Telekom Malaysia Menyediakan Kemudahan TMOW

on Thursday, April 22, 2010

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) melancarkan TMpoint on Wheels (TMOW) iaitu perkhidmatan bergerak yang disediakan untuk penduduk luar bandar bagi memudahkan mereka membayar bil, mendapatkan perkhidmatan serta produk syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa, berkata sebanyak RM2.4 juta disediakan untuk penyediaan perkhidmatan TMOW di seluruh negara.

Perkhidmatan bergerak ini bakal mengunjungi penempatan di luar bandar secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan yang beroperasi setiap hari dari 10.00 pagi hingga 7.00 petang.

“TMOW turut mempunyai ciri unik seperti Klinik Jalur Lebar yang disediakan untuk pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai perkhidmatan Internet serta beberapa panduan mengenai komputer.

“Buat masa ini hanya pembayaran secara tunai saja diterima manakala penggunaan kad kredit akan dimulakan pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Pengerusinya, Datuk Dr Halim Shafie, berkata TMOW adalah pendekatan terbaik dengan mensasarkan pelanggan yang berada jauh di kawasan pedalaman dan melengkapkan keseluruhan 105 premis TMpoint.

“Ketika ini TM memiliki 1,300 kakitangan khidmat pelanggan di premis TMpoint dan tambahan sebanyak 30 kakitangan di TMOW,” katanya lagi pada majlis pelancarannya baru-baru ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim. Manakala 1,600 kakitangan sedang menjalani latihan dan akan sedia berkhidmat dalam tempoh dua bulan.

Pelanggan juga boleh menjelaskan beberapa bil lain seperti Tenaga Nasional, bil air, cukai pintu dan Celcom.

Individu yang yang berada di dalam lingkungan 50 meter dari TMOW bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dengan percuma. - Sumber: myMetro
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved