3 Koleksi "Geek" Yang Boleh Anda Miliki

on Monday, March 01, 2010

Mesti ramai di antara kita yang minat mengumpul koleksi-koleksi peribadi untuk barangan yang mempunyai tema tertentu. Apa lagi kalau barangan tersebut limited edition, mesti cepat-cepat nak dapatkannya walaupun harganya agak mahal. Jadi kali ni saya kongsikan beberapa koleksi 'geek' yang mungkin menarik perhatian anda dan ingin memilikinya suatu hari nanti.




Pengguna atau peminat twitter semestinya mengenali burung kecil berwarna biru ini. Burung biru ini adalah mewakili real-life daripada Twitterrific. Berdasarkan kepada konsep “loves to chat about what’s going on”, Ollie the Twitterrific Bird, bersaiz 4 inci dihasilkan dalam dua versi: Ollie Vinyl dan Ollie Flocked Vinyl. Jadi, jika sebelum ini kita hanya dapat melihat ikon Ollie terpampang di Twitterrific atau di laman web, kini kita boleh meletakkannya di atas meja kerja.



Android adalah maskot berwarna hijau yang menjadi icon atau trademark untuk Google Inc. Android yang direka dalam bentuk robot cukup menarik diletakkan di atas meja kita walaupun hanya bersaiz 3 inci tinggi. Apa yang menarik tentang Android, robot kecil ini sedikit fleksibel dan kita boleh memutarkan kepala dan lengannya. Selain itu, kita bukan sahaja boleh memiliki satu atau dua versi/model tetapi ada 12 kesemuanya.


Sebut sahaja Firefox, mesti ramai yang sudah tahu tentang bowser internet Mozilla yang menggunakan ikon Panda Merah (Firefoxes) dan bumi itu. Kini pencipta Firefox cuba membawa ikon rekaan Jon Udik pada tahun 2004 itu di dunia realiti dengan mencipta Firefox Plushie. Plushie didatangkan dengan saiz 9 inci tinggi dan memang menarik untuk dijadikan koleksi oleh peminat Firefox. Di samping tu, sangat sesuai terutama bagi mereka yang juga meminati haiwan.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved