Pendekatan Kepedulian (Caring Approach)

on Tuesday, February 09, 2010

Secara ringkasnya, Pendekatan Kepedulian (Caring Approach) adalah salah satu pendekatan yang dapat digunakan dalam pengajaran Pendidikan Moral di sekolah. 

Pendekatan jenis ini telah dipelopori oleh Noddings (1984). Noddings telah membuat beberapa sumbangan yang signifikan kepada bidang pendidikan. Antaranya beliau telah mengkaji etika kepedulian dan hubungannya terhadap persekolahan, dan juga terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam keluarga dan komuniti tempatan. Beliau juga telah berjaya mendemonstrasikan signifikan kepedulian dan perhubungan sebagai matlamat pendidikan.

Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’, ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Perkataan ‘care’ itu sendiri daripada ‘caring approach’ diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia membawa maksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain.

Nodings melihat pendidikan sebagai medium yang penting dalam mengembangkan perasaan kasih sayang dalam masyarakat. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai tempat perjumpaan yang dirancang atau tidak dirancang yang menggalakkan perkembangan melalui penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan penghargaan. Dengan itu, beliau menyatakan rumah sebagai tempat utama untuk menimba ilmu pengetahuan. Ini sebenarnya bukan menolak peranan sekolah tetapi untuk mengenalpasti apa yang boleh dilakukan oleh rumah untuk memperkembangkan kanak-kanak dan orang muda.

Untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana pendekatan ini akan dapat meningkatkan pengajaran guru, perbincangan akan merujuk kepada empat komponen penting dalam pendekatan ini, iaitu:

1. Modeling
Komponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang. Oleh itu, kita menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara membuat hubungan yang baik terhadap mereka. Keupayaan untuk mengambil berat mungkin bergantung kepada pengalaman yang cukup dalam disayangi.

Merujuk kepada komponen ini, sekiranya guru mengamalkannya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru akan dapat menamkan perasaan sayangkan murid-murid. Perasaan sayang ini pula akan membolehkan guru mengambil berat terhadap setiap permasalahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, seorang guru yang sedang mengajar terlihat seorang muridnya sedang murung dan kelihatan pucat. Guru yang memiliki perasaan kasih sayang terhadap muridnya sudah tentu akan bertanya kepada murid berkenaan sama ada dia mempunyai masalah atau sebaliknya. Sikap guru sedemikian akan dijadikan contoh oleh murid lain di kelas itu. Mereka juga sudah tentu akan lebih menyayangi dan mengambil berat perihal rakan sekelas. Keadaan seumpama ini sudah tentu akan dapat menjalinkan hubungan rapat di antara guru dan murid.

2. Dialog
Komponen ini bukan sahaja percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya mempunyai pembuka dan penutup, dimana kedua-dua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang akan dicapai melalui akiviti berdialog. Ia memberikan pelajar peluang untuk bertanya dan membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan yang seimbang dan dipersetujui. Guru yang mengamalkan komponen ini pula akan sentiasa mewujudkan komunikasi di dalam kelasnya. Komunikasi yang baik di antara guru dan murid sudah tentu akan meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru.

3. Praktis
Komponen ketiga ini menyatakan bahawa sikap dan mentaliti sedikit sebanyak dihasilkan oleh pengalaman. Praktis yang diberikan mesti dengan orang yang boleh mendemonstrasi sikap penyayang, kerana kita tidak mahu anak-anak kita mempelajari kemahiran menyayangi dan mengambil berat tanpa ciri-ciri sikap penyayang. Komponen ini juga hampir sama dengan komponen modeling di masa guru akan mempraktikkan bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang di antara guru dan murid. Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada seorang murid. Apabila guru berbuat demikian, murid itu mengucapkan terima kasih. Pertanyaan guru dan maklum balas murid itu merupakan salah satu praktis. Praktis yang dilakukan secara bersungguh-sungguh juga akan dapat menggalakkan hubungan baik di antara guru dan murid.

4. Kepastian
Komponen ini boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965). Apabila kita pasti seseorang itu mampu melakukan yang terbaik, kita dapat meningkatkan dan menggalakkan perkembangan mereka. Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk mengenalpasti apa yang mereka hendak capai. Sebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih kepada belajar menggunakan teknologi maklumat, misalnya komputer, guru perlu menggalakkan aktiviti tersebut. Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan rasa penghargaan di kalangan murid-murid dan mereka sudah tentu akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru.



Ranking: 5

{ 2 Respon... read them below or add one }

CITY® said...

kepedulian?

ambil kesah?
bukan busy body?

heeeeeeeeeeee


2/09/2010 3:39 PM
kulanz said...

yang ni bukan busy body.. hehe


2/14/2010 9:17 PM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved