools available to the researcher. Conversely, the methods, however sophisticated, must help the researcher to answer a question of significance to both researcher and their discipline. As we consider what we can do practically, it may be worth thinking about reformulating or “spinning” our question in a way that will allow us to provide an effective answer. Similarly, as our thinking evolves and our research question changes, we must prepared to reformulate our research design.

Firefox Lebih Menarik dengan Personas

on Thursday, February 18, 2010


Tidak dapat dinafikan pada masa sekarang lebih ramai pengguna gemar menggunakan browser Mozilla Firefox. Mungkin kerana browser ini lebih comfortable dengan banyak aplikasi web berbanding yang lain. Justeru semakin ramai pula developer yang membangunkan Add-ons untuk browser ni. Salah satu daripadanya adalah themes skin.

Perkaitan antara Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif Dengan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Gejala Vandalisme Di Kalangan Pelajar Sekolah

on Monday, February 15, 2010

Pendekatan Moral Kognitif merupakan salah satu pendekatan yang banyak memperkatakan tentang isu-isu moral di kalangan pelajar. Salah satu daripadanya adalah perbuatan vandalisme. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa antara punca pelajar terlibat dalam perbuatan vandalisme ini adalah disebabkan kelemahan yang wujud dalam perkembangan teori ini. Pandangan ini mungkin ada betulnya kerana, sikap atau tingkah laku seseorang amat berkait rapat dengan perkembangan kognitif mereka sendiri.

Jadi bagi membuktikan pandangan ini, berikut dikemukakan beberapa faktor yang mungkin berkait rapat dengan pendekatan perkembangan moral kognitif dan perlakuan-perlakuan vandalisme yang dilakukan oleh golongan pelajar. Penjelasan-penjelasan berikut akan cuba mengaitkan faktor tersebut dengan perkembangan moral kognitif mereka yang terlibat. Faktor-faktor yang dimaksudkan adalah:

Semangat 1Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Datin Seri Rosmah Mansor hadir semasa rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA,Kuala Lumpur.


  
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menggaul "Yee Sang" ketika menghadiri Rumah Terbuka MCA sempena sambutan Tahun Baru Cina di Wisma MCA di Kuala Lumpur, 14 Februari.Turut serta (dari kiri) Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri Tun Jeanne Abdullah


  
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (empat dari kanan) bersama Pengerusi MCA negeri Perak,Datuk Kong Cho Ha (tiga dari kanan) dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional melakukan 'yee sang' pada majlis rumah terbuka MCA di Ipoh, 14 Februari.


 
Para penyokong Perhimpunan Melayu Negeri Selangor yang berarak dari masjid negeri ke Bangunan SUK, Shah Alam, 12 Februari, untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap menteri besar berkaitan isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

Sumber: Utusan Malaysia

Hadiah Timex Expedition daripada Isteri

on Sunday, February 14, 2010

Aku ni bukannya jenis manusia yang pandai sambut Valentine's Day pun.. Aku anggap hari ni sama juga seperti hari-hari yang lain.. Tapi hari mungkin secara kebetulan nasib aku agak baik sebab isteri bagi hadiah Jam Tangan Timex Expedition.

Kata isteri jam tangan tu bukannya special untuk Valentine's pun. Dia dah beli sejak minggu lepas tapi ntah macam mana dia lupa bagi.. secara kebetulan tadi kemas-kemas bilik, baru dia nampak jam ni... so, dia bagi aku terus jam tu.. Lagipun dia belikan sebab kasihan tengok aku yang asyik-asyik memakai jam tangan Fossil dengan metal bracelets. Tak padan katanya kalau time santai-santaipun pakai jam tangan jenis metal bracelets tu... Aku apa lagi, terus bawa jam tu keluar rumah, letak atas batu dan tangkap gambar.. hehe sayang isteri.. ;p


Apapun, sejuta terima kasih untuk isteri.

Google Lancarkan Google Buzz

on Friday, February 12, 2010


Nampaknya Google tidak mahu ketinggalan dari segi teknologi Jaringan Sosial apabila mula melancarkan Google Buzz. Fungsinya yang hampir sama seperti Twitter dan Facebook itu pada masa kini boleh diakses melalui Gmail pengguna. Melalui Google Buzz, pengguna dapat berkongsi sesuatu sesama rakan secara langsung.

Pendekatan Kepedulian (Caring Approach)

on Tuesday, February 09, 2010

Secara ringkasnya, Pendekatan Kepedulian (Caring Approach) adalah salah satu pendekatan yang dapat digunakan dalam pengajaran Pendidikan Moral di sekolah. 

Pendekatan jenis ini telah dipelopori oleh Noddings (1984). Noddings telah membuat beberapa sumbangan yang signifikan kepada bidang pendidikan. Antaranya beliau telah mengkaji etika kepedulian dan hubungannya terhadap persekolahan, dan juga terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam keluarga dan komuniti tempatan. Beliau juga telah berjaya mendemonstrasikan signifikan kepedulian dan perhubungan sebagai matlamat pendidikan.

Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’, ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Perkataan ‘care’ itu sendiri daripada ‘caring approach’ diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia membawa maksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain.

Sumber Dan Faktor Persekitaran Di Sekolah Yang Boleh Dimanipulasi Untuk Membantu Proses Normalisasi Bagi Pelajar Cacat Pendengaran

on Sunday, February 07, 2010

Sekolah pendidikan khas khusus untuk pelajar-pelajar istemewa kurang menghadapi masalah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kerana sekolah ini biasanya dilengkapi dengan kemudahan khusus bagi memenuhi keperluan pelajar tersebut. Namun begitu, di sekolah-sekolah biasa, kemudahan-kemudahan tersebut agak berkurangan dan ini agak menyukarkan guru-guru melaksanakan program berkenaan. Meskipun begitu, beberapa langkah alternatif boleh diambil oleh guru-guru atau pihak pentadbir di sekolah berkenaan misalnya, memanipulasi sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran sedia ada, persekitaran fizikal dan persekitaran sosial di sekolah. Berikut adalah beberapa sumber yang boleh dimanipulasikan.

Kaitan Proses Normalisasi Dengan Falsafah Pendidikan Khas Dalam Konteks Pendidikan Khas Di Malaysia

Normalisasi merujuk kepada pendekatan yang berkait rapat dengan budaya. Dalam konteks pendidikan khas, proses normalisasi adalah bertujuan memberi hak kepada individu kurang upaya supaya mereka dapat menyesuaikan dan membiasakan diri dengan cara hidup normal orang lain dalam sesebuah masyarakat. Penyesuaian tersebut merangkumi tugasan-tugasan harian sama ada di rumah, sekolah mahupun persekitaran.

Falsafah Pendidikan Khas yang menjadi garis panduan pelaksanaan program pendidikan khas pula adalah:

Hubungan Di Antara Kemahiran-Kemahiran Bacaan

on Friday, February 05, 2010

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca juga merupakan lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh melalui pengalaman biasa yang lain.

Kemahiran kembaca boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu mekanis, mentalis, intensif dan ekstensif. Bacaan mekanis adalah teknik membaca secara cepat. Mentalis digunakan untuk memahami isi kandungan bahan yang dibaca. Seterusnya bacaan secara intensif melibatkan pengkajian secara mendalam tentang teks yang dibaca. Manakala bacaan ekstensif pula merupakan bacaan meluas untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang sesuatu perkara atau tajuk yang sedang dibaca.

Meskipun terdapat perbezaan konsep di antara keempat-empat jenis bacaan tersebut, namun apa yang pasti kesemuanya saling berhubung kait di antara satu sama lain. Membaca menurut fahaman psikolinguistik kognitif melibatkan banyak faktor, umpamanya faktor lambang bertulis, penglihatan, ingatan jangka pendek, bahasa dan tatabahasa, erti, pengetahuan dunia dan lain-lain (Kamarudin Hj. Husin, 1996: 3). Makna membaca menurut fahaman ini ialah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang pembaca membentuk semula dalam fikirannya makna yang ingin disampaikan oleh seorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yang dibaca oleh pembaca tadi. Sama ada ia dilakukan secara mekanis, mentalis, intensif atau ekstensif, aktiviti membaca dilakukan adalah untuk mentafsir maksud dan memberi daripada tanda saran yang didapati pada lambang-lambang bertulis daripada teks yang dibaca.

Seterusnya, hubungan jenis-jenis membaca juga boleh dilihat daripada cara pembacaan dan tujuan membaca dilakukan. Di dalam kelas, murid akan melaksanakan aktiviti membaca kuat (mekanis) seperti yang selalu diarahkan oleh guru. Tujuannya adalah untuk mendengar kemahiran murid dalam penyebutan. Tetapi adakah bacaan secara kuat tidak boleh digunakan untuk memahami isi kandungan teks yang dibaca? Bagaimana pula dengan keadaan-keadaan tertentu, misalnya membaca kuat surat khabar kepada seseorang yang tidak dapat melihat? Adakah kita membaca itu untuk memperdengarkan intonasi kita kepada orang berkenaan? Ataupun, membaca untuk memberi kefahaman kepadanya tentang kandungan teks yang kita baca itu?

Persoalan-persoalan yang diperlihatkan di atas sebenarnya ingin memperjelaskan bahawa kita membaca kerana mempunyai sebab-sebab tertentu. Tidak kira kita membaca secara mekanis, mentalis atau sebagainya, namun kita membaca itu kerana kita mempunyai sebab-sebab tertentu. Jadi hubungan yang wujud di antara keempat-empat jenis bacaan itu adalah setiap satu daripadanya mempunyai tujuannya tersendiri.

Seterusnya, jika timbul pula persoalan sama cara bacaan mentalis mempunyai hubungan yang rapat dengan jenis-jenis bacaan yang lain atau sebaliknya, maka jawapannya adalah ya. Jawapan ini diberikan berdasarkan alasan-alasan berikut.

Dalam bacaan mentalis, aspek yang diberi penekanan adalah kefahaman tentang isi kandungan bahan atau teks yang dibaca. Ini mungkin nampak berbeza dengan bacaan mekanis yang lebih mengutamakan aspek tatabahasa terutamanya dari segi sebutan. Namun, perlu diingat, pemahaman membaca tidak harus dipisahkan daripada kemahiran yang lain.
Semasa membaca, kita dapat melihat beberapa hubungan yang rapat di antara bacaan mentalis dengan jenis bacaan yang lain. Contohnya melalui aktiviti:

1. Membaca dan bercakap;
Membaca sambil bercakap boleh dilakukan dengan cara kita membaca teks berkenaan secara kuat. Berdasarkan penerangan tentang konsep bacaan, membaca secara kuat merupakan salah satu ciri-ciri yang terdapat pada bacaan mekanis. Sekiranya aktiviti ini dilakukan, bermakna kita telahpun menghubungkaitkan bacaan mentalis dengan bacaan mekanis. Semasa sedang membaca juga, kita akan memberi penekanan terhadap aspek tatabahasa yang lain seperti penyebutan, intonasi, tekanan dan sebagainya kerana seperti yang telah dijelaskan sebelumnya, pemerhatian terhadap aspek ini sangat penting kerana setiap tanda-tanda atau lambang-lambang tulisan itu mempunyai makna tertentu yang ingin disampaikan oleh penulis. Dengan kata lain, untuk memahami isi kandungan teks yang dibaca, pembaca perlu memerhatikan tanda-tanda berkenaan dengan teliti. Jadi gabungan di antara bacaan kuat dan penelitian terhadap aspek tatabahasa dalam teks berkenaan merupakan ciri-ciri bacaan intensif.

2. Membaca sambil mendengar atau membaca sambil membaca;
Kadang kala, kita juga membaca sambil mendengar. Aktiviti ini mungkin dapat dilakukan dengan cara membandingkan teks yang dibaca dengan bahan berita yang didengar untuk memastikan kesahihan kandungan di antara keduanya. Bagitu juga dengan aktiviti membaca sambil merujuk. Kita membuat bacaan secara mentalis untuk mendapatkan kefahaman tentang teks yang dibaca, dalam masa yang sama pula, mungkin kita merujuk kepada kamus ayat untuk mendapatkan pemahaman khusus tentang sesuatu perkataan atau ayat yang tidak difahami. Akitiviti ini juga dikenali sebagai bacaan secara meluas (ekstensif).

Jadi berdasarkan kepada dua contoh yang diberikan di atas, kita dapat melihat bahawa bacaan mentalis selalunya tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti bacaan yang lain (mekanis, intensif dan ekstensif). Maka dengan itu adalah jelas bahawa bacaan mentalis sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan jenis bacaan yang lain.

Anna Freud

on Thursday, February 04, 2010

Anna Freud (1895-1982)

Biografi
Anna Freud dilahirkan pada 1895 di Vienna. Beliau merupakan anak keenam seorang psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud. Selepas menamatkan sekolah tinggi, beliau menjadi seorang guru di sekolah rendah.

Penglibatan dalam bidang psikologi
Pengalaman semasa mengajar di sekolah rendah memberikan pengalaman yang berguna kepada Anna Freud kerana dari sanalah beliau mula meminati bidang psikologi kanak-kanak. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang psikologi dengan menghadiri mesyuarat psikoanalitik, kertas analitik dan menganalisis pesakit-pesakit. Anna telah menghasilkan analitiknya yang pertama ketika umurnya 26 tahun walupun dia tidak pernah mendapat pendidikan lanjutan di peringkat ijazah. Dia terus menerima lebih banyak pencapaian dalam bidang psikologi.

Teori Pembelajaran Sosial

on Wednesday, February 03, 2010

Pengenalan
Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard - dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut oleh Miller dan Dollard dinamakan "social learning" - "pembelajaran sosial". Perilaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imbalan ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. 

Pembelajaran Secara Kontekstual

on Monday, February 01, 2010

Pengenalan
Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu keadaan di mana pelajar akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir yang tinggi, pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan penganalisis data, pemecahkan masalah-masalah tertentu samada secara individu atau berkumpulan. Kontekstual dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Pembelajaran konteksual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Strategi ini dapat memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta informasi demi membina pengetahuan sendiri. Kaedah kontekstual adalah berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, di mana ia mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan. Ringkasnya, pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran jenis ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.
 
© Just Another Story All Rights Reserved