Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

on Wednesday, March 31, 2010


Kuala Lumpur: Proton Holdings Bhd akan mengeluarkan 25 unit Proton Satria Neo R3 Lotus (Racing Edition). Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pembuat kereta nasional setakat ini telahpun menerima 11 tempahan untuk model berkenaan. Menurut beliau lagi, kereta ini direka khusus untuk memperingati pasukan perlumbaan Formula Satu Lotus. Hanya 25 unit kereta itu akan dikeluarkan sesuai dengan sambutan ulang tahun ke-25 proton.



PENASIHAT Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed (kiri) ketika melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing edisi terhad di Pavilion, hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pemandu Pasukan 1Malaysia Lotus F1, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy - Berita Harian

Gambar: Berita Harian Online dan Paultan.org

Rutin Kerja

on Saturday, March 27, 2010

Salam semua, harap rakan-rakan/pembaca sihat (adakah yang baca ni? hehe). Sayapun sihat juga sebenarnya. Yang hilang beberapa hari tu bukan sebab tak larat nak blogwalking atau malas, tapi streamyx dan elektrik bekalan SESB anak syarikat TNB telah mengalami kemalangan ngeri. Tanpa disangka-sangka elektrik telah men-stroke-kan dirinya dan telah koma seketika Mujurlah streamyx berjaya menghidupkan dirinya dan kini kembali sihat. Tapi kasihan kepada si elektrik yang asyik-asyik koma dan sedar silih berganti. Malang sungguh...

Dahlah tu, kali ni bukan nak berkisah pasal streamyx atau elektrik sebenarnya. Tapi saja nak kongsi rutin kerja harian. Bukan nak menunjuk-nunjuk, sekadar untuk berkongsi, kata orang, tak kenal maka tak cinta. Lagipun kalau tulis entri pasal cerita sendiri, baru ada peluang untuk sisip gambar sendiri, kan?


Minggu lepas sempat masuk hutan dengan beberapa rakan sekerja. Bukan untuk memburu rusa liar yang memang banyak di Pitas ni, tapi pegi melawat tapak di mana sebuah projek mega akan dibuat. Saya sebenarnya bukan orang penting pun, tapi hanya menggantikan pegawai sepatutnya yang kebetulan melawat ke tempat lain juga. Lawatan tapak ni di buat sebab penduduk di sana memohon agar projek tu dipindahkan ke tempat lain. Bukan apa, menurut laporan, tempat tu kerap dilanda banjir. Jadi sebagai buktinya, diorang bawa kami ke salah sebuah rumah yang kononnya lebih arif tentang banjir yang berlaku di kawasan tu.

Jangan heranlah plk, hari tu Khamis, so memang pakai batik (menyahut seruan kerajaan la kononnya). Padahal sayapun tak ingat yang hari tu kena melawat dalam hutan. Kalau ingat, gerenti tak pakai batik, adess..


Tu yang bertanda putih tu adalah paras bajir yang terbaharu. Fuhh, memang tinggi juga kan? Tengok member sebelah tu, kalau dia tak jengketkan kaki masa banjir, mesti air sampai paras hidung, haha.. Kalau saya gerenti tak apa-apa lagi paras macam tu.. Sebab tu la penduduk di kawasan tu minta supaya projek tu dipindahkan ke tempat yang lagi tinggi. Atas bukit sikit, tempatnya memang cantik.


Yang ni pula pengangkutan yang kami guna untuk sampai ke tempat tu.. Amacam best kan? Naik helikopter lagi, bukan jalan kaki ayam.. Jangan jealous..


Tapi nasib baik kami dah turun... masa nak berlepas, helikopter tu tersangkut di atas tiang lampu..enjin mati dan kipas terus berhenti berputar.. adesss..

Eh, saya tipu je tu. Mana ada kami naik helikopter tu, nak kempunan?... Sebenarnya pic ni saya capture hari yang berlainan. Kipas nampak statik sebab saya gunakan mode TV (Shutter speed). Tapi sayang gambar tak jelas sangat sebab saya gunakan zoom lens murah dan jarak helikopter tu lebih 200 meter dari tempat saya berdiri.. tak pakai tripod pula tu, tangan terketar-ketar tangkap gambar.. almaklumlah, amatur lagi.. hehe..

Lepas siapkan entri ni, saya buka satu laman web yang memang selalu saya jenguk.. tetiba rasa sedih sebab baru dapat info yang mendukacitakan.. nantilah cerita pasal tu...

Penonton Hilang Simpati?

on Friday, March 26, 2010

Peminat-peminat yang menyaksikan siaran langsung Program Realiti TV Akademi Fantasia ke-8 pastinya berasa lega apabila pengacara tidak mengumumkan penyingkiran pelajar selepas konsert pertama Sabtu lepas.

Walau bagaimanapun, peminat-peminat telah dikejutkan apabila pada Ahad berikutnya, siaran penyingkaran pertama telah ditayangkan untuk tatapan umum dan Shah adalah pelajar pertama yang disingkirkan seterusnya mencatatkan rekod sebagai pelajar lelaki pertama tersingkir dalam sejarah Akademi Fantasia. 


Memang ramai yang terkejut dengan format kali ini. Daripada Berita Harian Online juga ada menyebutkan bahawa format seperti itu gagal menimbulkan mood simpati kepada para penonton. Namun menurut produksi program tersebut:
"Seperti yang kami pernah jelaskan sebelum ini, tujuan kami membuat penyingkiran menerusi program Debaran adalah untuk memberikan kelainan kepada program yang sudah tujuh musim bersiaran seperti AF ini. Lagi pun, ini bukan perkara baru kerana formula yang sama pernah kita aplikasikan menerusi program Sehati Berdansa dan ia tetap menarik perhatian penonton". - Bernama

p/s: Secara peribadi saya tak minat sebenarnya AF ni.. tak tengok pun, hehe

Lepasan SPM, STPM, STAM perlu sah permohonan IPTA

on Thursday, March 25, 2010

LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), diminta segera menghantar dan mengemaskinikan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi mengelakkan berlaku kesesakan talian menjelang tarikh tutup 30 Mac ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataannya, berkata permohonan dalam talian bermula 2 Februari lalu, untuk membolehkan pelajar mengemukakan permohonan dan boleh dikemaskini sebanyak tiga kali sehingga tarikh tutup.

atanya, proses permohonan perlu mengguna pakai nombor unik ID, nombor kad pengenalan atau MYKad, kata laluan, nama ibu serta kod imej. "Nombor unik ID boleh diperoleh dengan harga RM10.60 bagi lepasan SPM dan RM15.60 (STPM/STAM) di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

"Pemohon juga boleh menggunakan mesin juruwang automatik BSN atau SMS Banking bagi tujuan itu," katanya.

Semua pemohon lepasan SPM yang sudah mengemukakan permohonan menerusi fasa satu, wajib sahkan permohonan mereka di fasa dua.

Bagi tujuan semakan bagi pemohon lepasan SPM pula, kementerian mengingatkan pemohon mengemukakan semakan panggilan temu duga mulai 7 April ini, manakala bagi STPM dan setaraf, semakan bermula 14 April.
"Permohonan bagi Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf (Ijazah Pertama), semakan panggilan Ujian MedSI boleh dilakukan mulai 15 April ini menerusi laman web http://www.mpm.edu.my.

"Bagi semakan untuk temu duga Program Pendidikan pula, permohonan boleh disemak mulai 11 Mei menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my," kata kenyataan itu.

Calon yang tersenarai bagi panggilan temu duga akan menerima makluman menerusi khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan dalam aplikasi dalam talian. Keterangan lanjut, boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8883 5801, 03-8883 5802 dan 03-8883 5858 atau e-mel upu@mohe.gov.my

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Dilancarkan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, telah melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini.

Inisiatif yang dimaksudkan termasuklah:
  1. Pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah. Satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta.
  2. Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna.
  3. e-kiosk akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara yang membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta.
  4. Liputan selular awam diperluaskan dengan 873 menara telekomunikasi baru akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak.
  5. Peruntukan sejumlah RM1 bilion akan digunakan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer riba atau notebook kepada pelajar yang kurang mampu di seluruh negara.
  6. Telekom Malaysia akan memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20
Sumber: Bernama

Sony Vaio E Series

on Tuesday, March 23, 2010

Sony memang dah terkenal sebagai pengeluar notebook pelbagai siri, antaranya Vaio P, W, X, Z, Y, CW dan F. Tidak ketinggalan juga Vaio M yang dikeluarkan di Eropah. Terkini, Sony menambah barisan Siri notebook mereka apabila mengeluarkan Vaio E Series.

Dengan berkonsepkan 'Stand-out style' Sony E Series ditampilkan dengan 6 jenis warna, iaitu Iridescent Blue, Hibiscus Pink, Caribbean Green, Lava Black, Gunmetal Black dan Coconut White. Sony VAIO E juga memiliki skrin LCD bersaiz 14 inch dengan resolusi 1600 x 900 beserta dengan LED backlight dan dilengkapi dengan i3 Core prosesor, memori 4GB DD3, 500GB ruang simpanan (disk drive), DVD writer, ATI Mobility Radeon HD 5145 grafik, slot HDMI, bluetooth dan lain-lain.
Manakala VAIO E yang bersaiz 17 inci (untuk model ) pula memiliki resolusi 1920 x 1080. dan disokong oleh I5-430M Core prosesor di 2.26 GHz, termasuk ruang simpanan 1TB dengan 2 HDD, Radeon HD 5.650 grafik dan pemacu Blu-ray sebagai pengganti DVD player daripada 14 inci model. Bagaimanapun VAIO E 17 inci ini hanya didapati dalam dua warna, iaitu hitam dan putih. Selain itu kebanyakan ciri-ciri tambahan yang terdapat model 14 inci juga terdapat pada model 17 inci ini.

Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut berkenaan Vaio E Series ini.

My Favourite Surfing Spot

on Friday, March 19, 2010

Kali ni sekali lagi aku nak kongsi pengalaman aku bekerja sambil online… atau dengan maksud yang tersirat melayari internet… Dipendekkan cerita… dari dulu sampai sekarang aku ni boleh dikatakan setiap hari  perlu menghadap komputer dan melayari internet ni… Iyalah.. dah kerja rutin aku macam tu.. kalau aku tak menghadap PC dan internet maknanya aku tak kerja… kan dah makan gaji buta!..

Di rumah dan opis aku memang tak ada masalah untuk akses internet…. (kadang tu ada masa memang problem juga connection, tapi apa nak buat kan?)… apa yang selalu menjadi masalah aku  ialah time kerja outstation.. kerja yang menyebabkan aku terpaksa meninggalkan rumah… Kalau kerja tu tak melibatkan penggunaan internet, aku tak kisah, tapi sebab kerja akupun memang berkaitan dengan data-data yang kadang hanya boleh dikases dengan internet, maka terpaksalah netbooks dan internet connection jadi kawan karib aku.

Tapi tu lah masalahnya. Aku ni bukan jenis yang suka lepak lama-lama di kawasan free hotspot. Nanti time buka maklumat penting, siap ada orang jeling-jeling kat netbook aku. Mana boleh kan?

Sebab tu terfikir juga nak guna portable modem WIGGY keluaran terbaharu P1 W1MAX. Sebab ni paling sesuai dengan aku. Dengan modem ni, bolehlah aku akses internet di hotel atau kereta tanpa gangguan. Tambahan pula pakej yang ditawarkan sangat menarik. Pengguna boleh pilih sama ada melanggan 'postpaid' dengan bayaran serendah RM69.00 sebulan atau prepaid' yang boleh ditop-up RM20 untuk kegunaan selama 7 hari... kan berbaloi tu.


Cuma apa yang agak malang bagi aku, P1 W1MAX belum ada liputan di Sabah.. Memang kecewa sangat-sangat. Jadi harap-harap sangatlah W1MAX sediakan liputan di Sabah, at least di kawasan Kota Kinabalu. Apapun bagi anda yang berada di dalam liputan P1 W1MAX dan berminat untuk melanggan atau mendapatkan maklumat lanjut tentang portable usb modem WIGGY ni, bolehlah lawati http://www.p1.com.my.

Project Alpha Season 2 is presented by
supported by
P1 and MAS

Kepentingan Teknologi Maklumat (ICT) Dalam Membantu Pengurus Melaksanakan Fungsi Kepimpinan

on Wednesday, March 17, 2010

Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (selepas ini dipanggil ICT) dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa. Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional berrmaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan.

Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. Sementara perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan. Perubahan paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi. Menurut Davies (1996), pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21.

Justeru, ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan, menganalisis, sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.

Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.

Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT.

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Mesti ramai dah tahu berkenaan Projek 400 Nuffnang tu. Pada mulanya projek ni masih lagi rahsia, tapi sekarang ni ramai dah tahu pun. Tapi bagi yang pertama kali tahu pasal projek ni, apa kata luangkan sedikit masa untuk baca entri ni. Mungkin anda juga berminat untuk tahu apa yang dimaksudkan dengan Projek 400 Nuffnang.


Sebenarnya Projek 400 atau "Gatsby Deodorant Street Fair" adalah Program Komuniti Nuffnang yang terbesar di Malaysia. Nuffnang bakal mengadakan aktiviti ‘Street Fair’ secara besar-besaran pada 17 April 2010, bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur. Apa yang menarik, Nuffnang akan memilih 400 orang penulis blog untuk menghadiri ‘Street Fair’ ini bersama. Sebab itulah Nuffnang menamakannya sebagai Projek 400. Namun bukan setakat 400 orang saja, kerana Nuffnang menjangkakan seramai 500 penulis blog seluruh negara akan berkumpul pada program tersebut.


Sesuai dengan konsep "street Fair" yang dibawakan oleh Nuffnang dan Gatsby, tidak akan ada acara yang terlalu formal ketika itu, melainkan keseronokan dan keriangan bersama. Apa tidaknya, akan terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Antara permainan yang dimaksudkan termasuklah rope skipping, bacteria attact, balloon throwing, basketball shooting, spot the deodorant, catch the germs, sumo wrestling dan banyak lagi aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer, telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000! Jadi  tunggu  apa lagi, periksa jadual anda sekarang dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk hadir ke Gatsby Deodorant Street Fair. Ingat, acara besar-besaran itu akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 17 April 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Ruang Legar Ground Floor, Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur
Anda juga boleh lawati di: www.gatsby.com.my/streetfair untuk mendapatkan malumat lanjut.

Bagi yang berada di luar Kuala Lumpur seperti saya, jangan risau kerana kita boleh gunakan peta lokasi berikut untuk sampai ke tempat acara itu dilangsungkan. Jumpa di sana...

Terima Cek Nuffnang Pertama

on Tuesday, March 16, 2010

Salam, hari ni tak ada lah cerita penting, sekadar berkongsi satu cerita yang sebelum ni memang ramai juga dah kongsikan.. Alahhh, apa nak dirahsia lagi kan? Tengok Tajuk pun anda dah tahu sebenarnya. Nak lagi senang bagitau, tengoklah gambar ni puas-puas, hehe.


Tiadalah banyak manapun, tapi paling penting rasa bersyukurlah kan.. Setidak-tidaknya usaha selama lebih 4 bulan telah menampakkan hasil... Lagipun sesuailah dengan trafik blog ni yang ciput je... (mungkin sebab tu tak pernah dapat buffered, hehe)


So, thanks to Nuffnang..

Guru Degil Akan Diambil Tindakan

on Monday, March 15, 2010

KUALA TERENGGANU 11 Mac - Mana-mana guru baru yang mengingkari arahan apabila dihantar untuk berkhidmat di kawasan pedalaman akan dikenakan tindakan tegas termasuk disingkir daripada kerjaya perguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika memberi amaran itu menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenai perkara itu dan mereka yang terbabit perlu menerima hakikat dikenakan tindakan sedemikian.

Iron Man 2 Trailer (Official)

Mesti dah ramai tahu kehadiran filem Iron Man 2, sambungan daripada Iron Man. Dibintangi oleh Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Mickey Rourke, Gwyneth Paltrow, Samuel L. Jackson dan lain-lain itu dikatakan lebih hebat daripada sebelumnya. Saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan filem ini yang dijadualkan akan ditayangkan pada bulan Mei 2010 nanti.

Saksikan klip video 'trailer' Iron Man 2.


Klip ini hak milik Marvell.

Google Pi Day

on Sunday, March 14, 2010


Menghadap Google memang sudah menjadi rutin setiap kali surf internet. Sebabnya saya memang banyak bergantung pada enjin carian ni untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini atau yang lama.

Memandangkan memang dah selalu menghadap Google ni, saya tentunya perasan jika ada sesuatu perubahan yang berlaku... dan malam tadi apa yang lain sedikit pada laman utama Google adalah bertemakan Pi Day. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Pi Day, bolehlah klik pada imej di atas.

iPad from Apple

on Saturday, March 13, 2010


All of the built-in apps on iPad were designed from the ground up to take advantage of the large Multi-Touch screen and advanced capabilities of iPad. And they work in any orientation. So you can do things with these apps that you can’t do on any other device.

Dapatkan iPhone 3G Percuma

Memang best sangat-sangat kalau dapat memiliki dan menggunakan iPhone 3GS, apa lagi kalau ianya korang dapat secara percuma. Betul ke percuma?

Blogger Template

Blog ni tukar template lagi, tak tahu ni dah template yang ke berapa sejak blog mula di buka Jun tahun 2009 lepas.

Pilihan kali ni adalah template Sunflower daripada Template Block. Ni lah wajah asal template ni.


Tapi disebabkan kurang berpuas hati dengan beberapa ciri yang terdapat pada template asal, saya terpaksa mengubahsuainya sedikit.Walau bagaimanapun credit/copyright asal template ini tetap saya kekalkan kerana itu sudah menjadi term dunia maya ni.

Jika ada yang berminat dengan template ni, boleh lihat live demo atau download di sini.

Friendship

on Thursday, March 11, 2010

X300 Ultra-thin, Notebook Terbaharu LG

on Wednesday, March 10, 2010

LG secara rasmi telah mengumumkan kelahiran "ultraportable notebook", iaitu X300. Pengumuman yang dibuat LG semasa di Seoul, Korea selepas CES 2010 menandakan LG juga tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan “ultra-slim Notebook”.

David Beckham Hanya Memanaskan Bangku Simpanan

on Tuesday, March 09, 2010

LONDON: David Beckham kembali ke Old Trafford sebagai pemain AC Milan dalam kancah Liga Juara-Juara esok, namun dia mungkin terpaksa mengisi bangku simpanan ketika kelab Itali itu cuba bangkit selepas tewas kepada Manchester United 3-2 dalam perlawanan pertama.

Bekas kapten England yang kini dipinjamkan kepada Milan oleh Los Angeles Galaxy, dijangka diberi sambutan hangat oleh peminat United yang menghargai sumbangannya lebih 10 tahun bersama kelab gergasi itu sebelum ke Real Madrid pada 2003.

Jurulatih Milan, Leonardo membayangkan, Beckham terpaksa menunggu kerana Klaas-Jan Huntelaar mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama di bahagian sayap kanan.

“Alice in Wonderland” Has Record-Breaking Opening Weekend

on Monday, March 08, 2010

Entertainment Weekly reports that Tim Burton’s Alice in Wonderland drew almost $40 million in box office revenue on Friday, setting the stage for what will likely have been a $100 million (or more) weekend. The film will definitely beat the previous record for this weekend of the year — $70 million, set by 300 in 2006.

The film is notable as Burton’s first major 3D release. Despite the backlash from filmgoing traditionalists, it looks like 3D is drawing audiences. (Also notable – some scenes were simply filmed in 2D and converted to 3D later, which some argue is not true 3D.)

Last year, James Cameron’s Avatar shattered all previous box office records to become the highest-earning film of all time by earning nearly $2 billion. 3D technology was one of Avatar’s biggest draws. Now Alice’s performance indicates that Avatar’s success wasn’t totally an anomaly for 3D movies.

Institusi Kekeluargaan Masih Rapuh

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian penderaan kanak-kanak yang terus berlaku menunjukkan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat negara ini masih rapuh.

Perdana Menteri sedih apabila melihat laporan media massa mengenai cerita menyayat hati kes penderaan kanak-kanak sehingga ada yang meninggal dunia.

NAJIB ditemubual empat kanak-kanak untuk siaran televisyen pada sambutan Hari Penyiaran Kanak-Kanak Antarabangsa (ICDB) di Sri Satria, Putrajaya, semalam.

Wanita Ditemui Mati Dalam Keadaan Bogel

KUALA LUMPUR: Curiga dengan keadaan jiran yang sudah dua hari tidak keluar rumah, seorang wanita berusia 50 bertindak masuk ke dalam rumah jirannya dan mendapati wanita berusia 49 tahun itu terbaring dalam keadaan bogel di ruang tamu dan keadaan rumah berselerak.

Mangsa, M Tamilselvi, ditemui kira-kira jam 11.30 pagi dengan patah tengkuk dipercayai dipukul dengan objek keras di rumahnya di Taman Ikan Emas di Cheras.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata terdapat kesan tompokan darah di pintu masuk dan kerusi, dipercayai bukan darah mangsa kerana tiada kesan luka di badan mangsa.

Kanak-Kanak Desa

on Sunday, March 07, 2010

Minggu lepas saya sempat melawat satu kawasan kampung. Bukan untuk mencari petai atau pucuk rebung, tapi atas urusan kerja. 

Tempat tu boleh dikatakan agak jauh dari pekan. Namun sudah banyak kemudahan asas ada di sana. Masa melalui satu kawasan, pandangan saya tertarik pada sekumpulan kanak-kanak yang nampaknya sedang melakukan rutin harian mereka. Saya cuba mendekati dan menyuruh mereka memandang ke arah saya semasa saya mengambil gambar, namun mereka cukup pemalu untuk berbuat begitu. Hanya ini saya yang sempat saya rakamkan ketika itu.

Carla Bruni-Sarkozy Mengejutkan Orang Ramai


LONDON: Wanita pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy dilaporkan memeranjatkan ramai apabila muncul dalam satu majlis makan malam rasmi negara dengan mengenakan pakaian ketat tanpa baju dalam.

Carla mengenakan gaun ketat labuh Roland Mouret ketika menghadiri majlis makam malam rasmi di Istana Elysee, Paris. Model berusia 42 tahun dan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy menganjurkan majlis makan malam bagi meraikan Presiden Russia, Dmitry Medvedev bersama isteri, Svetlana, lapor The Sun.

Acer LCD D241H

The 24" Acer D241H revolutionizes the way you use a monitor! Advanced features and technologies make enjoying digital life at home easier than ever. Connect to the Internet, appreciate and share multimedia files, post messages, and keep up to date with the world - even without a PC!

Concept Car: Proton Siri Emas

on Friday, March 05, 2010

Baru-baru ini Proton Holding Sdn Bhd telah melancarkan kereta konsep Siri EMAS di Geneva. Menurut Proton Concept, nama EMAS dipilih untuk melambangkan nilai kepada projek berkenaan.

Berasaskan kepada "Hybrid Propulsion System", kereta konsep Proton ini adalah hasil kerjasama kreatif di antara Proton dengan Italdesign Giugiaro dan Lotus Engineering serta didatangkan dengan 3 siri, iaitu: Emas, Emas Country dan Emas3. Berikut adalah spesifikasi ringkas dan gambar.

Lisa Surihani Jadi Samseng dan Perokok

Sebut sahaja nama Lisa Surihani, mesti terbayang wajah cantik seorang pelakon Melayu yang semakin laris ketika ini. Dan diakui itulah salah satu aset penting kepadanya selain daripada bakat lakonan. Tapi sayang, Lisa Surihani tidak lagi sama seperti mula-mula kemunculannya dahulu. Sekarang dia sudah menjadi samseng dan perokok! Terkedu juga mendengar cerita ni.

Usah ejek Terry: Rooney

on Wednesday, March 03, 2010

LONDON: Wayne Rooney menyuarakan betapa tenaga John Terry amat penting bagi membantu cabaran England dalam Piala Dunia 2010 nanti dan merayu penyokong setia agar memberi semangat kepada rakannya itu apabila mereka menentang Mesir dalam siri persahabatan antarabangsa, hari ini.

"Saya minta penyokong England tidak menyorak menyakitkan hati John. Saya tahu bagaimana perasaannya kerana saya dan rakan lain pernah diejek-ejek," katanya yang sekali lagi akan menjadi ayam tambatan pengurus pasukan, Fabio Capello mendapatkan jaringan nanti.

Zarina Masih Digam?

Nampaknya, Zarina antara artis yang turut menerima nasib yang sama apabila ‘dilarang’ untuk muncul dalam stesen TV tertentu. Zarina diuji lagi. Akui Zarina, dia sendiri tidak tahu sebab musabab kenapa perkara itu terjadi. Sebagai pelakon, dia mengharapkan kepastian mengenai status dirinya yang sebenar.


3 Koleksi "Geek" Yang Boleh Anda Miliki

on Monday, March 01, 2010

Mesti ramai di antara kita yang minat mengumpul koleksi-koleksi peribadi untuk barangan yang mempunyai tema tertentu. Apa lagi kalau barangan tersebut limited edition, mesti cepat-cepat nak dapatkannya walaupun harganya agak mahal. Jadi kali ni saya kongsikan beberapa koleksi 'geek' yang mungkin menarik perhatian anda dan ingin memilikinya suatu hari nanti.



 
© Just Another Story All Rights Reserved