Beban Tugas Guru Akan Dikaji

on Friday, April 02, 2010

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya. - BERNAMA
Ranking: 5

{ 3 Respon... read them below or add one }

MAKLIN MASIAU said...

salam tuan...rasanya isu dah lama dan banyak kali timbul.Menteri yg menerajui KPM silih berganti namun hakikatnya kita yg berada di lapangan ja yg tau.
Tapi takpa..tak salah utk mengharap dan kita tunggulah. Berapa lama kajian? Tak pasti..Berapa lama target pelaksanaan? Tak pasti. Situasi skrg ialah kita setia menunggu walau sampai pencen...hehe


4/03/2010 12:20 PM
zulli said...

Kementerian menekan guru melalui pentadbir, pentadbir jadikan sekolah mcm private company, nak dapat duit hadiah, yang kerja keras cikgu biasa, berbagai ugutan tatatertib akn diambil sekiranya membantah, mcm2 program yang dibuat untuk mendapatkan nama, jangan lah sampai guru mengabaikan murid semata mata untuk membuat program yang macam2, kementerian perlu memberi perhatian yang khusus supaya perkara ini tidak menjadi barah, renung renungkanlah perkara ini, wassalam.


3/14/2011 12:40 PM
renu said...

kementerian perlu diberi perhatian terhadap kerja guru, kerana pihak pentadbik di sekolah memberi terlalu kerja kepada semua guru, lagipun guru juga dipanggil pada hari sabtu untuk membuat kerja perkeraniaan nama lDP.Perkara ini adalah sangat membebankan guru lagipun, guru tiada masa untuk meluangkan masa denga ahli keluarga.


12/24/2011 7:44 PM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved