Google Lancarkan Google Buzz

on Friday, February 12, 2010


Nampaknya Google tidak mahu ketinggalan dari segi teknologi Jaringan Sosial apabila mula melancarkan Google Buzz. Fungsinya yang hampir sama seperti Twitter dan Facebook itu pada masa kini boleh diakses melalui Gmail pengguna. Melalui Google Buzz, pengguna dapat berkongsi sesuatu sesama rakan secara langsung.
Sebagai sebuah Jaringan Sosial yang baru, tentunya Google Buzz dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti pengguna dapat menetapkan capaian (penglihatan) pengguna lain (Share publicly or privately), integrasi dengan kotak email, integrasi dengan laman perkongsian gambar seperti Flickr dan Picasa, kemudahan untuk mengurus jaringan sosial yang lain misalnya Twitter serta hubungan terus dengan Google Reader.

Adakah Google Buzz mampu menyaingi Twitter dan Facebook yang pada masa ini penggunanya sudah semakin ramai? Kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti.


Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved