Lepasan SPM, STPM, STAM perlu sah permohonan IPTA

on Thursday, March 25, 2010

LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), diminta segera menghantar dan mengemaskinikan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi mengelakkan berlaku kesesakan talian menjelang tarikh tutup 30 Mac ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataannya, berkata permohonan dalam talian bermula 2 Februari lalu, untuk membolehkan pelajar mengemukakan permohonan dan boleh dikemaskini sebanyak tiga kali sehingga tarikh tutup.

atanya, proses permohonan perlu mengguna pakai nombor unik ID, nombor kad pengenalan atau MYKad, kata laluan, nama ibu serta kod imej. "Nombor unik ID boleh diperoleh dengan harga RM10.60 bagi lepasan SPM dan RM15.60 (STPM/STAM) di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

"Pemohon juga boleh menggunakan mesin juruwang automatik BSN atau SMS Banking bagi tujuan itu," katanya.

Semua pemohon lepasan SPM yang sudah mengemukakan permohonan menerusi fasa satu, wajib sahkan permohonan mereka di fasa dua.

Bagi tujuan semakan bagi pemohon lepasan SPM pula, kementerian mengingatkan pemohon mengemukakan semakan panggilan temu duga mulai 7 April ini, manakala bagi STPM dan setaraf, semakan bermula 14 April.
"Permohonan bagi Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf (Ijazah Pertama), semakan panggilan Ujian MedSI boleh dilakukan mulai 15 April ini menerusi laman web http://www.mpm.edu.my.

"Bagi semakan untuk temu duga Program Pendidikan pula, permohonan boleh disemak mulai 11 Mei menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my," kata kenyataan itu.

Calon yang tersenarai bagi panggilan temu duga akan menerima makluman menerusi khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan dalam aplikasi dalam talian. Keterangan lanjut, boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8883 5801, 03-8883 5802 dan 03-8883 5858 atau e-mel upu@mohe.gov.my
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved