Hubungan Keluarga Terjejas Gara-gara Video Lucah



Rasanya sudah ramai tahu kontroversi video bogel di beberapa laman blog yang dikatakan mirip Melia Aimiellia (Melia). Saya tidak akan mengulas tentang perkara tersebut cuma ingin berkongsi berita berkenaan   yang kononnya kontroversi tersebut telah menyebabkan hubungan keluarga Melia terjejas.

Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah.

Pelakon berusia 19 tahun itu berkata, dia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.

“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.

“Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Pelakon filem Karipap-Karipap Cinta itu berkata, susulan kecaman dan pertikaian anggota keluarga yang lain, mereka sekeluarga kini lebih selesa untuk menghadapi situasi genting itu tanpa sokongan dan kepercayaan ahli keluarga yang lain.

“Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.

“Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian,” katanya dengan nada sebak.

Melia berkata ekoran impak terburuk yang melanda keluarganya itu, dia bertekad untuk tidak melepaskan pengendali blog berkenaan yang bertanggungjawab sehingga mencetuskan kontroversi ini.

“Terlalu banyak percanggahan fakta pada kenyataan yang dikeluarkan pengendali blog itu pada akhbar tersebut. Saya mempunyai bukti dan rekod perbualan kami sebelum ini.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya sudah membuat laporan polis dan menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang terjejas tanpa sebarang tawaran lakonan pada waktu ini.

Pengendali sebuah laman blog hiburan pada Isnin membuat pendedahan di sebuah akhbar dengan menafikan telah membuat teknik pertindihan gambar (superimpose) terhadap wajah Melia Aimiellia untuk dikeluarkan pada blog berkenaan.

Ia sebagai menepis dakwaan artis tersebut yang menuduh mereka cuba menjatuhkannya dengan melakukan tenik tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, mana-mana individu tidak kiralah penulis bloq ataupun orang awam boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah.

Sumber: mstar.com.my

Kalau memang tidak bersalah apa nak ditakutkan, betul tak? Semoga Melia dapat pengadilan yang sewajarnya.




Read More Add your Comment 1 Respon


Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Siswazah



Kerajaan Jepun dengan kerjasama Persatuan Siswazah Jepun Malaysia (Jagam) menawarkan sebuah biasiswa untuk kursus sarjana atau PhD bagi kemasukan April 2013.

Presiden Jagam, Phua Lee Kerk berkata, rakyat Malaysia di bawah umur 35 tahun pada 1 April, 2013 dan pemegang ijazah dengan pendidikan formal selama 16 tahun atau mahasiswa tahun akhir di universiti masing-masing layak memohon.

Pemohon hendaklah mempastikan borang yang telah dipenuhi diserahkan sebelum 4 petang 30 Mac dan borang permohonan boleh dimuat turun dari www.jagam.org.my, kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sepanjang tempoh biasiswa, penerima akan diberikan elaun bulanan kira-kira 143,000 yen sementara yuran dan tuisyen di universiti akan dikecualikan dan tiket pergi balik akan juga disediakan.

"Kami bangga dapat melaksanakan program ini dan dengan ikhlas menghargai komitmen Kerajaan Jepun terhadap pendidikan rakyat Malaysia,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi JAGAM di 03-78774312 atau e-mel ke jagamkl@gmail.com. 

Sumber: BERNAMA




Read More Add your Comment 0 Respon


SBPA Dimansuhkan, SSM Ditambahbaik



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.

Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Sumber: Malaysiakini




Read More Add your Comment 2 Respon


Keputusan STPM diumumkan 7 Mac 2012



Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan 7 Mac 2012.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. - BERNAMA




Read More Add your Comment 0 Respon


Pendaftaran Calon Persendirian SPM, SPMU Mula Dibuka



Pendaftaran calon persendirian untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2012 dibuka mulai Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataan hari ini berkata tarikh akhir pendaftaran ialah 31 Mac.

Pendaftaran boleh dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat.

Menurut LPM, borang pendaftaran dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman webnya di http://www.moe.gov.my/lp

Sumber: http://mstar.com.my




Read More Add your Comment 0 Respon


Cikgu ‘kung fu’ Guru Besar



Terkejut juga membaca berita seorang guru sekolah bergaduh dengan guru besar hingga melibatkan tumbuk-menumbuk atau istilah yang digunakan 'kung fu'. Saya sendiri tidak dapat memberikan rumusan tentang perkara ini sebab tidak tahu sangat pokok pangkalnya. Bagaimanapun saya kongsikan beritanya di sini dan terpulanglah kepada pembaca untuk menilai sendiri.

GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi 'kung fu' antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.

Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.

“Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain,” katanya.

Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.

“Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,” katanya.

Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. Sumber




Read More Add your Comment 1 Respon


 

© 2011 Just Another Story All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info Seo - TheEmoLab.com