Keputusan Pengesahan Nikah Zizie Izette, Bung Mokhtar Diketahui Khamis Ini

on Tuesday, June 08, 2010

KUALA LUMPUR 8 Jun - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan khamis ini keputusan kes pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara pelakon Zizie Izette dan suaminya, Bung Mokhtar Radin.

Pasangan itu hadir di mahkamah dengan ditemani peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Normawaddah pada pukul 11.30 dalam kamar Hakim Kanan Syarie, Mohd. Abdul Radzi Abd. Latif.

Pasangan terbabit memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.

Dalam permohonan tersebut, mereka juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mereka bernikah pada 16 Disember tahun lalu di Cemerlang Heights, Taman Melati Selangor dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.  (Sumber: Utusan)
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved