Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Cara Mencari Video Paling Popular di Youtube

on Monday, January 03, 2011

Selain daripada Facebook, YouTube juga adalah antara laman yang popular dan paling banyak dilayari di seluruh dunia. Mungkin sebab itu lah YouTube baru-baru ini menambah satu lagi ciri baru pada laman berkenaan, iaitu YouTube Trends Dashboard yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mengetahui video Youtube paling popular atau paling banyak ditonton di sesebuah lokasi serta selalu dikongsikan melalui media sosial Facebook dan Twitter. Video yang dimaksudkan boleh dipapar berdasarkan kumpulan tertentu seperti negara dan demografi.


Gambar di atas adalah contoh paparan pada YouTube Trends Dashboard. Pada menu sebelah kiri, pengguna dapat memilih lokasi negeri/negara dan demografi penonton. Menu di sebelah kanan pula membolehkan pengguna menyemak video yang paling banyak dikongsi di Facebook/Twitter dan paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam terakhir untuk video yang dimuat naik dalam 28 hari terakhir. Selain itu, boleh juga membandingkan populariti satu video dengan video yang lain.

Cuma, buat masa ini (semasa entri ini diterbitkan), Malaysia belum termasuk dalam senarai lokasi yang ada. Jadi kita belum dapat mengetahui sendiri apakah video paling popular dan paling kerap ditonton di negara kita. harap-harap dalam jangka masa terdekat, Malaysia termasuk dalam senarai.

Klik untuk mencuba YouTube Trends Dashboard

2,000 Kampung Bakal Dapat Perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar

on Sunday, July 25, 2010

JELEBU: Kira-kira 2,000 buah kampung di seluruh negara bakal memperolehi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar pada tahun ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata buat masa ini, lima buah Kampung WiFi ini sudah mendapat perkhidmatan tersebut termasuk di kawasan kampung-kampung baru, tradisional dan rumah panjang.

Kampung-kampung itu termasuk di Sibu, Sarawak, Pulau Banggi di Sabah dan yang kelima, dilancarkan di Kampung Teriang di sini, Sabtu.

"Usaha penyediaan perkhidmatan jalar lebar ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan kadar penembusan jalur lebar kepada rakyat di negara ini seperti yang telah disasarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Rais kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan WiFi di Kampung Teriang.

Najib pada 24 Mac lalu telah melancarkan inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

Salah satu daripada enam inisiatif berkenaan ialah pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi yang melibatkan peruntukan RM60 juta.

Rais berkata bagi mencapai matlamat penembusan jalur lebar, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang berusaha meluaskan perkhidmatan tersebut kepada seluruh rakyat.

Beliau berkata kadar penembusan jalur lebar di negara ini adalah sangat baik sehingga boleh mencapai 50 peratus tidak lama lagi.

"Perkhimatan jalur lebar kini mendapat permintaan yang tinggi daripada rakyat," katanya. - BERNAMA

(Sumber: mStar)

Pelajar IPTA Bakal Nikmati Kemudahan Teknologi 4G

on Friday, July 02, 2010

JOHOR BAHARU: Kira-kira 400,000 penuntut 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara bakal menikmati kemudahan capaian jalur lebar data suara 4G melalui Program Rakan Pendidikan (EPP) YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) menjelang akhir tahun ini.

Buat permulaan, kira-kira 20,000 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi pelajar universiti pertama menikmati kemudahan itu bersama data, suara dan kemudahan mudah alih, hasil kerjasama menyediakan rangkaian liputan 4G berkenaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perjanjian yang dimeterai antara YTL Comms dan UTM, adalah menepati konsep 1Malaysia bagi membangunkan tamadun masyarakat negara ini sejajar dengan kemajuan masyarakat maju di luar negara.

"Dengan perjanjian terbabit, kami yakin kadar penembusan jalur lebar ketika ini yang mencapai 37.5 peratus, akan dapat membantu kerajaan melepasi sasaran Inisiatif Jalur Lebar Negara sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak dan UTM diwakili Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Zaini Ujang manakala YTL Comms oleh Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Dr Francis Yeoh dan Pengarah Eksekutif Yasmin Mahmood di UTM Skudai di sini, hari ini.

Sementara itu, Yeoh berkata MoU tersebut merupakan sejarah penting dalam membina generasi baru penuntut yang progresif serta mampu mendapat maklumat secara cepat dan mudah.

"Program berkenaan menyediakan peluang kepada penuntut untuk mengakses Intranet dan Internet pada bila-bila masa, di mana jua, di dalam kampus.

"EPP juga membolehkan penuntut membawa arus perubahan positif dalam suasana pembelajaran berteras 4G yang akan menyumbang ke arah kejayaan negara yang lebih cemerlang pada masa depan," katanya.

Dr Zaini pula berkata menerusi MoU tersebut, YTL Comms akan menyediakan kemudahan capaian Internet sehingga 300 megabit bagi seorang pelajar sebulan, secara percuma, untuk tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, ia memudahkan penuntut khususnya mendapatkan maklumat lebih pantas bagi penyelidikan, perundingan dan pembelajaran.

"Menerusi perjanjian ini juga, UTM akan dapat meningkatkan kemudahan liputan Internet 100 peratus di kampus di sini, dan di Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini," katanya. - BERNAMA

Kristal Jadi Penghias iPhone 4G Cover

on Friday, June 11, 2010

Kepada peminat-peminat kristal dan pemilik iPhone, CrystalRoc telahpun melancarkan cover bagi iPhone 4G terbaharu. Setiap cover diperbuat lebih daripada 1500 kristal Swarovski dan bahan asas daripada krom yang ringan tetapi tahan lebih lama.


Buat masa ini CrystalRoc sedang melaksanakan pre-order di www.crystallizedmobiles.com sehingga ia dilancarkan 24 Jun 2010 nanti.


Sumber: crystalroc

iPhone 4 Akan Dipasarkan 24 Jun

on Wednesday, June 09, 2010

SAN FRANCISCO – Firma gergasi Apple Inc. kelmarin mendedahkan gajet terbaru iPhone 4 yang lebih canggih dan akan dijual di Amerika Syarikat (AS) mulai 24 Jun depan pada harga antara AS$199 (RM662) atau AS$299 (RM994).

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs mendedahkan iPhones baru itu pada Persidangan Pemaju Perisian Apple di sini.

Ketebalan iPhone 4 kurang 10 milimeter daripada iPhone 3GS yang dilancarkan pada tahun lalu namun ia mempunyai skrin lebih besar dan jangka hayat bateri lebih lama. Versi terbaru itu tampil dengan sebuah kamera kecil di depan gajet tersebut untuk membolehkan pengguna melakukan perbualan menerusi persidangan video selain sebuah lagi kamera lima mega piksel.

Gajet terbaru itu akan mengandungi versi terkini perisian telefon bimbit Apple dikenali sebagai iOS4 yang dilancarkan pada April lalu.

Aplikasi terbaru iPhone 4 turut meliputi permainan komputer popular Farmville selain Netflix untuk pengguna menonton video yang dimuat turun daripada komputer peribadi. – AP

Google Lancarkan Google Buzz

on Friday, February 12, 2010


Nampaknya Google tidak mahu ketinggalan dari segi teknologi Jaringan Sosial apabila mula melancarkan Google Buzz. Fungsinya yang hampir sama seperti Twitter dan Facebook itu pada masa kini boleh diakses melalui Gmail pengguna. Melalui Google Buzz, pengguna dapat berkongsi sesuatu sesama rakan secara langsung.
 
© Just Another Story All Rights Reserved