Nampaknya sorotan kebanyakan entri blog dan berita hari ini tertumpu kepada berita tentang pelakon dan pelawak veteran, M. Rajoli yang meninggal dunia.
Dalam berita yang saya baca, Allahyarham M. Rajoli menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif. Jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu.
Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Semoga Allah SWT merahmati rohnya.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment