Anna Freud

on Thursday, February 04, 2010

Anna Freud (1895-1982)

Biografi
Anna Freud dilahirkan pada 1895 di Vienna. Beliau merupakan anak keenam seorang psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud. Selepas menamatkan sekolah tinggi, beliau menjadi seorang guru di sekolah rendah.

Penglibatan dalam bidang psikologi
Pengalaman semasa mengajar di sekolah rendah memberikan pengalaman yang berguna kepada Anna Freud kerana dari sanalah beliau mula meminati bidang psikologi kanak-kanak. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang psikologi dengan menghadiri mesyuarat psikoanalitik, kertas analitik dan menganalisis pesakit-pesakit. Anna telah menghasilkan analitiknya yang pertama ketika umurnya 26 tahun walupun dia tidak pernah mendapat pendidikan lanjutan di peringkat ijazah. Dia terus menerima lebih banyak pencapaian dalam bidang psikologi.

Di Vienna, Anna Freud telah berkhidmat sebagai pengerusi kepada Vienna Psycho-Analytic Society dan telah menerbitkan kertasnya pada tahun 1927 ketika dia berumur 32 tahun. 10 tahun kemudian, dia telah menulis The Ego and Mechanisms of Defense yang menekankan tentang tekanan dan ego psikologi. Dia dan Dorotthy Burlington telah mengasaskan Jackson Nursery di Vienna tetapi terpaksa berpindah ke London akibat tekanan Nazi. Mereka telah menemui Hampstead Nursery di london yang digunakan untuk merawat mangsa perang Dunia II. Kini ia dikenali sebagai institusi untuk psikoanalisis kanak-kanak dan terkenal di seluruh dunia. Anna telah menghasilkan 3 buah buku sepanjang berada di sana berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang ditempuhinya di nursery itu. Buku-buku itu adalah: Young Children in Wartime (1942), Infants Without Families (1943), and War and Children (1943).

Walau bagaimanapun nursery itu terpaksa ditutup pada tahun 1945 dan dia telah menemukan Hempstead Child Therapy Course and Clinic pada tahun 1947. Dia berkhidmat sebagai pengarah dari tahun 1952 – 1982. Dia telah berusaha untuk meluaskan aplikasi psikoanalisis di mana dia telah memperkenalkan psikoanalitik yang berasaskan kepada pemahaman di mana kebajikan kanak-kanak diutamakan. Ini boleh didapati dalam bukunya yang bertajuk Normality and Pathology in Childhood (1968).

Anna Freud telah meninggal dunia ketika berumur 86 tahun iaitu pada tanggal 9Hb.Oktober. 1982. Dia sangat dikenali sebagai salah seorang tokoh psikologi wanita yang telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang psikologi terutamanya yang berkaitan dengan psikologi dan psikoanalisis kanak-kanak.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved