Kenali Sifat Peribadi Anda

on Saturday, January 16, 2010

Biasalah lelaki sikap ego terlalu tinggi..
Mentang-mentang awek tu muka cun, terus jadi ego...
Engkau ni ego tinggi sangat... langsung tak nak mengalah...

Atas tu adalah antara ayat-ayat power yang dibina dengan menggunakan perkataan EGO... dan kalau kita search di google, lagi banyak ayat yang akan kita jumpa...EGO ni apa sebenarnya? Ada sesiapa pernah dicop sebagai ego?


Gambar sekadar hiasan


Itu hanyalah sebagai mukadimah. Bukan hendak bercerita panjang lebar pasal ego, tapi mungkin entri kali ni sedikit sebanyak ada kaitan. Tapi sebelum itu, ingin dijelaskan yang saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang psikologi atau motivasi, apapun saya akan cuba berkongsi sedikit pengetahuan hasil daripada pembacaan dan rujukan yang pernah saya buat sebelum ini. Semoga ianya akan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca.

Pertama sekali, kenapa penting untuk kita mengenali sifat peribadi sendiri? Sebabnya dengan mengenali sifat peribadi atau personaliti, kita akan dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri, mengetahui setiap peringkat perkembangannya dan seterusnya kita dapat perbaiki mana yang kurang dan mengurangkan mana yang terlebih. Bagi mereka yang sudah bergelar ibu bapa pula, bolehlah pengetahuan ini dijadikan panduan untuk mengenali sifat peribadi anak-anak (maaf, saya bukan mengajar, hanya ingin berkongsi). Lagipun berusaha mengenali diri sendiri tandanya kita sayang kepada diri kita.. Ada sesiapa yang tidak sayangkan diri sendiri?

Jadi kali ini saya ingin berkongsi tentang kajian sifat peribadi/personaliti berdasarkan TEORI PSIKOANALISIS.

Teori Psikoanalisis - Sigmund Freud
Teori psikoanalisis mula dikenali sejak penerbitan buku Interpretation of Dreams pada tahun 1900 hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Sigmund Freud. Dalam buku ini Freud memperkenalkan konsep yang disebut "unconscious mind" (alam ketidaksedaran). Beliau menyatakan bahawa motif tak sedar mengendalikan sebahagian besar tingkah laku manusia.

Teori ini menyatakan bahawa tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta. Teori psikoanalisis juga percaya bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikilogi tidak sedar akibat konflik dalaman, impulses, kemahuan dan motif yang tidak disedari. Di samping itu, teori ini juga turut mengandaikan bahawa semua tingkah laku sama ada normal atau abnormal terhasil daripada faktor genetik dan persekitaran. Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.

Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation) selepas berjaya dalam amalan hipnosis. Freud menggunakan kaedah assosiasi untuk menerokai minda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan psikoanalisisnya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar.

Konsep-Konsep
Konsep-konsep penting dalam teori perkembangan Sigmund Freud ialah alam sedar, prasedar dan tidak sedar, id, ego dan superego. Freud percaya setiap entiti ini bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi. Mengikut pendekatan psikoanalisis, id, ego dan superego biasanya mempunyai matlamat dan kaedah-kaedah yang berbeza. Sekiranya id dan superego menjadi cukup kuat untuk menguasai ego, maka keadaan itu akan membawa kepada konflik dalaman, dalam diri seseorang individu. Begitu juga jika terdapat konflik antara id, ego dan superego  yang tidak selesai, maka ia akan membawa kepada kecelaruan mental.

Alam Sedar dan Tidak Sedar
Pemahaman tentang kesedaran dan ketidaksedaran manusia salah satu sumbangan terbesar dari pemikiran Freud. Menurut beliau, kunci untuk memahami tingkah laku dan masalah peribadi bermula daripada hal tersebut. Ketidakasedaran itu tidak dapat dikaji secara langsung, kerana perilaku yang muncul itu merupakan konsekuensi logiknya. Menurut Gerald Corey, bukti klinikal untuk membenarkan alam ketidaksedaran manusia dapat dilihat dari hal-hal berikut, seperti: (1) mimpi; hal ini merupakan pantulan dari keperluan, keinginan dan konflik yang terjadi dalam diri, (2) salah mengucapkan sesuatu; misalnya nama yang sudah dikenal sebelumnya, (3) cadangan pasca hipnotik, (4) materi yang berasal dari teknik asosiasi bebas, dan (5) materi yang berasal dari teknik projeksi, serta isi simbolik dari simptom psikologi. Sedangkan kesedaran itu merupakan suatu bagian terkecil atau tipis dari keseluruhan pikiran manusia. Hal ini dapat diibaratkan seperti sebuah gunung ais yang ada di bawah permukaan laut, di mana bongkah ais itu sebenarnya lebih besar di dalam laut berbanding apa yang terlihat di permukaan. Demikianlah dengan kepribadian manusia, semua pengalaman dan memori yang tertekan akan dihimpun dalam alam ketidaksadaran.

Id (Pleasure Principle)
Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan Id, iaitu satu sumber tenaga psikik yang terdiri daripada life instinct (libido) dan death instinct (thanatos). Id merupakan sumber dorongan nafsu yang kuat, diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri dan tiada pengaruh dunia realiti. Fungsi Id ialah untuk mengekalkan organisma dalam keadaan yang tiada ketegangan dan dalam keadaan selesa. Oleh itu, Id akan sentiasa mencari kepuasan dan keseronokan segera.

Ego (Reality Principle)
Tugas Ego ialah sebagai mediator antara Id dan Superego, dengan kata lain ia berfungsi sebagai pengawal kepada Id dan Superego. Ego berkembang melalui interaksi antara individu dengan persekitaran dan dalam proses ini Id dan Superego cuba dikawal mengikut kehendak moral dan piawai etika masyarakat. Dengan kata lain Ego adalah eksekutif kepada personaliti, iaitu ia dapat mengawal dan menyeimbangkan personaliti Id dan Superego.

Superego (Moral Principle)
Superego merupakan sumber awal suara hati (conscience) iaitu kebolehan untuk membezakan yang baik daripada yang buruk. Superego muncul secara perlahan apabila mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibubapa. Ia bersifat ideal dan sentiasa mencari kesempurnaan.

Meskipun idea Freud berkenaan psikoanalisis telah mencetuskan pelbagai kontroversi dan kritikan-kritikan daripada masyarakat serta ahli psikologi yang lain, namun idea utama Sigmund Freud berkenaan psikoanalisis itu telah berabad-abad bersama kita. Dalam penulisan ahli-ahli psikologi yang terbaharu, idea, konsep dan prinsip asas beliau masih diperkembangkan, dibincangkan, merangsang penyelidikan dan disanjung tinggi.

Ada banyak lagi sebenarnya teori-teori psikologi yang berkaitan dengan personaliti selain daripada yang dikemukakan di atas. InsyaAllah, jika ada kelapangan, mungkin boleh dibincangkan pada masa akan datang.
Hakikatnya, tidak semua sikap yang ditunjukkan menggambarkan sifat seseorang.

Semoga apa yang dikemukakan dalam penulisan ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita semua.
Ranking: 5

{ 6 Respon... read them below or add one }

Dak Wan® said...

Perghhh berat gila subjek nie....


1/17/2010 2:44 AM
hans said...

ego?
semua mesti ada ego masing2
cuma antara tinggi atau rendah jer


1/17/2010 2:59 AM
masterGOmaster said...

inlu yang bermanfaat buat aku nih
makasih sharingnya teman


1/20/2010 5:19 PM
Kulanz Salleh said...

@Dak Wan, Memang agak berat. Tapi seronok jika dihayati dan diamalkan


3/01/2010 10:58 PM
Kulanz Salleh said...

@hans, betul tu bro.. memang sudah sifat manusia macam tu.. tapi yang penting kita dapat kawal..


3/01/2010 10:59 PM
Kulanz Salleh said...

@masterGOmaster, memang baik untuk kita amalkan... terima kasih juga sudi berkunjung ke sini


3/01/2010 11:03 PM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved