Niat untuk mencari rezeki di bulan Ramadan tidak kesampaian apabila ribut tiba-tiba melanda di tapak bazaar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin. Menurut jurucakap polis, ribut selama kira-kira tiga minit itu melanda pada pukul 4.45 petang semasa 23 peniaga di bazar itu sedang menyiapkan juadah masing-masing untuk dijual.
“Ribut tanpa hujan itu terlalu kencang sehingga semua barang berterbangan dan ramai peniaga rebah,”
Akibat daripada ribut tanpa hujan yang datang secara tiba-tiba itu, dua orang peniaga dan seorang pengunjung bazaar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital.
Abdul Omar, 73 tahun meninggal di tempat kejadian selepas ribut meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan.
Pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39, dari Taman Maju, turut meninggal di tempat kejadian dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut yang melanda hampir empat minit.
Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan 17 lagi termasuk pengunjung cedera.
{ 4 Respon... read them below or add one }
setiap yg berlaku ade hikmahnya..
8/15/2010 11:17 AM
Ada dikalangan kita yang leka berniaga dan membeli belah sehingga meninggalkan "yang wajib".
Ada juga peniaga yang menggunakan sumber yang "tidak berkat" sebagai modal perniagaan mereka.
Ada yang mengabaikan aspek kebersihan dan kejujuran, semata-mata ingin mengaut keuntungan yang tidak berpada dengan kualiti barangan.
Mungkin ada juga yang tidak mengeluarkan zakat perniagaan apabila mendapat keuntungan hasil perniagaan tersebut.
Musibah, penyakit adalah ketentuan Allah SWT untuk menyedarkan manusia atas kelalaian serta sebagai penghapus dosa-dosa kecil...
8/16/2010 12:33 PM
@ezany, betul bro..
8/16/2010 9:58 PM
@Ahmad Zaki, semoga peristiwa tu memberi pengajaran kepada kita
8/16/2010 9:59 PM
Post a Comment