Penderma Buah Pinggang Dicari

on Wednesday, April 21, 2010

Taiping - Seorang pelajar tahun akhir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) merayu ihsan orang ramai untuk membantu meringankan beban ditanggungnya ekoran kegagalan kedua-dua buah pinggangnya berfungsi.
Nor Hazlin Hassan, 20, pelajar jurusan Pemasaran, Uniten kampus Muadzam Shah, Pahang berkata, dia tidak mempunyai pilihan selain mengharapkan ada pihak sudi menderma sekurang-kurangnya satu organ berkenaan kepadanya.

Lebih malang, Nor Hazlin yang kini terpaksa menerima rawatan intensif di sebuah hospital di sini sejak disahkan mengalami kerosakan teruk pada kedua-dua organ terbabit pada 23 Mac lalu, terpaksa 'melupakan' hasrat menghadapi peperiksaan semester akhir pengajian baru-baru ini.

"Buat masa ini, saya berulang-alik ke sebuah pusat rawatan di sini untuk menjalani hemodialisis. "Saya mungkin terpaksa melupakan terus hasrat untuk menamatkan pengajian jika tidak memperoleh buah pinggang baru," katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Petai, Changkat Ibol di sini semalam. - Sumber: Kosmo Online
Ranking: 5

{ 1 Respon... read them below or add one }

Cikmin said...

alahai..sedihnyer kisah ni..my mama pun dah rosak satu buah pinggang..tercucuk batu karang,masa tu cikmin kecik lagi..skg ni bergantung dgn 1 buah pinggang..dah lama dah..alhamdulillah..nampak sihat..camne la cara kita nak membantu kan..penderma pulak tu bukan boleh sebarang kan..mudahan ada yang sudi menderma tuk adik ni..amin.


4/21/2010 9:09 AM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved