Sultan Johor Tamatkan KMJ 2010 Dan Peroleh Lesen Memandu Kereta Api

on Monday, June 28, 2010

JOHOR BAHARU, 28 Jun (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari Isnin tiba di JB Sentral setelah menamatkan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010, dengan menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama, yang meliputi empat daerah di negeri ini.

Baginda dan rombongan diraja serta peserta kenamaan tiba di JB Sentral pada pukul 5 petang dan disambut kira-kira 500 rakyat jelata.

Selepas memandu sendiri kereta api dan melakukan prosedur 'turn table' bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan pada pagi ini, Sultan Ibrahim telah layak menerima Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26.

Lesen itu diserahkan kepada baginda oleh presiden Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Dr Aminuddin Adnan pada satu majlis di stesen tersebut.

Dengan itu juga, baginda menjadi sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari sejak Jumaat lepas.

Ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) dan sijil pengiktirafan disampaikan kepada baginda oleh pengarah urusan MBOR Datuk Danny Ooi.

Dalam ucapan pada majlis penutupan kembara itu di JB Sentral, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman melahirkan rasa bangga rakyat Johor atas kejayaan Sultan Ibrahim memperoleh lesen tersebut.

"Sesungguhnya Kembara Mahkota Johor 2010 ini sangat istimewa kerana Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri memandu kereta api," katanya.

KMJ edisi ke-12 dimulakan pada 2001 hasil cetusan Sultan Ibrahim sendiri ketika menjadi Tunku Mahkota Johor yang bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat itu turut disertai isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris, dan dua anakanda baginda iaitu Tunku Aminah serta Tunku Idris. - BERNAMA

Gambar Jaringan England Yang Tidak Disahkan

Inilah gambar jaringan pasukan England yang tidak disahkan pengadil semasa perlawanan German menentang England sebentar tadi. German mengalahkan England dengan jaringan 4-1



Jenis dan Cara Mengawal Stres

on Saturday, June 26, 2010

Jenis-Jenis Stres

Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Secara umumnya, stres terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1.  Eustress
Eustress adalah stres yang menghasilkan kesan positif dan kegembiraan seperti perkahwinan, naik pangkat, mendapat ahli keluarga baru dan berpindah rumah.

2.  Distress
Manakala distress pula adalah stres yang mengakibatkan kesan negatif kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, berpenyakit dan beberapa musibah lain.


Teknik Mengawal Stres
Stres yang membawa kesan negatif (distress) boleh melemahkan sistem imun dalam badan akibat peningkatan hormon adrenalin yang boleh menjejaskan fungsi leukosit. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kognitif seperti melemahkan daya ingatan dan tumpuan. Individu yang menghadapi stres akan juga mengalami kekacauan emosi seperti resah gelisah dan mempamerkan tingkah laku yang keterlaluan. Oleh sebab itu adalah penting untuk kita mengetahui cara atau teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi stress. Dua daripada teknik yang boleh membantu mengawal stress dan juga konflik adalah:

1.  Penepatan Keperluan (Setting Priorities)
Anda mesti berfikiran terbuka dan positif apabila mengalami stres. Antara cara untuk mengawal stres ialah dengan menetapkan keperluan yang penting dahulu. Ini bermakna anda mesti memberi keutamaan kepada tugas-tugas yang penting untuk mengelak stres akibat tidak menyiapkan kerja yang penting. Contohnya, majikan anda menyuruh anda menyiapkan suatu tugasan sebelum minggu berikutnya. Seorang rakan sekerja anda pula meminta bantuan anda untuk menyiapkan tugasnya. Di sini anda mesti menyiapkan kerja yang diberi oleh majikan anda sebelum membantu rakan sekerja anda. Berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin.

Untuk mengelak daripada terlupa membuat tugasan-tugasan yang penting, buatlah satu jadual. Anda juga boleh meletakkan peringatan di atas meja atau di dalam komputer supaya anda tidak lupa. Yang paling penting adalah jangan menangguhkan kerja anda. Jika tidak, ini akan menyebabkan kerja anda bertambah banyak. Anda akan mengalami stres apabila anda melihat banyak tugasan tidak disiapkan Oleh itu, sentiasalah ingat dan peka terhadap tugasan-tugasan yang diberikan.

2.  Pengurusan Masa

Pengurusan masa yang bijak merupakan antara langkah yang dapat mengatasi masalah stres (Rajah 8.3). Kita semua mempunyai masa 24 jam sehari. Justeru, pengurusan masa mengikut kepentingan sesuatu kerja harus kita amalkan. Kita boleh menyenaraikan sesuatu kerja mengikut kepentingan dan keperluan berdasarkan pengkelasan “perlu dilaksanakan segera” sehingga “perlaksanaan tidak segera”. Dalam erti kata lain, agihkan tugas dan kepentingan anda secara berkesan. Untuk itu, anda mesti bijak mengatur rutin seharian anda. 

Anda juga mestilah sentiasa memahami rutin harian anda supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan bijak dan positif. 

Anda juga diingati agar tidak membuat tugasan diakhir masa. Contohya, jika pengajar anda memberikan anda tugasan minggu ini. Anda seharusnya menyiapkannya minggu ini juga dan tidak menangguhkannya ke minggu hadapan. Ini kerana anda mungkin tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkannya. Justeru, pengurusan masa amatlah penting. Ini kerana ia dapat membantu anda mengawal stres dengan cara yang terbaik. Anda mesti ingat masa itu emas dan tidak ternilai. 

Oleh itu hargailah masa anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti dengan efektif. Sentiasalah berfikir sebelum bertindak.

Maya Karin dan Suami Hadir di Mahkamah Syariah

on Friday, June 25, 2010

KUALA LUMPUR: Pelakon popular Maya Karin, 31 dan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali (gambar) merahsiakan prosiding yang berlaku dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah di sini yang diadakan selama dua jam sejak pukul 2 petang ini.


Maya tidak berkata “ya” mahupun tidak sama ada prosiding di mahkamah itu berhubung pengesahan pernikahan atau penceraian mereka.

Peguam syarie Nor Husniah Hussin yang mewakili Maya juga enggan memberikan komen lanjut atas arahan anak guamnya itu.

“Tiada keputusan,” kata Maya ringkas di luar mahkamah.

Maya berkata, dia mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen.

“Lebih selamat saya tak bercakap apa-apa kerana takut silap,” katanya yang keluar dari mahkamah lewat 20 minit selepas suaminya.

Sementara itu Muhammad Ali turut enggan memberikan penjelasan tentang tujuan mereka ke mahkamah sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Maya.

Ditanya pula tentang penceraian, katanya: “No divorce” (tidak bercerai).

Difahamkan prosiding di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin itu turut dihadiri oleh dua orang saksi lelaki berbangsa asing.

Maya hadir mengenakan baju kurung putih dengan bertudung litup putih manakala Muhammad Ali memakai sepasang sut hitam.

MStar Online difahamkan, kunjungan pasangan itu ke mahkamah hari ini untuk mendaftarkan pernikahan mereka selepas kedua mereka diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008.

Majlis resepsi kedua mempelai diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

Selepas dua tahun bernikah, hubungan Maya dengan guru Matematik di sebuah sekolah antara bangsa itu dikatakan menghadapi krisis dan mereka sedang dalam proses untuk memulihkannya. (Sumber: mStar online)

Fasha Sandra Punca Hubungan Almy & Fizz Fairuz Terganggu

on Thursday, June 24, 2010

PELAKON Almy Nadia mengaku hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz agak terganggu apabila timbul desas desus kekasihnya itu turut menjalinkan hubungan dengan pelakon Tizz Zaqyah.



Almy berkata, dia juga terkejut apabila mendapat tahu Tizz dikatakan turut mengganggu hubungan Fasha dengan Rizal Ashram Ramli, bekas suami Nora Danish.

Bagaimanapun kata Almy, sebelum berita tersebut tersebar, dia dan Fizz telah terlebih dahulu menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaik mungkin.

“Sewaktu mendengar berita ini, saya telah menghubungi Fizz dan pada mulanya dia agak berang dengan apa yang berlaku tetapi akhirnya masalah yang terjadi itu dapat diselesaikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Fizz Fairuz memberi amaran kepada pelakon Fasha Sandha agar tidak mengaitkan dirinya dengan Tizz Zaqyah semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

Fasha dalam sebuah akhbar dikatakan membuat kenyataan menuduh Tizz sebagai individu yang bertanggungjawab mengganggu hubungannya dengan Rizal Ashram selain cuba menggoda Fizz Fairuz. Perbuatan Tiz itu dikatakan turut menyebabkan kemarahan Almy Nadia.

Kata Almy, dia tidak menafikan sebelum ini Fasha pernah bertemunya dengan Fizz untuk mengetahui konflik hubungan melibatkan Tizz Zaqyah itu tetapi mereka enggan masuk campur.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang hubungannya dengan Tizz itu, Almy enggan mengulas mengenainya.

"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.

"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut. (Sumber: mStar)

Ujian Khas Untuk ke Asrama Penuh

PUTRAJAYA - Satu ujian khas mungkin diwujudkan bagi kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh untuk menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) jika ia dimansuhkan.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ujian khas tersebut tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

"Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar," katanya selepas menerima lawatan anak-anak dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini semalam.

Beliau berkata, ujian khas itu akan diselaraskan dan tidak dilakukan oleh sekolah berasrama penuh.

Katanya, ketika ini begitu ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak mahu memasuki sekolah berasrama penuh dan mahu kekal di sekolah harian.

Beliau berkata, banyak cara boleh digunakan bagi dijadikan mekanisme kelayakan ke sekolah berasrama penuh dan tidak menolak kemungkinan UPSR diubah suai sebagai ujian khas itu.

Ditanya sama ada kedua-dua peperiksaan awam itu akan dimansuh atau salah satu sahaja, Puad berkata, keputusan itu akan bergantung kepada maklum balas masyarakat.

- Bernama

Sekolah Digalakkan Pasang CCTV Bendung Masalah Disiplin Pelajar

KOTA BHARU – Kementerian Pelajaran menggalakkan semua sekolah yang memiliki sumber kewangan memasang CCTV dalam usaha membendung masalah disiplin termasuk gejala sosial dan samseng di sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pemasangan CCTV mampu membantu membendung masalah disiplin di kalangan pelajar sewaktu mereka berada di sekolah.

“Jika sesebuah sekolah itu memiliki sumber kewangan, tiada halangan untuk mereka memasang CCTV dan kita menggalakkan usaha itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Ke-49 di sini hari ini, yang dihadiri 600 pengetua dari seluruh negara.

Beliau berkata, bagaimanapun kementerian tidak menyediakan peruntukan khusus untuk tujuan itu.

"Sebagaimana kita tahu CCTV ini mahal. Kawasan sekolah besar dan tidak boleh ada satu CCTV sahaja.

“Saya difahamkan ada beberapa sekolah yang buat CCTV ini atas perbelanjaan dan peruntukan sekolah itu sendiri,” katanya. – Bernama

ARIEL Disahkan Sebagai “Pelakon” Video Lucah

JAKARTA: POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.

Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” katanya kepada portal detikhot.com hari ini.

Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi.

“Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya.

Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan.

Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik).

Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan.

Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara.

Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini. (Sumber: mStar Online)

Guru Lepasan Institut Perguruan Akan Dapat Lantikan Tetap Serta-merta

on Tuesday, June 22, 2010

PUTRAJAYA: Calon yang telah lulus kursus perguruan akan terus dilantik sebagai guru tetap dan bukan lagi sebagai Guru Sandaran Terlatih, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu akan dilaksanakan dalam pengambilan yang akan datang, yang bukan sahaja akan menjimatkan kos dan masa, tetapi memberikan status perjawatan yang lebih baik kepada guru terlatih itu.

"Kita tidak perlu ada guru sandaran terlatih lagi dan kalau ada jawatan yang kita perlukan, penempatan boleh dibuat secara langsung ke mana-mana sekolah yang sesuai.

"Apa yang penting, kita mahukan guru yang cukup baik dan terpilih, diberikan jawatan yang tetap selepas proses tapisan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi; dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Datuk Kusaini Hasbullah.

Terdahulu, i dalam ucapannya, Muhyiddin berkata dalam melaksanakan tindakan itu, perkongsian maklumat dari segi data pelatih antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan SPP dapat diperkemaskan.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan proses pelantikan ke jawatan tetap itu dapat dilaksanakan dengan cekap, pantas dan berkesan.
"Buat masa ini, pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran dan Unit Pusat Universiti, Kementerian Pengajian Tinggi.

"Mereka yang telah lulus latihan kemudiannya akan dilantik sebagai guru oleh SPP," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan sedang melaksanakan lima syor yang dihasilkan oleh makmal khas yang ditubuhkan bagi membincang kaedah dan cara untuk meningkatkan kualiti guru.

"Lima syor itu adalah mengadakan kempen merekrut calon guru terbaik untuk mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam; memastikan guru menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan bukannya tugas perkeranian.

"Selain itu, meningkatkan akauntabiliti IPG melalui pengenalan sistem penarafan berdasarkan tahap kecemerlangan masing-masing; merekrut guru berkualiti dalam bidang kritikal dan menambahbaik laluan kerjaya guru," katanya. - BERNAMA

Cut Tari Turut Terlibat Dalam Skandal Video Lucah Ariel?

Selebriti Indonesia, Cut Tari yang sebelum ini turut dikaitkan dengan skandal video lucah bersama Ariel Peterpan (juga bersama Luna Maya)mengaku bahawa wanita dalam satu klip video lucah yang tersebar di Internet kelihatan mirip seperti dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang pernah menjadi pengacara televisyen membuat pengakuan itu kepada polis.

"Dia (Cut Tari) menyatakan memang (perempuan dalam video) miripnya," kata seorang pegawai polis, Marwoto yang memetik kenyataan Cut Tari kepada wartawan.

Namun katanya, Cut Tari menyatakan walaupun wanita tersebut mirip dirinya, ia belum membuktikan bahawa dia terlibat dalam video tersebut.

Menurutnya, polis memerlukan sedikit masa lagi untuk menyiasat identiti pasangan dalam klip video yang menggemparkan rakyat Indonesia itu.

Cut Tari menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini selepas satu klip video menunjukkan terdapat seorang wanita mirip dirinya sedang melakukan hubungan seks dengan vokalis band Peterpan, Ariel.

Selain klip video mirip Cut Tari itu, polis Indonesia turut menyiasat satu lagi klip video yang menampilkan pasangan mirip aktres Luna Maya dan Ariel.

Mengulas mengenai kes tersebut, polis memberitahu, penyanyi berkenaan dan kekasihnya itu akan dipanggil untuk menjalani ujian suara bagi mengesahkan sama ada mereka merupakan pasangan dalam klip lucah berkenaan.

Cut Tari adalah bekas kekasih Ariel manakala Luna Maya merupakan kekasihnya sekarang. - Agensi

Ikan Sembilang Pelik

on Monday, June 21, 2010

PORT DICKSON: Dua lelaki bersaudara yang memancing ikan pada waktu malam di Pantai Batu 12, Telok Kemang, dekat sini, terkejut apabila seorang daripada mereka berjaya mendapat seekor ikan sembilang berwajah pelik, malam Rabu lalu.


Lebih mengejutkan lagi, ikan sembilang yang berukuran 35 sentimeter panjang itu yang dipancing Ali Mohamad, 37, mirip wajah seekor burung hantu dengan memiliki sepasang mata menghala ke hadapan dan bentuk hidungnya mirip hidung manusia.

Sebelum itu, Ali bersama sepupunya Ibrahim Jalil, 42, yang menetap di Kampung Tanjung Agas, dekat sini, merancang memancing pada sebelah pagi namun berubah fikiran dan mengambil keputusan memancing pada sebelah malam.

Ali berkata, kira-kira jam 8 malam hari kejadian, mereka berdua pergi ke lokasi biasa untuk memancing, tetapi tersilap jangkaan kerana air baru hendak pasang penuh ketika itu dan terpaksa menunggu seketika.

“Biasanya kami pancing di lubuk yang sudah biasa kami pergi, tapi hari itu kami terpaksa mencari tempat lain yang berdekatan kerana tempat itu sudah diambil oleh pemancing lain. Kami tiada pilihan dan beredar di sebelah hujung sedikit.

“Ketika itu ikan galak menyambar umpan dan saya mendapat beberapa ekor ikan termasuk gelama, senangin dan ikan kerapu sebesar tapak tangan. Ketika hendak balik, pancing saya seperti disentap-sentap dengan kuat.

“Saya biarkan seketika sebelum menggulung tali perlahan-lahan, tetapi sentapan ikan itu semakin kuat dan menguatkan adaian saya.

“Selepas beberapa minit bertarung saya berjaya mendaratkan ikan dan selepas diperiksa didapati ia seekor ikan sembilang,” katanya.

Ali berkata, ketika hendak membuka mata kail pada mulut ikan sembilang dia terkejut melihat ia memiliki kepala yang besar dan selepas diukur panjangnya hampir 35 sm (Sumber berita dan gambar: myMetro Online)

Kes Cerai Anne Ngasari: Keputusan Akan Diketahui 25 Jun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini menetapkn 25 Jun ini untuk keputusan pengesahan bagi tiga lafaz cerai yang diucapkan suami kepada pelakon, Naszriah Ngasri,26, atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri.


Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menetapkan keputusan ditangguhkan bagi menyiapkan alasan penghakiman selepas berpuas hati dengan perbicaraan tertutup yang berlangsung selama 30 minit tadi.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam syarie Mohd. Hamidullah Che Hassan, yang mewakili Abdul Wafi, memberitahu bahawa mahkamah berpuas hati dengan perbicaraan yang dijalankan dan membenarkan permohonan tersebut.

"Sebentar tadi berlaku perbicaraan penuh dan tiada saksi lain dipanggil melainkan defendan dan plaintif. Mahkamah telah berpuas hati dan membenarkan permohonan tersebut.

"Ini turut membabitkan tiga lafaz yang dibuat. Lafaz pertama tidak jelas dan perlu diteliti manakala lafaz kedua dan ketiga jelas 'aku ceraikan Anne'.

"Mahkamah juga menangguhkan keputusan tersebut pada 25 Jun ini bagi menyiapkan alasan penghakiman," katanya.

Sebelum itu, Saiful Azli memerintahkan perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai pasangan Anne Ngasri dan Abdul Wafi dijalankan secara tertutup di kamar hakim pada pukul 12.30 tengah hari tadi atas permohonan kedua-dua belah pihak. (Sumber: mStar Online)

Luna Maya Terpaksa Buang Tatu di Punggung?

on Sunday, June 20, 2010

JAKARTA: Seorang doktor dilapor turut disoal siasat oleh polis berhubung skandal seks membabitkan selebriti Indonesia.


Bagaimanapun, doktor itu tidak didakwa dengan tuduhan memuat naikkan klip video porno yang membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel dengan penyampai terkenal televisyen Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari. Dia sebaliknya disoal kerana dikatakan bertanggungjawab memadamkan tatu imej ikan lumba-lumba pada pinggul Luna.

Dalam rakaman video berkenaan yang tersebar secara meluas di Internet, seorang pelaku seks wanita yang mirip Luna, juga mempunyai tatu pada pinggulnya.

Imej dan tempat terletaknya tatu berkenaan dikatakan sama dengan yang ada pada Luna, kekasih Ariel ketika ini. Tatu itu dikatakan menjadi antara bukti untuk menentukan pelaku sebenar video berkenaan.

Hingga semalam, ketiga-tiga selebriti itu masih belum mengaku terbabit dengan dengan adegan lucah berkenaan.

Namun, pegawai kanan polis, Edward Aritonang berkata, pihak polis sudah boleh memastikan siapa pelaku bintang porno berkenaan.

“Kita tidak perlu pengakuan kerana dengan alat bukti signivication cyber crime investigation, kami sudah boleh menyimpulkan, siapa orangnya. Kami sudah yakin," kata Edward. - Agensi

Inception

Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction: stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state when the mind is at its most vulnerable. Cobb’s rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved. Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible—inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse; their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime.



But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.


This summer, your mind is the scene of the crime.

Penjara Pudu Berusia 100 Tahun Akan Dirobohkan

KUALA LUMPUR: Tiba detik 10 malam esok, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter (m) dan sepanjang 394m yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.

Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800-an).

Namum begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.


Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.


Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.

Ekoran itu pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36km dari bandaraya Kuala Lumpur

Dalam berita yang lain ada menyebutkan yang orang ramai sangat kesal dengan tindakan merobohkan penjara bersejarah itu. Tinjauan mendapati, orang ramai kesal dan mahukan nilai estetika binaan seperti itu dikekalkan bukan dirobohkan kerana ia mampu menjadi daya tarikan pelawat domestik serta asing ke bandar raya ini. Bagi Prabu Munusamy, 32, beliau terkilan dengan tindakan tersebut berikutan bangunan penjara itu mampu berperanan sebagai tarikan pelancong.

Katanya, walaupun bangunan tersebut pernah 'menyimpan' mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipelihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

"Bangunan ini pernah menempatkan penjenayah yang terkenal sejak dulu, jadi sampai hari ini pun ramai orang datang mahu melihat dan mengambil gambar bangunan ini," katanya di sini hari ini.

Tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan tepat pukul 10 malam esok.

Proses meratakan tanah di bahagian dalam dan bersebelahan bangunan telah selesai dan kerja meroboh tembok dijangka dimulakan pada masa tersebut.

Sementara itu, Chew Chong Huai, 52, berkata, tindakan merobohkan bangunan yang dibina di zaman penjajah British itu amat menyedihkan memandangkan ia mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

"Kalau di luar negara contohnya di China, bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipelihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong," katanya.

Bagi Irwan Hashim, 32, berkata tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula bandar raya Kuala Lumpur sudah semakin sesak dengan pembangunan.

"Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya, janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita," katanya.

Dalam pada itu, pelancong dari Filipina, Farancisco B. Lopez, 49, berkata Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.

"Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini merupakan salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada era (penjajahan) Britain pada tahun 1800," katanya. (Sumber: mStar Online)

Peperiksaan UPSR dan PMR Mungkin Akan Dimansuhkan

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.Justify Full
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Beliau berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia," katanya. - BERNAMA

Keputusan Terkini Piala Dunia Sehingga 19 Jun 2010

18 Jun 2010
Keputusan Piala Dunia 2010 Kumpulan D
Jerman 0 - Serbia 1 (Milan Jovanovic,37')

Keputusan Piala Dunia 2010 Kumpulan C
Slovenia 2 (Valter Birsa,13',Zlatan Ljubijankic,42')-Amerika Syarikat 2(Landon Donovan, 48', Michael Bradley, 82')

Keputusan Piala Dunia 2010 KumpulanC
England 0 - Algeria 0


19 Jun 2010
Keputusan Piala Dunia 2010 Kumpulan D:
Ghana 1 (Asamoah Gyan,25') - Australia 1 (Brett Holman,10')

Keputusan Piala Dunia 2010 Kumpulan E:
Belanda 1 (Wesley Sneijder, 52') - Jepun 0

SUKMA: Terengganu Muncul Juara Bola Sepak SUKMA Ke-13

MELAKA, 18 Jun (Bernama) -- Juara bertahan Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraannya pada perlawanan bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Stadium Hang Tuah di sini, Jumaat.

Terengganu muncul juara SUKMA tiga kali berturut-turut sejak Sukma ke-11 2006, menewaskan Selangor 1-0 dalam saingan sengit.

Ketika aksi saling berbalas serangan, pemain Terengganu Rosli Muda menjadi wira pasukan apabila berjaya mencuri ruang di celah benteng pertahanan lawan dengan merembat masuk bola ke pintu gol Selangor pada minit ke-23.

Penyerang Selangor terus mengasak pintu gol Terengganu untuk mencari gol penyamaan dengan beberapa jaringan mencemaskan penjaga gol, Md Sharmiza Yusof.

Separuh masa kedua menyaksikan Selangor memperolehi banyak peluang tetapi Md Sharmiza lebih tangkas dan kemas mengawal pintu gawangnya.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Terengganu membawa pulang pingat emas manakala Selangor memperolehi pingat Perak dan Kedah mendapat pingat gangsa pada temasya Sukma kali ini.

Muhyiddin menyampaikan pingat kepada pemenang.

Ketika ditemui pemberita, jurulatih Terengganu Khalid Mohd Dahan berpuashati dengan persembahan anak buahnya sehingga Terengganu dinobatkan sebagai juara Sukma tiga kali berturut-turut. (Sumber: Bernama)

RMK-10 Bakal Beri Manfaat Kepada Penduduk Pedalaman

on Saturday, June 19, 2010

Itulah yang dijanjikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, di Jeli.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli, berkata di dalam RMK-10 banyak perkara disentuh dalam rancangan pembangunan untuk negara termasuk meningkatkan pendapatan rakyat serta taraf kehidupan mereka.

"RMK-10 menggariskan rancangan pembangunan lima tahun akan datang. Saya sedang usaha bersungguh-sungguh untuk pastikan pembangunan turut dilaksanakan di kawasan pedalaman.

"Saya juga pastikan Jeli akan mendapat bahagian di dalam RMK-10 yang sewajarnya," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan RMK-10 yang menggariskan program pembangunan lima tahun negara sehingga 2015 yang bertemakan 'Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial' dengan peruntukan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.

Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am.

RMK-10 yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan adalah bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Mustapa berkata telah banyak kemajuan dicapai tertutamanya di Jeli hasil daripada rancangan pembangunan kerajaan pusat terutama pembangunan fizikal.

"Kalau dulu Jeli yang merupakan kawasan pedalaman tidak ada apa-apa.Sekarang telah banyak pembangunan yang boleh dibanggakan dan dapat dilihat," katanya.

Beliau berkata antara pembangunan yang dibawa masuk kerajaan pusat termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan, pembinaan politeknik, serta rancangan pembangunan pertanian di bawah Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER).

"Malahan dua minggu lagi sebuah bank Muamalat akan dibuka di Jeli serta Bank Simpanan Nasional (BSN) sedang mencari tapak untuk buka bank mereka," katanya. (Sumber: Bernama)

Apapun rakyat sangat berharap agar perhatian terhadap kawasan pedalaman tidak hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja kerana masih banyak daerah-daerah pedalaman di Malaysia yang turut sama kekurangan hospitaliti yang sangat diperlukan. Semoga agihan secara adil dapat dilaksanakan.

Video Lucah : Ariel & Luna Jalani Pemeriksaan Forensik

Disebabkan masih enggan mengaku kes video lucah yang kononnya melibatkan Ariel dan model Luna Maya kian berpanjangan.

Di Jakarta, kes penyebaran video lucah kononnya milik penyanyi Ariel dan model Luna Maya yang sebelum ini dikatakan telah mendapat perhatian dunia, kini memasuki episod terbaru apabila kedua-dua artis tersebut hadir bagi menjalani pemeriksaan forensik.

Model Indonesia, Luna Maya (kanan) dan penyanyi, Nazril Ariel (kiri). - Foto AFP

Kedua-dua pasangan itu tiba pada waktu yang berbeza di Pusat Makmal Forensik, balai polis, Jalan Trunojoyo, Jakarta, semalam.

Berdasarkan pantauan detikhot, Luna tiba lebih awal iaitu kira-kira pukul 8.40 pagi sementara Ariel yang mengenakan jaket berwarna hitam tiba pukul 10.15 pagi.

Ariel tiba dengan menaiki kereta Avanza berwarna perak milik polis.

Ariel bersama seorang pegawai penyelidik. Pegawai itu kelihatan menggunakan baju berwarna biru untuk menghalang jurugambar daripada mengambil gambar Ariel.

Kenaikan Gaji 4 Peratus Dijangkakan Tahun Ini

KUALA LUMPUR 18 Jun - Beberapa sektor pekerjaan di Malaysia dijangka menerima kenaikan gaji sehingga empat peratus pada tahun ini, demikian menurut kajian firma pengurusan tenaga kerja di sini hari ini.

Kelly Services (M) sdn. Bhd. dalam kajiannya berkata, jangkaan kenaikan itu adalah berdasarkan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin pulih dalam tempoh berkenaan.

Pengarah Urusannya, Melissa Norman, berkata, antara sektor utama yang akan menerima kenaikan gaji tersebut ialah sektor perbankan dan kewangan, pusat panggilan, sumber manusia, logistik, jualan dan pemasaran, teknologi maklumat (IT) serta sektor kejuruteraan dan teknikal.

''Jumlah kenaikan gaji empat peratus itu merupakan kadar umum bagi sektor-sektor tersebut kerana kami jangkakan masing-masing akan menerima peratusan kenaikan gaji yang berbeza-beza.

''Kami menyasarkan kenaikan gaji bagi sektor perbankan terutamanya perbankan Islam sebanyak empat hingga lapan peratus pada tahun ini, pusat panggilan pula meningkat dua hingga tiga peratus, logistik tiga peratus, jualan dan pemasaran enam hingga 15 peratus, sumber manusia lima hingga 15 peratus manakala sektor kejuruteraan dan IT pula lapan hingga 15 peratus kenaikan,'' kata beliau dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pembentangan dan pelancaran Panduan Gaji dan Tinjauan Pekerjaan 2010/11 - Alat untuk Perancangan Tenaga Kerja di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Pemasaran Kebangsaannya, Jeannie Khoo.

Melissa menambah, kenaikan gaji tersebut juga dipengaruhi oleh status pekerja sama ada mahir atau tidak mahir.

''Bagi pekerja mahir dan memiliki pengalaman bekerja lebih dari lima tahun, kami jangkakan mereka akan menerima kenaikan gaji sehingga 10 peratus manakala pekerja tidak mahir dengan pengalaman kurang daripada dua tahun akan menerima kenaikan sebanyak tiga hingga lima peratus,'' ujarnya.

Katanya, selain keadaan ekonomi yang semakin baik, kenaikan gaji juga dipengaruhi oleh beberapa faktor penting yang lain.

''Kami mendapati antaranya kekurangan tenaga kerja mahir, penghijrahan pekerja-pekerja dari Malaysia yang mendapat tawaran lebih baik di luar negara dan kekurangan graduan yang berkualiti dalam bidang teknikal dan vokasional.

''Selain itu, kenaikan gaji juga turut dipengaruhi oleh pelancaran Model Baru Ekonomi (MBE) yang menetapkan rangka tindakan untuk menganjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi,'' katanya. (Sumber: Utusan Online)

Keputusan Terkini Piala Dunia Sehingga 18 Jun 2010

on Friday, June 18, 2010

Berikut adalah keputusan terkinibola sepak Piala Dunia yang melibatkan 6 pasukan, iaitu Argentina, Korea Selatan, Greece, Nigeria, Francis (France) dan Mexico dalam 3 perlawanan.

Garis Panduan Cara Tuntutan Cerai

Bagi mengelakkan tuduh menuduh pemohon dan pihak berkuasa, satu tatacara atau panduan Tuntutan Cerai akan disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri.  

Laporan daripada Berita Harian menyebutkan bahawa, Jabatan Perdana Menteri sudah merangka satu garis panduan mengenai prosedur memfailkan tuntutan cerai untuk dipamerkan di semua jabatan agama dan mahkamah syariah sebagai rujukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata garis panduan itu dalam bentuk carta prosedur adalah antara 11 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementeriannya.

“Carta itu akan menjadi model prosedur perceraian bagi semua umat Islam dan kita akan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Ini bagi mengelakkan tuduh menuduh antara pemohon dan pihak berkuasa apabila berlaku kelewatan atau tindakan segera tidak diambil.

“Dengan adanya prosedur ini, setiap pemohon akan tahu apa yang perlu dilakukan ketika membuat permohonan perceraian, seperti di mana difailkan, siapa orang hubungan dan bahagian mana perlu dihubungi untuk mendapat maklum balas tertentu.

“Perkara ini (prosedur perceraian) bukan sekadar cakap saja, ia perlu laporan bertulis,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama media di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, carta prosedur itu kini dalam proses cetakan dan akan dihebahkan kepada masyarakat apabila siap.

Mengulas lanjut mengenai KPI kementeriannya, Jamil Khir berkata, antara KPI yang ditetapkan bagi tahun ini, termasuk penyeragaman Undang-undang Keluarga Islam, memartabatkan program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), pengukuhan industri makanan halal, pembangunan hartanah wakaf, memajukan industri Ar-Rahnu dan memartabatkan institusi tahfiz negara dengan penubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan.

Mengenai penubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat, beliau berkata, ia bertujuan untuk menyatukan tahfiz di bawah satu persatuan bagi membolehkan kerajaan memberi perhatian dan bantuan.

“Kadang-kadang ada hal yang terpisah antara mereka dari sudut kerja, perjawatan, sedangkan mereka ini lahir dari maahad tahfiz di bawah kelolaan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), negeri dan luar negara yang seakan-akan terpisah.

“Jadi kita mahu menyatukan mereka ini demi kepentingan kebajikan mereka,” katanya. (Sumber: Berita Harian Online)

Semakan Kemasukan ke IPTA sesi 2010/2011

PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Seramai 40,506 daripada 61,228 jumlah pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulasi, asasi dan setaraf ijazah pertama ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata daripada jumlah keseluruhan pemohanan iaitu 61,228, jumlah pemohon yang layak ialah 49,234 orang.

"Setelah dibuat tapisan hanya 40,506 yang benar-benar memenuhi kriteria dan berjaya ditawarkan. Daripada jumlah itu 28,633 ialah calon Bumiputera, 9,569 Cina dan 2,304 India dan lain-lain," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Beliau berkata bagi Orang Asli pula jumlah yang memohon ialah 66 dan yang ditawarkan adalah 43 orang manakala permohonan bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pula ialah sebanyak 656, dan 282 orang ditawarkan tempat.

"Bagi golongan Orang Asli yang tidak layak untuk ke ijazah pertama akan dipertimbangkan ke program diploma yang bersesuaian dengan kelayakan calon dengan syarat perlu membuat permohonan baru," katanya.

Menurut beliau seramai 2,088 pemohon yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 telah memohon untuk memasuki Universiti Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) dan yang berjaya diterima ialah seramai 404 orang.

Radin Umar berkata bagi golongan atlet negeri dan negara pula sebanyak 1,550 permohonan diterima dan hanya 934 berjaya ditawarkan.

Bidang kompetitif yang paling banyak ditawarkan pula katanya ialah Kejuruteraan Elektrik/Elektronik seramai 2,336, Kejuruteraan Mekanikal (1,609), Kejuruteraan Kimia (978), Perubatan (962) dan Perakaunan (941).

Beliau berkata bidang undang-undang seramai 301, Farmasi (287) dan pergigian (178).

Semakan status permohonan boleh dibuat mulai pukul 12 tengah hari Jumaat di laman web http://jpt.uum.edu.my, http://www.jpt.utm.my, http://upu.mohe.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-88835858, helpline (03-88835848) atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya pula akan mula dikeluarkan pada Sabtu ini sementara bagi calon yang gagal aplikasi e-rayuan akan mula dibuka pada pukul 12 tengah hari Jumaat.

Keputusan Terkini Piala Dunia

on Thursday, June 17, 2010

JOHANNESBURG. - Pasukan bimbingan Diego Maradona, Argentina mudah membenam cabaran Korea Selatan 4-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B yang berlangsung sebentar tadi.


 Bintang Real Madrid, Gonzalo Higuain muncul pemain pertama mencipta hatrik di Piala Dunia FIFA 2010 apabila menjaringkan tiga gol pada minit 33, 76 dan 80.

Satu lagi gol Argentina hasil jaringan sendiri pemain Korea, Park Chu-Young pada minit ke-17. Gol tunggal Korea diperolehi oleh Lee Chung-Yong pada minit ke-46.

Potong Kemaluan Suami Kerana Curang

Ni satu lagi berita yang tak masuk akal. Di New Delhi, India, gara-gara cemburu dan marah kerana suaminya berlaku curang, seorang wanita telah mengambil keputusan memotong kemaluan lelaki itu sebagai satu pengajaran.

Kejadian berlaku di daerah Bholath di Punjab pada Selasa apabila wanita itu, yang dikenali sebagai Baby, telah memasukkan ubat pelali dalam minuman keras yang dihidangkan kepada suaminya, Jaspal Singh.

Pada malam itu, wanita berkenaan memotong kemaluan suaminya dan kemudian melaporkan kepada polis.

Timbalan Penguasa Polis Bholath, Mohinder Singh, berkata doktor berjaya menjahit semula kemaluan Jaspal Singh tetapi keadaannya dilaporkan masih serius.

Polis telah menahan Baby dan akan mendakwanya dengan tuduhan cuba membunuh.
Pasangan itu mempunyai tiga anak tetapi rumah tangga mereka dikatakan mengalami masalah disebabkan kecurangan lelaki itu.

Nasib baik sempat dijahit semula, kalau tidak, wanita tu akan dapat apa selepas ni? (sumber: Berita Harian)

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010

Keputusan Rasmi Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010, sehingga Khamis - 17 Jun 2010

Berikut adalah keputusan rasmi World Cup 2010 bermula hari pertama perlawanan.


Skandal Seks Luna Maya dan Ariel dapat Perhatian Dunia

Memang tak habis lagi kes skandal seks Luna Maya dan Ariel ni. Yang terkini, media asing turut memberi perhatian pada kes tu.

JAKARTA: Aktres Luna Maya yang kini menjadi tumpuan berikutan tersebarnya video seks mendakwa beliau bersama kekasihnya Ariel, bukan sekadar mendapat perhatian media tempatan, malah turut menarik saluran berita Amerika Syarikat, Cables News Network (CNN) untuk mewawancara beliau.

Bekas duta Lux itu dilaporkan akan memberikan komen mengenai video porno yang didakwa membabitkan dirinya dan penyanyi Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel, yang tersebar luas di internet.

“Beliau mahu bercakap dengan CNN,” kata peguamnya, OC Kaligis yang mengesahkan perkara itu kepada sekumpulan wartawan di Mahkamah Khas bagi Kes Rasuah di Jakarta, kelmarin.

Kes Luna Maya dan Ariel berkenaan mendapat perhatian media antarabangsa termasuk New York Times yang menjadikan tajuk utamanya “Sex Tape Scandal Fixates Indonesia” (Skandal Rakaman Seks Mengasyikkan Indonesia), pada 13 Jun lalu.

OC Kaligis berkata, anak guamnya itu juga bersedia untuk satu temu bual dengan Mata Najwa melalui Metro TV.

Ketika ditanya sama ada Luna Maya yang masih lagi duta Program Makanan Dunia bersedia berbicara dengan media lain atau sidang akhbar, OC Kaligis hanya tersenyum tanpa menjawab soalan daripada sekumpulan wartawan terbabit.

“Kepentingan saya adalah untuk menasihati dia. Saya tidak boleh memaksa beliau melakukannya. Itu hak dia. Malah, mengatakan tiada komen juga adalah hak dia,” katanya.

Kesediaan Luna Maya untuk diwawancara oleh media asing menimbulkan persoalan besar di kalangan pengamal media tempatan berikutan aktres terbabit bersama kekasihnya itu didakwa masih enggan bertemu dengan media tempatan.

Sehingga kini Luna bersama Ariel hanya ditemu bual TVOne di mana mereka juga tidak menjawab persoalan mengenai benarkah mereka pelaku dalam video terbabit. Sebaliknya mereka hanya mendakwa berasa difitnah. – Agensi

Mungkin ada baiknya Luna Maya dan Ariel membuat penjelasan supaya kes tu segera ditutup.

Sultan Brunei Cerai Azrinaz Talak Satu

Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar Hakim Bercerai

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam tadi mengumumkan baginda menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim selepas lima tahun berkahwin dengan bekas wartawan TV3 itu.

AZRINAZ bersama dua anaknya

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, mengahwini Azrinaz pada 2005 dan mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Dalam pengumuman khas yang dibuat di seluruh Brunei jam 8 malam itu dan disiarkan Radio Televisyen Brunei dibacakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar antara lain menyebut:

“Atas sebab tertentu (yang tidak dinyatakan), berlandaskan hukum syarak berhubung perkahwinan, pada petang Rabu (16 Jun 2010) baginda Sultan Brunei menceraikan isteri baginda, Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu.”

Azrinaz, 30, melahirkan anak lelaki mereka kira-kira setahun selepas berkahwin manakala anak kedua, seorang perempuan pada 2008.

Menurut agensi berita AP, Istana Brunei turut menarik balik semua gelaran Dirajanya.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan.
Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan sahabat terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih mesra dipanggil sebagai Naz adalah lulusan Diploma Penyiaran dan bertugas di stesen TV3 sejak 1999 sebelum meletakkan jawatannya sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran pada Mei 2005 atas alasan 'untuk menjalankan perniagaan sendiri.'(Sumber: Berita Harian)

Franz: England Menampilkan Persembahan Buruk

on Wednesday, June 16, 2010

JOHANNESBURG: Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer mengkritik cara permainan England pada Piala Dunia ini apabila menyebut “mereka bergerak ke belakang kepada corak lama yang buruk, iaitu membuat sepakan bola hantaran jauh dan mengejarnya.”

Ketika skuad England bimbingan Fabio Capello berhempas pulas seri 1-1 menentang Amerika Syarikat selepas penjaga gol, Robert Green melakukan ‘kesilapan bodoh’ membolehkan lawan menyamakan kedudukan, Jerman pula mempamerkan aksi bertenaga membelasah Australia 4-0, Ahad lalu. 

“Apa yang saya lihat daripada pemain England dalam perlawanan dengan AS itu, sebenarnya tidak banyak permainan bola sepak,” kata Beckenbauer, semalam.

“Apa yang saya lihat daripada pemain England dalam perlawanan dengan AS itu, sebenarnya tidak banyak permainan bola sepak,” kata Beckenbauer, semalam.

“Kepada saya England seperti bergerak ke belakang kepada corak lama yang buruk iaitu membuat sepakan bola hantaran jauh dan mengejarnya.

“Saya tidak pasti sama ada Fabio Capello masih boleh mengubahnya. England berada dalam situasi ini kerana hakikat bahawa tidak ramai pemain negara itu dalam kelab Liga Perdana Inggeris kerana mereka menggunakan pemain luar dari serata dunia yang lebih baik,” katanya.

England perlu menewaskan Algeria, Jumaat ini dalam perlawanan Kumpulan C untuk meneruskan cabaran, manakala Jerman berdepan Serbia dalam Kumpulan D pada hari sama. – AFP

Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM (Secara Online dan Khas Pedalaman) Ambilan 2010

on Monday, June 14, 2010

Semakan panggilan temuduga program KPLSPM (Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) bagi calon yang memohon secara online dan Temuduga Terbuka Khas pedalaman Ambilan Jun 2010 boleh disemak mulai hari ini (14 Jun 2010) di laman web KPM, Kementerian Pelajaran Malaysia – http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tawarkplspm_jun10/. Boleh juga klik PAUTAN ni untuk terus ke laman web semakan berkenaan.

Dimaklumkan, calon-calon yang berjaya akan mendaftar masuk ke Institut Perguruan pada 28 Jun 2010 dan Surat Tawaran Rasmi akan diberikan pada masa pendaftaran.

Tahniah kepada semua calon yang berjaya.

Dadah: Saiful Apek Ditahan Polis

on Sunday, June 13, 2010

PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006). (Sumber: mStar Online)

Keputusan dan Analisis Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA

Tidak sempat menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010? Atau terlepas pandang semasa gol dijaringkan? Tidak perlu risau kerana peminat-peminat bola sepak boleh mendapatkan keputusan rasmi dan analisis setiap perlawanan melalui internet melalui laman Soccernet World Cup 2010.


 Keputusan perlawanan pada setiap hari boleh dilihat terus di halaman depan laman web berkenaan. Untuk mendapatkan laporan permainan dan jaringan pula, pelawat hanya perlu membuka laman FIXTURES & RESULTS di bahagian menu, kemudian klik pada GameCase di bawah keputusan setiap perlawanan yang dipaparkan.
 

Luna Maya: Saya Tiada Tatu di Pinggul

INDUSTRI hiburan serantau khususnya Indonesia kini sedang bergegar. Gegaran itu bukan dek gempa bumi mahupun hempasan tsunami, tetapi gara-gara video porno yang dikatakan aksi aktres Luna Maya bersama vokalis Peterpan, Nazril Irham atau Ariel.


Semuanya bermula apabila video panas itu tersebar menerusi Internet. Video berkenaan bukan saja dikatakan menonjol perlakuan seks seorang wanita yang berwajah seperti Luna dan Ariel di ranjang malah sebuah lagi video pula menonjolkan lelaki yang dikatakan Ariel bersama bekas teman wanitanya dulu iaitu Cut Tari.

Apa yang menggemparkan, Luna yang juga duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain model iklan sabun mandi ternama bersama Ariel, sedang berdepan dengan tindakan undang-undang selepas polis melancarkan siasatan terhadap tiga selebriti ini.

Bedah Siri Intimasi 'Ariel Peterporn'

Sehingga saat ini, Ariel vokalis Peterpan masih bungkam. Tidak menelurkan kata-kata sahih walhal seluruh Indonesia sedang menyebut namanya. Panas tiba-tiba setelah lama suam, terakhir dia dan ahli kumpulannya muncul dengan album Hari Yang Cerah. Judul album yang kini sangat ironi dengan keadaan dirinya masa kini.

Manakan tidak, sejak 4 Jun lalu, Ariel atau nama sebenar Nazril Irham menimbulkan ledakan gunung berapi di seluruh Indonesia dengan video-video seksnya.

Lebih menjadi lahar apabila video itu kononnya mempertontonkan aksi Ariel bersama kekasihnya, pelakon Luna Maya. Kemudian menjangkit pula kepada Cut Tari, hos cantik yang dikatakan mirip si pelakon dalam video porno yang disebarkan tanpa henti kini.
 
 Pihak Bareskrim (Badan Reserse dan Kriminal Umum) Polri dan Polis Indonesia (Polri) sudah mula mengambil tindakan penyebaran klip panas ini. Pihak berkuasa tersebut juga sudah mula memanggil saksi utama iaitu Ariel, Luna dan Cut Tari untuk di soal siasat dan berharap selebriti yang terbabit memberikan kerjasama penuh terhadap kes tersebut. Luna Maya khabarnya masih di Singapura dan bakal berangkat ke Amerika Syarikat.

Ariel mengambil sikap mendiamkan diri manakala Cut Tari hanya membenarkan suaminya bersuara bagi pihak dirinya.

Kristal Jadi Penghias iPhone 4G Cover

on Friday, June 11, 2010

Kepada peminat-peminat kristal dan pemilik iPhone, CrystalRoc telahpun melancarkan cover bagi iPhone 4G terbaharu. Setiap cover diperbuat lebih daripada 1500 kristal Swarovski dan bahan asas daripada krom yang ringan tetapi tahan lebih lama.


Buat masa ini CrystalRoc sedang melaksanakan pre-order di www.crystallizedmobiles.com sehingga ia dilancarkan 24 Jun 2010 nanti.


Sumber: crystalroc

Wanita Australia Pilih Malaysia Untuk Jalani Pembedahan Plastik

on Thursday, June 10, 2010

MELBOURNE - Ribuan wanita rakyat Australia memilih Malaysia sebagai destinasi utama untuk melakukan pembedahan kosmetik bagi merampingkan tubuh mereka kembali seperti gadis remaja, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Maklumat itu didedahkan oleh sebuah firma perunding terkenal Australia yang ditubuhkan sejak 2004 lalu, Gorgeous Getaways yang beroperasi di sini.

Ia mendakwa lebih 400 pesakit firma itu berkunjung ke Malaysia pada setiap tahun untuk tujuan tersebut.

Pengarah Gorgeous Getaways, Louise Cogan berkata, dianggarkan 80 peratus daripada pelanggan mereka melakukan lebih dua pembedahan di beberapa buah hospital terkenal di Malaysia menerusi pakej percutian pembedahan kosmetik seberang laut.

"Wanita terbabit kebanyakan yang berusia antara lingkungan 30-an dan 60-an sama ada menjalani gabungan pembedahan pada wajah muka atau payu dara mereka di samping mengempiskan perut dan menyedut lemak berlebihan," kata Cogan.

Firma itu yang sehingga kini sudah memiliki lebih 1,500 pelanggan selain mempunyai pejabat di seluruh Australia dan New Zealand memberikan faktor kos yang rendah sebagai punca tarikan termasuk tiket penerbangan dan penginapan.

Salah seorang pelanggan Gorgeous Getaways, Ambah Young berumur 18 tahun menjadi peserta paling muda akan menjalani pembedahan di Malaysia untuk menguruskan perut, payu dara dan bahagian kemaluan.

Ibu tunggal dengan dua anak perempuan itu berkata, dia berbelanja sebanyak A$13,000 (RM35,922) termasuk meminjam wang daripada seorang rakan untuk menjalani pembedahan bagi mengembalikan bentuk tubuh badannya menjadi muda semula.

"Selepas melahirkan anak bongsu saya, tubuh saya tidak berada pada keadaan asal. Ia menyebabkan saya memilih untuk menjalani pembedahan bagi mengembalikan semula zaman muda saya," kata Young. - Agensi (Sumber: Kosmo Online)
 
© Just Another Story All Rights Reserved