Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kesan Taufan (Haiyan)

on Thursday, November 07, 2013

AMARAN KATEGORI KEDUA - AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Taufan (HAIYAN) dikesan pada Latitud 9.8 Utara; Longitud 130.2 Timur, pada jam 05:00 petang, 07 November 2013, kira-kira 1,400 km ke Timur Laut Kinabatangan, Sabah dan bergerak ke arah Barat-Barat Laut dengan anggaran kelajuan 35kmsj. 

Untuk makluman, Taufan (Haiyan) merupakan taufan paling kuat di 'West pacific' tahun ini dengan mencatatkan kelajuan angin sehingga 145mph (230 kmsj). Taufan ini semakin menghampiri Pantai Timur laut Sabah. 

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Ditingkatkan daripada Amaran Kategori Pertama yang dikeluarkan pada pukul 04.05 petang, 07 November 2013.

Angin kencang Timur Laut/Barat Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat, Kudat & Sandakan) & WP Labuan dijangka berterusan sehingga Selasa, 07 November 2013.  Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut/Barat Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman & Tawau) dijangka berterusan sehingga Selasa, 12 November 2013.  Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil , rekreasi laut dan sukan laut.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat, Kudat & Sandakan) & WP Labuan dijangka berterusan sehingga sebelum subuh, Jumaat, 08 November 2013. Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Sabah (Pedalaman) & Sarawak (Limbang) dijangka berterusan sehingga sebelum subuh, Jumaat, 08 November 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)- Ditingkatkan daripada Amaran Kategori Pertama yang dikeluarkan pada pukul 04.05 petang, 07 November 2013.
Angin kencang Timur Laut/Barat Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan Sabah (Pantai Barat, Kudat & Sandakan), WP Labuan, Condore, Reef North, Palawan, Layang-Layang & Sulu dijangka berterusan sehingga Selasa, 12 November 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut/Barat Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman & Tawau), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South & Sulawesi dijangka berterusan sehingga Selasa, 12 November 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil , rekreasi laut dan sukan laut.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini
a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat, Kudat & Sandakan), WP Labuan, Reef North & Palawan dijangka berterusan sehingga sebelum subuh, Jumaat, 08 November 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Sabah (Pedalaman), Sarawak (Limbang) & Bunguran dijangka berterusan sehingga sebelum subuh, Jumaat, 08 November 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

"Dikemaskini pada *07 November 2013*, jam 08:24PM" 



SECOND CATEGORY WARNING - WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS

Typhoon (HAIYAN) is observed at Latitude 9.8 North; Longitude 130.2 E, at 05:00 pm, 07th November 2013, approximately 1,400 km Northeast of Kinabatangan, Sabah and moving West-Northwestwards at estimate speed of 35kmph.
 
SECTION A: WARNING FOR PUBLIC
 
I) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (SECOND CATEGORY)- Upgraded from First Category Warning issued at 04.05 pm, 07 November 2013.
Strong Northeasterly/Northwesterly winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres occurring over the waters off Sabah (West Coast, Kudat & Sandakan) & Labuan FT are expected to continue until Tuesday, 12th November 2013. This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
 
II) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (FIRST CATEGORY)
Strong Northeasterly/Northwesterly winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres occuring over the waters off Kelantan, Terengganu, Pahang, East Johore, Sarawak, Sabah (Interior & Tawau) are expected to continue until Tuesday, 12th November 2013. This condition may cause strong winds up to 50kmph and rough seas with wave height up to 3.5 metres and dangerous to small boats.
 
III) WIDESPREAD THUNDERSTORM WARNING-Update
a) Thunderstorm activities occurring over the waters off Sabah (West Coast, Kudat & Sandakan) & Labuan FT are expected to continue until pre dawn, Friday, 08th November 2013. At the same time, strong winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
 
b) Thunderstorm activities occurring over the waters off Pahang, Sabah (Interior) & Sarawak (Limbang) are expected to continue until pre dawn, Friday, 08th November 2013. This condition may cause strong winds up to 50 kmph and rough seas with wave height up to 3.5 metres and dangerous to small boats.
 
SECTION B: WARNING FOR SHIPPING
 
I) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (SECOND CATEGORY) - Upgraded from First Category Warning issued at 04.05 pm, 07 November 2013.
Strong Northeasterly/Northwesterly winds over 60 kmph with waves more than 4.5 metres occurring over waters off Sabah (West Coast, Kudat & Sandakan), Labuan FT, Condore, Reef North, Palawan, Layang-Layang & Sulu are expected to continue until Tuesday, 12th November 2013. This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.

II) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (FIRST CATEGORY)
Strong Northeasterly/Northwesterly winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres occurring over the waters off Kelantan, Terengganu, Pahang, East Johore, Sarawak, Sabah (Interior & Tawau), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South & Sulawesi are expected to continue until Tuesday, 12th November 2013. This condition may cause strong winds up to 50kmph and rough seas with wave height up to 3.5 metres and dangerous to small boats.

III) WIDESPREAD THUNDERSTORM WARNING - Update
a) Thunderstorm activities occurring over the waters off Sabah (West Coast, Kudat & Sandakan), Labuan FT, Reef North & Palawan are expected to continue until pre dawn, Friday, 08th November 2013. At the same time, strong winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
 
b) Thunderstorm activities occurring over the waters off Pahang, Sabah (Interior), Sarawak (Limbang) & Bunguran are expected to continue until pre dawn, Friday, 08th November 2013. This condition may cause strong winds up to 50 kmph and rough seas with wave height up to 3.5 metres and dangerous to small boats.

"Updated on 07 November 2013, at 08:24PM"

Senarai Calon Pakatan Rakyat Untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)

on Tuesday, April 09, 2013

Sejak Parlimen Malaysia penggal ke-12 dibubarkan secara rasmi pada Rabu, 3 April 2013, kedua-dua parti politik terbesar Malaysia telahpun giat melaksanakan tugas masing-masing, sama ada dalam merancang dan melancarkan manifesto parti mahupun menetapkan calon yang bakal bertanding di setiap kawasan DUN dan Parlimen.

Walaupun tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) belum diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi, namun sudah terdapat parti yang mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di kawasan DUN atau Parlimen.



Berdasarkan rujukan saya di laman sosial, terdapat satu senarai tidak rasmi yang dikeluarkan merujuk kepada senarai calon pakatan rakyat yang akan bertanding dalam PRU13 nanti. Daripada senarai tersebut, PAS dijangka Bertanding 76 kerusi Dewan Rakyat dan 237 kerusi Dewan Negeri, DAP dijangka bertanding 50 kerusi Dewan Rakyat, KEADILAN dan APS dijangka Bertanding 96 kerusi Dewan Rakyat.

Perlis Indera Kayangan (3 kerusi)
P 001 - Padang Besar -Azamhari Mahmood (PAS)
P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau
           Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan
P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)


PAS – 3 KEADILAN -


Kedah Darul Aman (15 kerusi)
P 004 - Langkawi - TBC (KEADILAN)
P 005 - Jerlun - TBC (PAS)
P 006 - Kubang Pasu - TBC (PAS)
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - TBC (PAS)
P 014 - Merbok – Nor Azrina Surip@Nurin Aina (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
          (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)

PAS – 8 KEADILAN - 7


Kelantan Darul Naim (14 kerusi)
P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang)
P 020 - Pengkalan Chepa - TBC (PAS)
P 021 - Kota Bharu - TBC (PAS)
P 022 - Pasir Mas - Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - bertukar dari parlimen
           Rantau Panjang - belum disahkan)
P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku
           - belum disahkan)
P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS)
P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS)
P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan)
P 027 - Tanah Merah - Nik Mahmood Nik Hassan (KEADILAN - belum diumumkan)
P 028 - Pasir Puteh - TBC (PAS)
P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan)
P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan)
P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang)
P 032 - Gua Musang - TBC (PAS)

PAS – 11 KEADILAN – 3


Terengganu Darul Iman (8 kerusi)
P 033 - Besut - TBC (PAS)
P 034 - Setiu - TBC (PAS)
P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS)
P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS)
P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang)
P 038 - Hulu Terengganu - TBC (PAS)
P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
P 040 - Kemaman - (KEADILAN)

PAS – 7 KEADILAN – 1


Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi)
P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS)
P 042 - Tasek Gelugor - TBC (PAS)
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang)
P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang)
P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang)
P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)
P 048 - Bukit Bendera - Koay Teng Hai (DAP - bertukar dari DUN Pulau Tikus
           - belum disahkan)
P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan)
P 050 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang)
P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Sin (KEADILAN)
P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN)

PAS – 2 KEADILAN – 3 DAP – 6


Perak Darul Ridzuan (24 kerusi)

Parlimen
P58 Bagan Serai- Dr Muhammad Nur Manuty
P61 Padang Rengas- Meor Ahmad Ishaara Ishak
P63 Tambun- Siti Aishah Shaikh Ismail
P71 Gopeng- Dr Lee Boon Chye
P72 Tapah-Vasantha Kumar Krishan
P73 Pasir Salak-Mustaffa Kamil Ayub
P74 Lumut- Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid
P75 Bagan Datok – Madzi Hasan
P77 Tanjung Malim- Tan Yee Kew

DUN
N01 Pengkalan Hulu- Mejar(B) Abdullah Masnan
N02 Temengor Mohd Supian Mordin
N03 Kenering- Mohd Tarmizi Abdul Hamid
N04 Kota Tampan- Zahrul Nizam Abdul Majid
N07 Batu Kurau- Mohd Fadzil Alias
N09 Kuala Kurau- Abdul Yunus Jamhari
N10 Alor Pongsu- Rosli Ibrahim
N13 Kuala Sepatang- Chua Yee Ling
N24 Hulu Kinta- M.A Tinagaran A/l Arumugam
N34 Bukit Chandan- Fathmawaty Salim
N39 Bota- Zulkifly Ibrahim
N42 Tualang Sekah- Baldip Singh A/L Santokh Singh
N44 Simpang Pulai- Tan Kar Hing
N45 Teja- Chang Lih Kang
N46 Chenderiang- Amani Wiliams Hunt Abdullah
N48 Sungai Manik- Osman Abdul Rahman
N52 Pangkor- Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
(Dikemaskini: 16/04/2013)


Selangor Darul Ehsan (22 kerusi)
P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
P 093 - Sungai Besar - TBC (PAS)
P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN - belum diumumkan)
P 095 - Tanjong Karang - TBC (PAS)
P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang)
P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
P 101 - Hulu Langat - TBC (PAS)
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang)
P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang)
P 104 - Kelana Jaya - Wong Chen (KEADILAN)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang)
P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang)
P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
P 109 - Kapar - G Manivannan (KEADILAN)
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang)
P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
P 112 - Kuala Langat - Abdullah Sani (KEADILAN)
P 113 - Sepang - TBC (PAS)


PAS – 7 KEADILAN – 11 DAP - 4

DUN Selangor

Batang Kali: Ramachandran Kandasamy
Batu Caves: Amirudin Shaari
Batu Tiga: Rodziah Ismail
Bukit Antarabangsa: Azmin Ali
Bukit Lanjan: Elizabeth Wong
Bukit Melawati: S Manikavasgam
Dengkil: Borhan Aman Shah
Ijok: Idris Ahmad
Kajang: Lee Chin Cheh
Kota Anggerik: Yaakob Sapari
Kuang: Tengku Maraziah Tengku Sulaiman
Permatang: Yahya Mat Saari
Port Klang: Khalid Ibrahim
Rawang: Gan Pei Nei
Sementa: Daroyah Alwi
Semenyih: Hamidi Haasan
Seri Andalas: Xavier Jeyakumar
Seri Muda: Shuhaimi Shafie
Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad
Taman Medan: Haniza Talha
(Dikemaskini: 15/04/2013)


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi)
P 114 - Kepong - Dr Tan Seng Giaw (DAP-penyandang - belum disahkan)
P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang)
P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN)
P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang)
P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN)
P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang)
P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang)
P 122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP - penyandang)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 125 - Putrajaya - Husam Musa (PAS)
P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin / Hadnan Mohammad (KEADILAN/PAS
           - belum disahkan)

PAS – 3 KEADILAN – 5 DAP - 5


Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi)
P 126 - Jelebu -Aiman Atirah Al Jundi (PAS-belum disahkan)
P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)
P 128 - Seremban - John Fernandez (DAP - penyandang)
P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan)
P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang)
P 131 - Rembau - TBC (KEADILAN)
P 132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (KEADILAN - penyandang
           - belum disahkan)
P 133 - Tampin - TBC (PAS)

PAS – 3 KEADILAN – 3 DAP - 2


Melaka Darul Azim (6 kerusi)
P 134 - Masjid Tanah - TBC (PAS)
P 135 - Alor Gajah - TBC (DAP)
P 136 - Tangga Batu – Rahim Hj Ali (KEADILAN)
P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN)
P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang)
P 139 - Jasin - TBC (PAS)

PAS – 1 KEADILAN – 3 DAP – 2


Johor Darul Takzim (26 kerusi)
P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN)
P 141 - Sekijang – Julailey Jemadi (KEADILAN)
P 142 - Labis - TBC (DAP)
P 143 - Pagoh -TBC (PAS)
P 144 - Ledang – Hassan Karim (KEADILAN)
P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang)
P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN)
P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS - belum disahkan)
P 148 - Ayer Hitam - TBC (PAS)
P 149 - Sri Gading – Mohd Khuzzan Abu Bakar (KEADILAN)
P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN)
P 151 - Simpang Renggam - TBC (PAS)
P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN)
P 154 - Mersing - TBC (PAS)
P 155 - Tenggara - TBC (PAS)
P 156 - Kota Tinggi - Onn Jafar (PAS - belum disahkan)
P 157 - Pengerang - Anis Afida Azli (PAS - belum diumukan)
P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN)
P 159 - Pasir Gudang – Dr Ahmad Faidi (KEADILAN)
P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN)
P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur)
P 163 - Kulai - M Kulasegaran (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Barat
           - belum disahkan)
P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan)
P 165 - Tanjong Piai - TBC (DAP)

PAS – 9 KEADILAN – 11 DAP - 6


Senarai Calon Pakatan Rakyat Sabah



Parlimen

P167 Kudat: Rahimah Binti Majid
P168 Kota Marudu: Datuk Maijul Mahap
P169 Kota Belud: Isnaraissah Munirah Binti Majlid @ Fakharudy
P170 Tuaran: Datuk Seri Pangima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred
P171 Sepanggar 
P172 Kota Kinabalu 
P173 Putatan
P174 Penampang: Ignatius Dorrel Leiking
P175 Papar: Datuk Mohammad Yahya @ Yahya Bim Lampong
P176 Kimanis: Jaafar Bin Ismail
P177 Beaufort: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
P178 Sipitang: Ramlee Bin Dua @ Ramli Dua Lee
P179 Ranau: Jonathan Bin Yasin
P180 Keningau: Stephen Sandor
P181 Tenom: Masdin Bin Tumas
P182 Pensiangan: Datuk Seri Dr Richard Sakian Bin Gunting
P183 Beluran: James Miki
P184 Libaran: Mohd Serman Bin Hassnar




P185 Batu Sapi
P186 Sandakan
P187 Kinabatangan: Mustapa Bin Datu Tambuyong
P188 Silam: Dr Badrulamin Bin Bahron
P189 Semporna: Dr Zamree @ Mohd Suffian Bin Abdul Habi
P190 Tawau: Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min
P 191Kalabakan  

Dewan Undangan Negeri (DUN)
N01 Banggi: Datu Abdul Razak Bin Datu Abdul Salam
N02 Tanjong Kapor: Chin Chung Kui @ William Chin
N04 Matunggong: Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan
N05 Tandek: Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau
N07 Kadamaian: Uloh @ Jeremmy Bin Majalad @ Malazad
N08 Usukan: Ir Mustafa Sa’mud
N09 Tamparuli: Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred
N10 Sulaman: Mukhtar
N11 Kiulu: Rhodes Bin Panilau
N12 Karambunai: Muali Bin Aching
N13 Inanam: Roland Chia Ming Shen
N15 Api-Api: Liew Chin Jin
N18 Petagas: Mat Yunin @ Mohd Yunin Bin Atin
N20 Moyog: Terrence Siambun
N21 Kawang: Kefli @ Dzulkefli Bin Safar
N22 Pantai Manis: Fred Bin Gabriel
N23 Bongawan: Tan Ser Ibrahim Menudin
N24 Membakut: Narawi @ Sinar Bin Ahmad
N25 Klias: Datuk Seru Lajim Bin Ukin
N26 Kuala Penyu: Datuk Johan @ Christopher Bin OT Ghani
N27 Lumadan: Ustaz Abdul Rahman Yaakob
N28 Sindumin: Harunsah Bin Ibrahim
N29 Kundasang: Satiol Bin Indong
N30 Karanaan: Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Bin Yusin
N31 Paginatan: Amru Bin Abd Kadir
N32 Tambunan: Wilfred Win Bin Ponil
N33 Bingkor: Dato Ahmad Shah Tambakau
N34 Liawan: Paul Gitang
N36 Kemadong: Biou Suyan
N37 Sook: Liberty Lopog
N38 Nabawan: Raymond Bin Ahuar
N39 Sugut Petrus Zabang
N40 Labuk: Datuk Tan Yong Gee
N41 Gum-Gum: Ahmad Thamrin @ Thamrin Bin Mohd Jaini
N42 Sungai Sibuga: Irwansyhah Bin Mustafa
N43 Sekong: Musah Bin Ghani
N47 Kuamut: Benson Ingam
N49 Tungku: Johani Bin Abd Halim
N50 Lahad Datu: Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong
N52 Sulabayan: Hermeny Bin Murgal
N53 Senallang: Mohd Amin Bin Abdul Mem
N55 Balung: Frank Salazar @ Franco
N56 Apas: Alizaman Bin Jijurahman


Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi)
P 192 - Mas Gading - TBC (KEADILAN)
P 193 - Santubong - TBC (KEADILAN)
P 194 - Petra Jaya - Ahmad Nazib Johari (KEADILAN - belum disahkan)
P 195 - Bandar Kuching - Chong Chein Jen (DAP - penyandang, juga penyandang DUN
           Kota Sentosa)
P 196 - Stampin - Dr Tang Sie Hing (DAP - belum disahkan)
P 197 - Kota Samarahan - Dr Ramblam Rahmat (KEADILAN)
P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN)
P 199 - Serian - TBC (KEADILAN)
P 200 - Batang Sadong - TBC (PAS)
P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN)
P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN)
P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN)
P 204 - Betong - TBC (KEADILAN)
P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian)
P 206 - Tanjong Manis - TBC (KEADILAN)
P 207 - Igan - TBC (KEADILAN)
P 208 - Sarikei - TBC (DAP)
P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN)
P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN)
P 211 - Lanang - TBC (DAP)
P 212 - Sibu - Alice Lau (DAP - belum disahkan)
P 213 - Mukah - TBC (KEADILAN)
P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN)
P 215 - Kapit - TBC (KEADILAN)
P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN)
P 217 - Bintulu - TBC (DAP)
P 218 - Sibuti - Dr Michael Teo (KEADILAN - belum disahkan)
P 219 - Miri - TBC (DAP)
P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN)
P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan)
P 222 - Lawas - TBC (KEADILAN)

PAS – 1 KEADILAN – 23 DAP – 7

Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini belum muktamad melainkan sudah disahkan oleh pemimpin tertinggi parti masing-masing. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika ada kesilapan kerana senarai ini dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sumber: Pakatan Rakyat Elections News

Senaman Punggung

on Friday, May 18, 2012

Saya sebenarnya kurang berminat mengikuti cerita BERSIH ataupun protes ke atas mana-mana pihak. Cuma apabila suatu perkara itu pada saya perlu disuarakan, maka saya akan secara "senyap" di sini.

Saya pasti ramai juga membaca kes senaman punggung yang dilakukan oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu di hadapan rumah Ambiga membantah penganjuran BERSIH 3.0 dan dakwaan penglibatannya dalam program lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) pada hari Selasa lalu (15 Mei).

Dalam senaman tersebut, kira-kira 15 orang lelaki itu mengadakan senaman aneh itu di depan rumah Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara dengan dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung.

Pada saya tindakan itu sangat tidak patut dan tidak beretika, malah melanggar salah satu prinsip Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Entah apa yang terlintas di fikiran mereka ketika itu. Wajarkah seorang bekas tentera yang selama ini kita ketahui sebagai orang yang sangat berdisiplin sanggup menjatuhkan air muka sendiri di khalayak ramai? Dan apa agaknya hukuman yang paling sesuai dikenakan ke atas warganegara yang tidak mematuhi prinsip Rukun Negara?

Menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan orang lain yang mereka anggap salah itu memang patut. Tetapi adakah mereka perlu mengikuti atau memilih tindakan yang salah. Jika begitu, maka mereka juga tidak berbeza dengan individu atau kumpulan yang menyokong BERSIH atau didakwa menyokong LGBT.

Harap perkara ini tidak berulang dan individu atau kumpulan lain dapat menjadikannya sebagai iktibar supaya tidak diulangi masa akan datang.

NUR ALERT: Kanak-Kanak Hilang Nayati Moodliar

on Wednesday, May 02, 2012

Pernahkah anda melihat kanak-kanak ini? NAYATI SHAMELIN MOODLIAR, 12 tahun, hilang sejak 27/4/2012. Tempat terakhir dijumpai adalah di hadapan Sekolah Mon't Kiara International School. Jika anda mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini sila hubungi ASP ERWANSYAH di talian 019-3849480 atau Balai Polis Traver.


Kemaskini 03/05/2012: Kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, 12, dijumpai di Rawang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Media melaporkan kanak-kanak lelaki warga Belanda itu dilapor hilang dipercayai diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini, kira-kira pukul 7 pagi Jumaat lepas.

Nayati, yang memakai pakaian seragam sekolahnya dikatakan dilarikan oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Gen 2 berwarna hitam. (Sumber: Kosmo)

Lagi Kematian Membabitkan SPRM

on Wednesday, April 06, 2011

Hari ini liputan berita memetik, seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

Pegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini. "Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata pembantu khas Mohamed Khalid, Masrul Amri Kamaruddin.

Maknanya ini berkemungkinan akan menjadi kes misteri kedua yang bakal mendapat perhatian meluas selepas kes kematian Teo Beng Hock.

Apapun kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu memandangkan ia masih lagi dalam siasatan. Biarlah pihak berkuasa menentukannya.

Berita lanjut boleh diikuti di Malaysiakini.

Siti Aishah, Bekas Permaisuri Agong Saman Uncle Seekers

on Saturday, December 04, 2010

Hari ini banyak berita melaporkan Saman yang dikeluarkan peguam Siti Aishah ke atas Uncle Seekers atau nama sebenar beliau Syed Abdullah Hussein Al-Attas akibat mendedahkan maklumat sulit peribadi melalui blog beliau (Cerita lanjut).

Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana didakwa telah membocorkan maklumat dirinya.

Siti Aishah menamakan Syed Abdullah sebagai defendan pertama manakala ayah Syed Abdullah, Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

Writ saman bertarikh 2 Disember itu difailkan melalui Tetuan Gunaseelan & Associates di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.

Mahkamah tersebut kemudian menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan interparte untuk kes tersebut.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah sebagai plaintif memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama dan kedua untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat semasa plaintif menerima 'rawatan' daripada defendan.

Ustazah Hampir Jadi Mangsa Cabul Bomoh

on Thursday, October 07, 2010

Tak sangka betul sekarang ni. Orang yang diharapkan untuk membuat sesuatu perubahan atau kebaikan kepada orang lain sering mengambil kesempatan.

Kes terkini, seorang ustazah berusia 35 tahun nyaris menjadi habuan kerakusan nafsu seorang bomoh selepas dikatakan dipukau lelaki terbabit sebelum dicabul ketika mendapatkan khidmat rawatan tradisional di rumah baru miliknya, di Bintong, di sini, petang semalam.

Ustazah itu bagaimanapun bernasib baik kerana tersedar ketika bomoh berusia 51 tahun itu sedang asyik meraba alat sulitnya, sebelum terus bangkit dan berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Selepas mendapati bomoh berkenaan berlalu meninggalkan kediaman terbabit, mangsa kemudian keluar daripada tempat persembunyiannya sebelum terus ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan.

Harap individu terbabit mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Sosilawati dibunuh dan dibakar

on Monday, September 13, 2010

Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dipercayai telah mati dibunuh. Empat pekerja ladang buah-buahan dan ternakan milik seorang peguam bergelar Datuk mengaku terlibat membunuh dan membakar Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga lelaki bersama jutawan kosmetik itu di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, berdasarkan pengakuan empat daripada lapan lelaki yang ditahan reman itu, polis kemudian berjaya menemui lokasi empat mangsa yang dipercayai ditahan, dibunuh dan dibakar di ladang ternakan tersebut.

"Kesemua lelaki terbabit mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudian dibakar.

"Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke sebatang sungai berhampiran sebuah ladang ternakan di situ," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dekat sini semalam. (Sumber: Kosmo online)

Adakah Luca Lucas bakal menerima hukuman?

on Thursday, September 09, 2010

Kes Luca Lucas ni nampaknya semakin mendapat perhatian banyak pihak terutamanaya daripada pengguna-pengguna laman sosial Facebook "Sabahan". Kebanyakan daripada mereka mendesak agar pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya kepada Luca Lucas yang dianggap menghina negeri Sabah dan sangat menyentuh perasaan orang-orang Sabah.

Akibat daripada tindakannya itu, seseorang kononnya telahpun membuat aduan kini sedang mendapat perhatian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seperti yang dimuatkan dalam akhbar Sabah Times hari ini. Jadi sama ada Luca Lucas bakal berhadapan dengan hukuman terpulang kepada kebijaksanaan pihak terbabit.


Boleh juga rujuk Sabah Times versi online untuk berita berkenaan.

Diharapkan perkara ini diberi perhatian sewajarnya supaya perkara yang sama tidak dilakukan oleh pengguna facebook yang lain. Dalam masa yang sama juga, diharap penyokong-penyokong kumpulan Kami Benci Luca Lucas Krn Mengutuk Negeri Sabah dapat menghentikan kutukan dan hinaan balas terhadap individu terbabit. Sebab apa yang saya nampak kutukan dan kata-kata cacian daripada penyokong kumpulan tu lebih "dasyat" daripada kata-kata si Luca Lucas. Malah lebih teruk lagi ada yang sanggup meletakkan gambar-gambar lucah dan tidak sepatutnya yang juga boleh menyinggung orang lain.

Sekali lagi pendirian saya, yang salah tetap bersalah dan Luca Lucas patut terima padahnya. Tapi jangan sampai kita yang sedar ni terikut-ikut melakukan kesalahan yang sama.

Ditahan ketika bogel dan melakukan seks

on Wednesday, September 01, 2010

Di Kuala Lumpur, dua wanita dalam keadaan bogel yang sedang asyik memberi khidmat seks kepada pelanggan di sebalik tirai katil kecil di sebuah premis di Jalan Kuchai Lama, di sini, adalah antara tujuh pelacur warga China yang ditahan dalam serbuan polis, malam kelmarin.

Dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman pada jam 10.40 malam itu, semua wanita berusia 20-an hingga 40-an itu tergamam dan gagal dalam cubaan melarikan diri selepas premis di tingkat satu berkenaan dikepung.

Kegiatan tidak bermoral itu berlaku ketika sebahagian besar rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menyambut ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-53 secara sederhana kerana menghormati Ramadan.

Operasi bagi membanteras pelacuran menerusi Ops Noda itu diketuai tiga pegawai dan lapan anggota yang dijalankan hasil risikan dan maklumat orang ramai.

Pemeriksaan mendapati, premis terbabit menyediakan sembilan katil yang setiap satunya ditutupi dengan tirai bagi tujuan urutan badan dan seks kepada pelanggan.

Ketika serbuan, dua daripada wanita berkenaan sedang melayan pelanggan di atas katil dalam keadaan berbogel, manakala empat lagi yang berpakaian mencolok mata turut berada di sebalik tirai bersama pelanggan masing-masing.

Pemeriksaan mendapati premis berkenaan turut berselerak dengan tuala dan seluar dalam wanita di samping pelbagai jenis pil dipercayai ubat pencegah kehamilan.

Jurucakap D7 Bukit Aman berkata, enam pelanggan warga tempatan berusia 30-an hingga 40-an yang sedang leka mendapatkan khidmat seks turut disoal siasat.
Katanya, setiap pelanggan dikenakan bayaran RM50 bagi urutan badan, manakala RM155 ditawarkan untuk pakej urutan badan ke badan dan seks.

“Semua wanita warga China itu menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk menawarkan khidmat seks dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di premis berkenaan, malam kelmarin.

Katanya, premis berkenaan yang berselindung di sebalik pusat refleksologi tradisional dan kecantikan badan itu juga didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih setahun lalu.

“Premis ini juga dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan sebarang pergerakan di luar dalam usaha mengelak kegiatan tidak bermoral mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Bekas Guru Rogol dan Liwat Pelajar 11 Tahun

on Tuesday, August 24, 2010

Lagi kes yang melibatkan rogol gadis bawah umur. Kali ni melibatkan seorang bekas guru di Sabah pula.

KOTA KINABALU – Seorang bekas guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini atas lima pertuduhan iaitu merogol dan meliwat seorang pelajar perempuan warga Singapura berusia 11 tahun di sebuah sekolah rendah swasta di sini.

Adrian Simon, 31, yang diwakili peguam Hairul V. Othman, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Hakim Caroline Bee Majanil membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes.

Adrian didakwa merogol bekas pelajar itu sebanyak tiga kali dalam makmal sains di sekolah berkenaan antara 10 Februari dan 7 April lepas, mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.

Dia juga didakwa memaksa pelajar perempuan itu melakukan seks oral terhadapnya antara 10 Februari dan 20 Februari lepas, serta meliwat mangsa antara bulan Februari dan April, di tempat sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Sumber: Kosmo

p/s: Tertuduh dianggap tidak bersalah selagi hukuman belum diputuskan.

Gadis 12 Tahun Kemaruk Melakukan Seks

on Monday, August 23, 2010

Sedang menjelajah berita online tengahari tadi, terbaca pula berita di Harian Metro Online berkenaan seorang gadis yang baru berusia 12 tahun, tapi sudah kemaruk melakukan seks. Berikut petikan berita tersebut.

Kulim: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya. Berita lanjut

Entah apa punca gadis sunti seusia begitu sudah kemaruk dengan perlakuan seks/zina. Sama ada disebabkan desakan daripada lelaki terbabit ataupun atas kehendaknya sendiri. Bagaimanapun, satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun. Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Kes Terkini Pembuangan Bayi: Mayat Bayi Dibalut Kain

on Saturday, August 21, 2010

Berapa ramai lagi agaknya perempuan yang mengandungi secara haram di negara ini. Saban hari ada saja kes pembuangan bayi berlaku. Kes terkini, mayat bayi yang dibungkus dengan kain telah ditemui telah ditemui di Rembau oleh seorang pengawal keselamatan.

Berdasarkan laporan berita Kosmo Online 21 Ogos 2010, seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir dekat sini semalam.
Kejadian pukul 6 pagi itu disedari Mohamad Som Adlan, 62, selepas dia diminta oleh beberapa pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di situ supaya melihat satu bungkusan kain yang mencurigakan ditinggalkan di atas bangku.

"Saya ingat buah cempedak tetapi bila dibuka saya amat terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.

"Mayat bayi itu lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala serta kain batik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambahnya, dia dan beberapa lelaki kemudian menghubungi polis selepas mendapati bayi tersebut sudah tidak lagi bernyawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, mayat bayi malang itu dianggarkan berusia di antara 10 dan 12 bulan serta berketurunan Melayu.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.

Mohon kepada mereka yang berdekatan atau yang mempunyai maklumat tentang kes berkenaan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau 36-6851999 bagi membantu siasatan.

Sama-samalah kita lebih perihatin supaya kes pembuangan bayi di negara ini dapat dibendung.

Roslin Hashim Bercerai Gara-gara Raja Azmi?

on Thursday, August 19, 2010

Akhbar mStar online hari ini ada menyebutkan bahawa punca utama Roslin Hashim bercerai adalah gara-gara Raja Azmi. Roslin Hashim, 35 tahun yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, pada Rabu, menyatakan bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman, 38 tahun, Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.

Kata Roslin Hashim lagi, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara.

Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.

Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman.

Ketika ditanya Hakim Syarie, Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.

Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.

"Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.

Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan.

Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.

Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.

Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak "I cerai you-lah."

Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan.

Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati. Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.

Selain itu, akhbar Kosmo Online juga turut menyebut dalam berita bertajuk "Lafaz cerai di hotel"
Nurhayati Othman, isteri kepada jaguh badminton negara Roslin Hashim, mendakwa dia diceraikan oleh suaminya selepas dia mendapati lelaki itu berada bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.

Nurhayati, 38, berkata, Roslin, 35, melafazkan cerai tersebut setelah dia dan ahli keluarganya termasuk ibu dan dua adik lelaki menyerbu bilik bernombor 533 dengan dibawa oleh Jalani Sidek (suami Raja Azmi).

Berdasarkan pernyataan Roslin Hashim, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu. Jadi adakah ini boleh dianggap punca perceraiannya?

Benjy Terlepas Satu Tuduhan Penyalahgunaan Dadah

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32 tahun yang sebelum ini dikaitkan dengan 3 pertuduhan berhubung penyalahgunaan dadah akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret di sini semalam melepas dan membebaskan satu daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Manakala bagi dua pertuduhan berikut, Majistret Hafizza Sauni memutuskan supaya ia dibicarakan serentak mulai hari ini dengan sembilan saksi dipanggil memberi keterangan.

Benjy yang berdiri di dalam kandang tertuduh kelihatan gembira dengan keputusan itu sambil kerap tersenyum ke arah Azean, bapa dan dua adiknya yang duduk di galeri awam.

Terdahulu, Hafizza memutuskan Benjy dilepas dan bebas setelah Timbalan Pendakwa Raya, Nurmardiana Mamat memaklumkan telah mendapat arahan untuk menarik balik pertuduhan tersebut.

Ia berikutan notis bantahan yang diserahkan peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad kepada pihak pendakwaan 15 Ogos lalu bagi menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Benjy didakwa memasukkan dadah syabu ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 8.24 pagi, 15 Mac lalu.

Selain itu, Hafizza turut menolak permohonan Amer Hamzah supaya dua pertuduhan lain yang dihadapi Benjy dibicarakan secara berasingan.

Sumber: Kosmo

Wanita Seksi Hantui Pesta Hantu Lapar

on Tuesday, August 17, 2010

Di sebalik percanggahan pendapat mengenai persembahan nyanyian oleh wanita-wanita berpakaian seksi pada Festival Hantu Lapar yang sedang berlangsung sekarang, penasihat kepada penganjur utama acara itu mencadangkan agar persembahan itu digantikan dengan pertandingan nyanyian.

"Lagipun pentandingan nyanyian ini lebih murah untuk dianjurkan," kata penasihat Persatuan Teong Gun, Datuk Lim Yam Koi kepada Bernama.

Lebih RM2 juta dibelanjakan setiap tahun bagi menyambut festival berkenaan yang akan berlangsung sehingga 7 Sept ini. Sejak bermula 10 Ogos lepas, banyak persembahan ini, yang dikenali sebagai "ko tai", diadakan di jalan-jalan atau di kawasan lapang.

Festival itu disambut pada bulan ketujuh dalam kalendar Cina oleh masyarakat Cina di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan selatan China.

Mengikut kepercayaan mereka, pada bulan berkenaan, "pintu neraka" dibuka bagi membolehkan hantu-hantu lapar keluar mencari makanan di Bumi.

Pada pertengahan festival, biasanya pada malam ke-14 atau ke-15, makanan ditawarkan manakala wang kertas dan gaharu dibakar di luar rumah untuk mententeramkan jiwa nenek moyang yang telah meninggal dunia dan bagi memohon nasib yang baik.

Persembahan berbentuk opera Cina dan wayang kulit juga diadakan untuk menghiburkan "roh-roh yang berkeliaran".

Di Pulau Pinang saja, 218 jawatankuasa "phor tor" ditubuhkan bagi menganjur Festival Hantu Lapar. Jawatankuasa ini dianggotai ketua-ketua masyarakat, peniaga dan penduduk setempat.

Sejak kebelakangan ini, jawatankuasa-jawatankuasa ini banyak mengundang wanita berpakaian menjolok mata untuk menyanyi dengan tujuan menarik penonton.

Lim berkata jawatankuasa ini sepatutnya menganjurkan pertandingan nyanyian yang kosnya lebih rendah berbanding bayaran antara RM3,000 dan RM5,000 bagi persembahan oleh wanita-wanita berkenaan.

"Lagipun, pertandingan nyanyian adalah satu bentuk hiburan untuk penonton yang termasuk kanak-kanak dan orang tua," katanya.

Lim berkta beliau akan meminta jawatankuasa "phor tor" untuk menimbang cadangan itu kerana langkah itu akan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.

Beliau berharap lebih banyak opera dan wayang kulit Teochew dan Hokkien dapat diadakan kerana persembahan ini mampu menarik minat pelancong asing ke George Town, yang diiktiraf oleh Unesco sebagai bandar raya warisan.

"Lagipun, kumpulan opera ini hanya mengenakan bayaran antara RM2,000 dan RM3,000 bagi setiap persembahan," kata Lim.

Sumber: Bernama

Pasangan Kekasih Mengaku Bersalah Buang Bayi

on Monday, August 16, 2010

Ketika orang lain sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut 1 Ramadhan, lain pula yang dilakukan oleh sepasang kekasih di Melaka. Mohd Zolhalmi Khamis, 18 tahun dan pasangannya seorang juvana berusia 17 tahun 10, berasal dari Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan itu membuang bayi perempuan mereka di kawasan kilang Daibochi, Ayer Keroh, kira-kira jam 1 pagi, 11 Ogos.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berita Harian sebelum ini melaporkan satu pasangan kekasih disyaki membuang bayi perempuan baru dilahirkan ke dalam tong sampah di luar kilang tempat mereka bekerja pada hari pertama Ramadan.

Pasangan berusia 18 tahun itu ditahan beberapa jam selepas polis menerima laporan penemuan bayi perempuan yang masih bertali pusat diisi dalam beg pakaian warna hitam daripada seorang pengawal keselamatan, kira-kira jam 5.20 pagi.

Entahlah, jika diimbas semula apa yang berlaku sejak kebelakangan ini,  kes pembuangan bayi nampaknya semakin menjadi-jadi. Malah dalam seminggu terdapat dua atau tiga kes serupa disiarkan dalam akhbar.

Ustazah Ditangkap Khalwat Buat Anak Berang

JITRA: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berang apabila mendapati ibunya dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu (PADKP) di rumah mereka di Taman Teja, Changlun di sini, Jumaat lalu. Bagaimanapun dia ditenteramkan penguat kuasa yang melihatnya dalam keadaan marah.

Sebelum kejadian, remaja itu tidur dalam bilik di rumah itu sebelum dikejutkan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di situ.

Ibu remaja itu, ustazah berusia 40 tahun yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah itu dicekup berkhalwat dengan seorang kakitangan kerajaan yang sudah berkeluarga.

Sumber berkata, anak lelaki wanita itu langsung tidak mengetahui ibunya membawa masuk lelaki berkenaan pada hari kejadian.

Katanya, wanita itu dikatakan sudah lama menjanda dan mengenali lelaki itu yang sudah berkeluarga itu sejak beberapa bulan lalu.

“Wanita itu berasal dari Kampung Pulau Nyior, di sini juga pemilik rumah berkenaan, manakala pasangannya berusia 50 tahun berasal dari Langgar, Alor Setar.

“Kami terpaksa menunggu kira-kira 20 minit kerana pemiliknya enggan membuka pintu sehingga memaksa kami menggunakan alat pembesar suara sehingga mengejutkan jiran berhampiran,” katanya.

Pelajar Rakam Aksi Lucah di Surau

on Thursday, July 29, 2010

KUCHING: Belumpun reda isu aksi panas artis Indonesia, Ariel dan Luna, orang ramai di negeri ini digemparkan pula dengan penyebaran adegan seks oral membabitkan dua pelajar Tingkatan Dua di Bintulu, Sarawak.

Lebih memeranjatkan pelajar terbabit yang berpakaian sekolah melakukan adegan seks oral di surau sekolah mereka, dengan klip videonya disebarkan secara meluas melalui internet dan telefon bimbit mulai awal bulan lalu.

Malah, lencana sekolah juga dapat dilihat pada tudung pelajar perempuan yang sudah menanggalkan kainnya, manakala pelajar lelaki yang berdiri dipercayai merakam adegan itu sendiri menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika semua guru menghadiri mesyuarat hujung tahun dengan kehilangan mereka tidak disedari rakan lain.

Aksi itu dipercayai dirakam, tahun lalu, namun ia hanya tersebar melalui internet, baru-baru ini, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Difahamkan, pelajar wanita itu sudah berpindah lain ke sekolah di Kuching akibat terlalu malu, sementara pelajar lelaki terbabit masih menuntut di sekolah sama.

Katanya, ada pihak memuat turun rakaman itu ke internet menyebabkan ia kembali menjadi tumpuan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu sudah lama berlaku dengan tindakan tegas sudah diambil ke atas dua pelajar berkenaan. (Sumber: Berita Harian)

Maya Karin Disahkan Bercerai Talak Satu.

on Friday, July 16, 2010

Pada bulan Jun Lepas Berita Tempatan ada melaporkan yang Maya Karin dan Suaminya telah ke Mahkamah Syariah untuk prosiding berhubung perkahwinan mereka (Rujuk). Ketika itu Maya Karin menjelaskan yang mereka belum membuat sebarang keputusan. Manakala suaminya pula, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali menyatakan yang tiada perceraian berlaku.

Bagaimanapun hari ini berita tempatan (mStar) melaporkan yang Maya Karin telahpun disahkan bercerai talak satu dengan suaminya setelah melalui prosiding di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang tadi.

Petaling Jaya: Pelakon Maya Karin,31, mengesahkan telah bercerai dengan Muhammad Ali,40, atau nama asalnya Steven David Shorthose, Jumaat.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan itu hadir di hadapannya.

Dalam satu mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirim oleh pegawai syarikat rakaman Satu Entertainment, Azlin Abas, pasangan tersebut membuat kenyataan bersama berhubung penceraian terbabit.

Dalam mesej yang dihantar kepada semua media kira-kira 9.30 malam, Jumaat, Maya dan Muhammad Ali meminta agar privasi mereka tidak diganggu.

Berikut ini disiarkan kenyataan ringkas berkenaan:

"Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama untuk bercerai daripada mahkamah syariah.

"Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyesalan mendalam.

"Kami percaya keputusan ini menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan," kata mereka.

Sumber berita: mStar.com.my
 
© Just Another Story All Rights Reserved