Spa Sediakan Perkhidmatan Seks

on Thursday, April 29, 2010

Sebenarnya sudah banyak kali kes seperti ini dibongkar oleh pihak berkuasa, namun masih ada segelintir yang tidak serik dengan perbuatan seperti itu. Kali ni, kes
wanita tukang urut warga asing dihantar depan rumah untuk menyediakan perkhidmatan seks. Berikut adalah berita yang dipetik daripada Berita Harian Online.

Kuala Lumpur - Berselindung di sebalik nama pusat spa dan kesihatan, satu sindiket dikesan menawarkan perkhidmatan penghantaran gadis tukang urut sampai depan pintu rumah kepada pelanggan dipercayai untuk tujuan pelacuran.

Gambar: Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di Pusat Spa di Jalan Raja Chulan.

Difahamkan, perkhidmatan itu bagaimanapun terpulang atas permintaan pelanggan yang inginkan pakej urut dan seks tetapi tidak mahu mengunjungi spa terbabit untuk mengelak diserbu pihak berkuasa.

Malah, sindiket terbabit hanya mengenakan bayaran antara RM148 hingga RM228 mengikut pakej dikehendaki pelanggan.

Difahamkan, pelanggan yang ingin melanggan gadis terbabit akan berurusan dengan seorang ejen yang menjadi orang tengah sebelum menghantar gadis berkenaan kepada pelanggan mereka berdasarkan lokasi ditentukan.

Bagaimanapun, taktik itu terbongkar selepas sepasukan anggota dari Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur (IPPKL) menyerbu pusat spa terbabit di bangunan Wisma MPL di Jalan Raja Chulan di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, polis menahan 12 wanita warga asing dari China, Indonesia dan Thailand berusia antara 21 hingga 37 tahun, selain seorang lelaki berusia 30-an dipercayai penjaga spa terbabit hasil maklumat awam dan risikan.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah yang mengetuai operasi itu, berkata ketika serbuan dilakukan, semua gadis warga asing itu cuba melarikan diri dengan bersembunyi di sebuah bilik stor kira-kira 30 meter dari pusat spa berkenaan.

“Polis terpaksa mengejar mereka dan hasil kecekapan anggota, berjaya memberkas semua gadis itu. Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan gadis warga Indonesia, dua warga Thailand dan dua lagi warga China. “Turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan dipercayai ‘penjaga’ gadis terbabit,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati semua gadis itu menyalah guna pas lawatan sosial mereka dengan bekerja sebagai tukang urut.

“Berdasarkan pemerhatian ke atas pasport gadis berkenaan, mereka beberapa kali memasuki negara ini dan ada antara mereka datang ke negara ini lebih daripada enam kali. “Kita (polis) percaya mereka datang ke sini untuk bekerja selain menawarkan khidmat seks kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, semua gadis itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Peraturan 11(7) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1963.

“Saya mohon kerjasama orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini supaya melaporkannya kepada polis. Polis juga akan meneruskan operasi sebegini untuk membanteras gejala maksiat dan kegiatan pelacuran,” katanya. (Berita dan Gambar: Berita Harian Online)

Sebanyak 81 Laman Web Lucah Ditutup

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan sejak Januari hingga Mac lalu berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Daripada jumlah itu, sebanyak 90 aduan merujuk kepada kandungan berunsur lucah, 72 aduan bersifat mengancam atau jelik manakala tiga kes didakwa memaparkan maklumat atau bahan palsu.

Antara tindakan yang telah dilakukan ialah menutup 81 laman web yang didapati mengandungi unsur lucah seperti menawarkan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual. - Sumber: Kosmo Online

Telekom Malaysia Menyediakan Kemudahan TMOW

on Thursday, April 22, 2010

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) melancarkan TMpoint on Wheels (TMOW) iaitu perkhidmatan bergerak yang disediakan untuk penduduk luar bandar bagi memudahkan mereka membayar bil, mendapatkan perkhidmatan serta produk syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa, berkata sebanyak RM2.4 juta disediakan untuk penyediaan perkhidmatan TMOW di seluruh negara.

Perkhidmatan bergerak ini bakal mengunjungi penempatan di luar bandar secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan yang beroperasi setiap hari dari 10.00 pagi hingga 7.00 petang.

“TMOW turut mempunyai ciri unik seperti Klinik Jalur Lebar yang disediakan untuk pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai perkhidmatan Internet serta beberapa panduan mengenai komputer.

“Buat masa ini hanya pembayaran secara tunai saja diterima manakala penggunaan kad kredit akan dimulakan pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Pengerusinya, Datuk Dr Halim Shafie, berkata TMOW adalah pendekatan terbaik dengan mensasarkan pelanggan yang berada jauh di kawasan pedalaman dan melengkapkan keseluruhan 105 premis TMpoint.

“Ketika ini TM memiliki 1,300 kakitangan khidmat pelanggan di premis TMpoint dan tambahan sebanyak 30 kakitangan di TMOW,” katanya lagi pada majlis pelancarannya baru-baru ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim. Manakala 1,600 kakitangan sedang menjalani latihan dan akan sedia berkhidmat dalam tempoh dua bulan.

Pelanggan juga boleh menjelaskan beberapa bil lain seperti Tenaga Nasional, bil air, cukai pintu dan Celcom.

Individu yang yang berada di dalam lingkungan 50 meter dari TMOW bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dengan percuma. - Sumber: myMetro

Penjualan Honda Civic Type R Empat Pintu Akan Ditamatkan

on Wednesday, April 21, 2010

Kuala Lumpur - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) menamatkan penjualan kereta Honda Civic Type R Empat Pintu susulan pengumuman daripada Honda Motor Co. Ltd. (Honda Motor) di Jepun bahawa ia tidak akan meneruskan pengeluaran kereta tersebut. Malah pengeluaran model kenderaan itu akan ditamatkan menjelang akhir bulan Ogos depan.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi berkata, penamatan penjualan model itu mengambil kira aspek alam sekitar iaitu tahap bahan cemar dan permintaan pasaran ketika ini.

"Masanya telah tiba untuk menghentikan pengeluaran model Civic Type R Empat Pintu. "Kami berbangga model Civic Type R berjaya memenuhi misinya iaitu memberikan pengalaman dan keseronokan pemanduan kepada pemiliknya di negara ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Penderma Buah Pinggang Dicari

Taiping - Seorang pelajar tahun akhir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) merayu ihsan orang ramai untuk membantu meringankan beban ditanggungnya ekoran kegagalan kedua-dua buah pinggangnya berfungsi.
Nor Hazlin Hassan, 20, pelajar jurusan Pemasaran, Uniten kampus Muadzam Shah, Pahang berkata, dia tidak mempunyai pilihan selain mengharapkan ada pihak sudi menderma sekurang-kurangnya satu organ berkenaan kepadanya.

Lebih malang, Nor Hazlin yang kini terpaksa menerima rawatan intensif di sebuah hospital di sini sejak disahkan mengalami kerosakan teruk pada kedua-dua organ terbabit pada 23 Mac lalu, terpaksa 'melupakan' hasrat menghadapi peperiksaan semester akhir pengajian baru-baru ini.

"Buat masa ini, saya berulang-alik ke sebuah pusat rawatan di sini untuk menjalani hemodialisis. "Saya mungkin terpaksa melupakan terus hasrat untuk menamatkan pengajian jika tidak memperoleh buah pinggang baru," katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Petai, Changkat Ibol di sini semalam. - Sumber: Kosmo Online

2 Kisah Menyayat Hati Sebelum Achik Spin Meninggal Dunia

on Monday, April 19, 2010

Salam semua. Mesti ramai dah tahu berita tentang Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shaari yang pergi meninggalkan kita buat selamanya pada 17 April lepas akibat kemalangan ngeri. Marilah kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Saya sekadar berkongsi 2 kisah menyentuh perasaan yang ada kena mengena dengan allahyarham sebelum meninggal. Pertama, menurut isteri Allahyarham, H M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, Allahyarham Achik memang bersungguh-sungguh mahu mereka sekeluarga berpindah di sebelah rumah ibunya. Isteri Allahyarham tidak menyangka yang permintaan itu adalah petanda yang Allahyarham akan 'pergi' dan mahu saya sentiasa dekat dengan ibu apabila dia tiada," kata isteri Allahyarham.

Sebelum meninggal, Allahyarham dan keluarganya telahpun berpindah ke rumah teres satu tingkat yang berkembar dengan ibu mertuanya dan turut mengambil cuti untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya serta mengemaskan rumah ini sehingga selesai.

Kedua, Allahyarham Achik juga sebelum meninggal sempat berpesan kepada isteri dan anak-anaknya supaya menonton program Gah 1 di TV2 yang ditayangkan pada pukul 4 petang kerana dia akan menyanyi secara langsung." Dalam program itu, Achik bersama rakan duetnya, Siti Nordiana Alias menyanyikan lagu Mencari Ketenangan sebelum mendendangkan lagu Engkau Yang Ku Cinta secara solo.

Rose Zaitul, isteri Allahyarham memang cukup sebak apabila mengingat semula permintaan terakhir Allahyarham itu kerana rupa-rupanya memang ada makna tersirat sebenarnya kerana itulah kali terakhir kami melihat arwah masih hidup, katanya.

Begitulah kisah menyayat hati yang diingati oleh isteri Allahyarham. Apapun, takziah untuk isteri dan keluarga Achik. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan seluruh umat Islam yang terlebih dahulu pergi menghadap Illahi. - Artikel ini memetik berita yang diterbitkan oleh Kosmo Online dan Berita Harian Online

Marsha Muncul dengan Single "Ruang Kedua"

on Sunday, April 18, 2010

Rupawan, menggoda dan seksi merupakan kata kunci untuk mendedahkan identiti Marsha Milan Londoh. Dia bukanlah artis berprofil tinggi namun wanita dari Tamparuli, Sabah itu nyata berbekas di hati penggemar seni. Kelibatnya mula dipertontonkan menerusi Akademi Fantasia musim ketiga. Kini, Marsha semakin terpancar di mata pengikutnya sebagai penyanyi dan pelakon yang sedang mengukir nama.

Sejak Disember lalu, jadualnya terisi dengan penggambaran Hotel Mania dan Kita yang sudahpun bersiaran di saluran televisyen. Bebas dari lokasi dua drama bersiri itu, Marsha mahu menggunakan sedikit masa terluang kini dengan single terbarunya, Ruang Kedua. Lebih menarik lagu berkenaan menyatukan suara Marsha dengan seorang penyanyi terkenal dari Paris, Julian Cely. Itu pencapaian buat Marsha, 25, yang bakal tampil dengan album studio bersama Alibi Music, selewat-lewatnya hujung tahun nanti. - Sumber: Kosmo Online

1st time Dapat Buffered Campaign

on Friday, April 16, 2010

Salam semua, kali ni saya mengambil kesempatan untuk menulis sedikit. Bukan apa, sejak semalam saya lihat di blog ni ada satu iklan yang sentiasa muncul walaupun saya refresh page beberapa kali. Mula tu saya tak pedulikan sangat, iyalah.. terfikir juga yang mungkin masa tu waktu iklan ditayangkan. Jadi saya biarkan saja iklan tu muncul di blog saya ni.

Petang tadi sempat log masuk blog komuniti Nuffnang, mestilah nak tengok earning, kan... hehe. Terkejut tengok, rupa-rupanya, saya dapat Buffered Campaign.. Ni lah 1st time dapat. Terima kasih banyak-banyak Nuffnang.. Akhirnya merasa juga dapat Buffered Campaign ni.


Kempen yang saya dapat, Celcom Broadband PC Fair LB. Kalau berminat dengan PC fair tu, klik saja pada iklan yang muncul (sementara masih ada). Tapi ingat, untuk yang berminat saja. Tak perlulah klik banyak kali sebab tindakan tu memang salah! Atau anda boleh klik pada gambar di bawah untuk lihat terus Event yang dimaksudkan.

Celcom Broadband PC Fair

Menarik Events tu sebenarnya. Bukan setakat boleh beli PC, malah dapat mendaftar dengan Celcom Broadband dan memenangi pelbagai hadiah menarik, antaraya kereta Produa MyVi. Modenas Motorbike dan pelbagai hadiah yang lain.

Celcom Broadband PC Fair

Rahsia Seks Selebriti Hollywood

SELEBRITI seperti pasangan David dan Victoria Beckham, supermodel Heidi Klum, dan aktres seksi, Megan Fox mempunyai cara tersendiri untuk menghangatkan kehidupan seks mereka. Media Britain, The Sun baru-baru ini mendedahkan rahsia seks beberapa selebriti terkenal.

Jika David dan Victoria Beckham sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan anak perempuan dengan melakukan seks sebanyak lima kali sehari, supermodel Heidi Klum pula memberitahu dia dan suaminya, Seal tidak memerlukan sebarang gimik seksi di bilik tidur sebelum mereka melakukan hubungan seks.

"Saya bukan jenis individu yang menggunakan kostum tertentu untuk menghangatkan hubungan intim saya dan suami, jujurnya, tidak buat masa ini. Mungkin dalam lima atau 10 tahun lagi, saya akan menggunakan kostum sebegitu. Tapi saat ini, hubungan kami baik dan hangat," ujarnya.

Megan Fox, 24, pula mengakui dia hanya pernah melakukan seks dengan dua lelaki sahaja sepanjang kehidupannya.


"Saya hanya pernah tidur dengan dua lelaki sahaja sepanjang hidup ini iaitu kekasih pertama saya ketika remaja dan (kekasihnya sekarang ini) Brian Green Austin," akuinya kepada majalah Harper's Bazaar baru-baru ini.

Sementara, pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie sebelum ini pernah mengakui mempunyai tempat khas untuk membuat hubungan intim, jauh dari gangguan enam anak mereka iaitu kawasan di belakang air terjun buatan di kolam mandi di kediaman mereka. - Sumber: Kosmo Online

Pelajar SBPI Kuantan Dikuarantin kerana Alami Simptom H1N1

KUANTAN: Seramai 24 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan, di sini mengalami demam dan selsema menyamai simptom jangkitan Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun, berkata kesemua pelajar terbabit kini dikuarantin di dalam bilik asrama sekolah itu.

"Kesemua mereka juga telah diberikan rawatan antiviral sebagai langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, sampel darah pelajar terbabit turut diambil untuk ujian makmal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Justeru itu, beliau menasihatkan ibu bapa pelajar sekolah tersebut agar tidak panik kerana keadaan di sekolah berkenaan masih terkawal ekoran pemantauan rapi oleh pihak Jabatan Kesihatan. - Bernama

p/s: Harus sentiasa berhati-hati kerana Wabak H1N1 masih lagi berleluasa

Lagi Kes Pembuangan Bayi

on Monday, April 12, 2010

KUALA LUMPUR - Lagi kes pembuangan bayi. Terbaru, satu mayat bayi lelaki ditemui dalam timbunan sampah-sarap di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh, Rawang di sini semalam.
Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai pada pukul 8 pagi oleh seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) ketika dia menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut. - Sumber: Kosmo Online

Pesoalannya, sampai bila perkara ini berlanjutan? Diharap Pasukan Pencegah Pembuangan Bayi yang baru-baru ini diumumkan mempertingkatkan usaha bagi membendung masalah ini.

Kepelbagaian Kaum, Budaya di Malaysia Aspek Penting Dalam Masyarakat

WASHINGTON: Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting dalam masyarakat di negara ini, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Ini adalah identiti kami, imej kami, selain kekuatan kami, yang sebaliknya, menyediakan asas yang kukuh untuk kejayaan politik, sosial dan ekonomi negara kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Festival Wajah-wajah 1Malaysia, yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di bangunan National Geographic Society di sini, hari ini.

Festival dua hari itu bertujuan mempromosi makanan kegemaran di Malaysia, lagu-lagu dan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, dilengkapi dengan demonstrasi kraftangan serta promosi pelancongan.

Duta Esther Coppersmith mewakili kerajaan Amerika Syarikat pada majlis itu, yang digelar sebagai "Lambang persahabatan antara dua negara."

Mengenai festival Wajah-wajah 1Malaysia yang julung kali diadakan, Rosmah berkata selain memaparkan kekayaaan warisan tradisi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang sungguh istimewa, festival itu turut membuktikan keakraban, persahabatan dan kesetiakawanan Malaysia-Amerika Syarikat.

Majlis itu, yang dikendalikan oleh juruacara majlis Datuk Mahadzir Lokman, bermula dengan tayangan multimedia pendek mengenai "Malaysia Truly Asia", diikuti dengan "Tarian Selamat Datang" dan joget "Johor Sport Club."

Pemain piano cilik Malaysia Tengku Ahmad Ifran Tengku Ahmad Syahrizal daripada Permata Seni Muzik mempersembahkan lagu "Tanah Pusaka" manakala penyanyi remaja Ikhwal, 17, memukau pengunjung dengan dendangan lagu yang dipopularkan oleh M Nasir "Mentera Semerah Padi".

Persembahan penuh bertenaga "Dikir Bertingkah" oleh 10 kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun, dari Tunas Budaya memeriahkan festival itu apabila hadirin ikut sama menari.

Ini segmen pertama festival. Segmen kedua akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak esok di Mandarin Oriental Hotel di sini.

Malam Gala Wajah-wajah 1Malaysia itu akan dihadiri oleh jemputan khas, termasuk ahli politik Amerika Syarikat. - Bernama

Lelaki Mabuk Ceroboh Sekolah

on Saturday, April 10, 2010

SHAH ALAM - Suasana pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 27 di sini kecoh seketika pagi semalam apabila dua lelaki mabuk yang menunggang motosikal menceroboh ke sekolah tersebut ketika pelajar mula tiba untuk memulakan sesi pagi persekolahan.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi itu, kedua-dua lelaki terbabit telah memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata lucah serta kesat terhadap seorang guru wanita setelah dia cuba menghalang mereka daripada menemui sepupu salah seorang suspek.

Berikutan tindakan biadap itu, tiga pelajar lelaki yang menyaksikan kejadian tersebut cuba menasihati kedua-dua suspek sebelum berlaku aksi tolak-menolak antara mereka.

Akibatnya, salah seorang pelajar tingkatan empat telah dipukul di kepala dengan menggunakan topi keledar menyebabkan dia cedera ringan dan suspek kemudian bertindak melarikan diri.

Seorang pelajar yang dikenali sebagai Mohd. Hakimi berkata, pergaduhan itu menyebabkan suasana sekolah kecoh apabila kebanyakan pelajar perempuan yang menyaksikan kejadian itu menjerit.

Sebelum pergaduhan berlaku, ujarnya, dua lelaki terbabit yang berjalan terhuyung-hayang naik angin setelah terserempak dengan seorang guru dan kemudian berlaku pertengkaran kecil antara mereka. (Sumber: Kosmo Online)

Persoalannya, adakah sekolah semakin kurang selamat?

Konsep Suara Hati

on Saturday, April 03, 2010

Secara etimologis, suara hati, yang dalam bahasa Latin disebut conscientia, berasal dari akar kata conscire yang berarti "mengetahui bersama" atau "turut mengetahui". Manakala secara harafiah pula, suara hati adalah suara yang berasal daripada dua punca. Pertama berasal dari dalam hati atau pusat kedirian seseorang dan menegaskan benar-salahnya suatu tindakan atau baik-buruknya suatu kelakuan tertentu berdasarkan suatu prinsip atau norma moral. Manakal sumber suara hati yang kedua ialah suara yang berasal dari luar diri manusia. Suara tersebut bertanggungjawab untuk mengawal sikap manusia yang cuba menolak atau mengabaikannya sesuatu perkara yang baik. Dalam kaitan dengan ini, suara hati seringkali disebut tekad yang baik yang dapat memandu seseorang dalam melakukan sesuatu yang betul mengikut prinsip moral.

Konsep tekad baik (goodwill) adalah merupakan sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan. Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau peraturan). Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara. Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat.

Menurut beliau lagi, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam menentukan sama ada sesuatu tindakan itu adalah baik atau betul berdasarkan Prinsip Perintah Mutlak. Prinsip tersebut membawa pengertian satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualian atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mestilah diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Selain daripada itu, pandangan ahli falsafah di atas juga turut menyatakan bahawa kantian atau hak pemandangan mengandaikan bahawa di dalam suatu prinsip moral yang universal, setiap orang mempunyai hak asas atau kebebasan yang tertentu, iaitu:

i. The right of free consent (Hak penyetujuan percuma)
Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka setuju dan bersedia untuk dilayan.

ii. The right of privacy (Hak untuk bersendirian)
Setiap orang berhak untuk melakukan, mendedah atau merahsiakan kehidupan peribadi.

iii. The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati)
Setiap orang berhak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya melanggar prinsip moral mereka selagi tidak bertentangan dengan pandangan masyarakat.


iv. The right of freedom (Hak untuk kebebasan)
Setiap orang berhak mengkritik suatu etika organisasi secara berhemat, selagi kritikannya tidak mencabuli hak individu di dalam organisasi tersebut.

v. The right of due process (Hak process berpatutan)
Setiap orang berhak dibicarakan dengan adil sekiranya hak mereka dicabuli.

Jadi berdasarkan kepada penjelasan-penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa konsep suara hati secara ringkas sebagai kesedaran manusia tentang kewajiban moralnya dalam situasi yang konkrit atau penegasan tentang benar-salahnya suatu tindakan manusia dalam situasi tertentu berdasarkan hukum moral. Sebagai suatu bentuk kesedaran, suara hati mementingkan pertimbangan akal fikiran yang waras dan bukan semata-mata ungkapan perasaan yang dilahirkan secara spontan meskipun sebenarnya suatu kesedaran adakalanya muncul secara spontan atau wujud tanpa disedari oleh manusia. Apa yang penting, suara hati akan menjadi pedoman atau pegangan moral manusia dalam usaha mencari jalan penyelesaian atau satu keputusan untuk bertindak.

Beban Tugas Guru Akan Dikaji

on Friday, April 02, 2010

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya. - BERNAMA

Berkenalan dengan Arca

on Thursday, April 01, 2010

Arca merupakan salah satu hasil seni tampak yang dihasilkan melalui kerja-kerja pembentukan, sama ada dengan cara mengukir, melarik, mencungkil, mengguris kimpalan, binaan, cantuman skru/paku, gam, ikatan, acuan, binaan dan sebagainya. Arca berbeza dengan seni lukis kerana ia dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Ini bermakna permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Arca boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya: Arca timbul, Arca asemblaj, Arca mobail dan Arca stabail.

Pada pendapat saya, bagi membolehkan suatu hasil seni itu (khususnya arca) dapat dilihat sebagai memiliki ciri-ciri yang baik dan kreatif, arca berkenaan mestilah memiliki ciri-ciri seperti mengandungi unsur-unsur seni, memenuhi prinsip-prinsip rekaan, mengandungi penggabungjalinan elemen-elemen yang membolehkannya menyampaikan tema atau konsep dengan baik dan mampu menjalankan peranan sosiologinya.

Gambar: Arca asemblaj bertajuk “Bicycle Wheel” karya Marcel Duchamp

Arca yang baik dan kreatif mestilah memiliki aspek keindahan dan kehalusan sebagai ciri-ciri rekaannya kedua-dua ciri tersebut. Kedua-dua unsur seni ini memang tidak dapat dipisahkan dengan prinsip keharmonian dalam rekaan arca berkenaan. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, keharmonian terbentuk apabila sesuatu karya itu berjaya mewujudkan situasi yang selesa kepada orang yang melihatnya. Jadi, adalah penting kepada seseorang pereka untuk menghasilkan sesuatu karya yang indah dan halus supaya orang yang melihatnya tertarik dan berasa kagum semasa melihatnya.

Seterusnya, sesuatu arca yang dihasilkan mestilah digarap dengan baik dan mematuhi prinsip-prinsip sesuatu rekaan terutamanya dari segi penegasan. Sebagai contoh, mungkin terdapat arca yang bentuk atau mesejnya agak sukar difahami dengan hanya sekali pandang, namun jika diteliti dengan baik arca ini sebenarnya dapat menegaskan tajuk karya berkenaan. Unsur-unsur inilah yang menjadikan karya berkenaan lebih menarik.
 
© Just Another Story All Rights Reserved