Pernah dengar perkataan DIANDANGAN? Tahu makna perkataan ni? Kalau ni 1st time korang dengar perkataan ni, jom baca, kejap lagi nak ceritakan...
Sebelum tu, aku nak maklumkan yang ni mungkin artikel penutup untuk tahun 2009 di blog ni. Tak sedar tahun 2009 dah nak berakhir. Aku akui banyak juga kenangan sepanjang Tahun 2009. Tahun ni lah aku mula aktif berblog guna blogspot ni. Start bulan Jun lepas.
Berbalik kepada kisah diandangan tadi. Akupun sebenarnya tak tahu sangat pasal definisi khusus diandangan (dian dangan) ni. Tak pasti juga sama ada di Malaysia istilah ni diterima pakai atau tidak...aku tak sempat buat rujukan lagi... Tapi kalau tak silap istilah diandangan ni banyak digunapakai dalam Sastera Melayu Brunei. Berdasarkan kefahaman aku diandangan maksudnya lebih kurang macam koleksi cerita-cerita sastera/seajrah rakyat... atau lebih tepat lagi Hikayat (Mohon kalau ada pembaca yang lebih faham maksud diandangan, harap dapat beri komen supaya aku dapat betulkan pemahaman aku).
Sebab tu sempena datangnya tahun 2010, sekali lagi aku tukar nama blog ni, kali ni aku tukar kepada diandangan. Maknanya ni dah kali ketiga aku tukar nama blog. Pertama aku namakan blog ni sebagai Semua Jadi Satu. Pastu tukar lagi kepada Photo Blog sebab Semua Jadi Satu aku guna untuk blog utama yang aku maksudkan. Sekarang dah jadi Diandangan pula.
Harap-harap pakcik Google tak marahkan aku sebab selalu tukar-tukar nama... sebabnya setahu aku (daripada pembacaan), pakcik google ni tak suka kita tukar-tukar nama blog... tukar nama blog akan mengganggu proses index kandungan di enjin carian pakcik google tu... Ni memang sure betul. Aku dah pernah buat kesalahan ni pada blog utama aku - Semua Jadi Satu. Aku tukar tajuk entri dan tukar tarikh publish. Apa jadi? Mula2 aku punya entri duduk di 1st page enjin carian pakcik google. Lepas aku buat kesalahan tu, entri tu langsung tidak tersenarai dalam enjin carian. Padan muka aku sendiri.
Aku sayang sangat dengan blog ni sebenarnya sebab walaupun masih muda, blog ni dah dapat pagerank 1/10, sebab tu aku tak mau tutup. Sampai aku tulis entri ni, pagerank masih 1/10. Mudah-mudahan meningkat lagi. Jadi blog ni boleh juga dijadikan dummy blog. Maknanya blog aku yang satu lagi boleh tumpang backlink di blog ni.. macam tu lah lebih kurang kegunaan dummy blog ni.
Sempena tahun 2010 juga, sekali lagi aku tukar template blog ni. Pemilihan template kali ni bukan lagi berdasarkan paparan yang cantik atau mengandungi banyak column dan widget, tapi kembali kepada konsep simple dan light.. dan aku pilih template glossy-blue-blogger yang boleh di-download di eblogtemplate.
Sempena tahun 2010 juga, sekali lagi aku tukar template blog ni. Pemilihan template kali ni bukan lagi berdasarkan paparan yang cantik atau mengandungi banyak column dan widget, tapi kembali kepada konsep simple dan light.. dan aku pilih template glossy-blue-blogger yang boleh di-download di eblogtemplate.
Harapan aku moga di tahun 2010 ni lebih banyak entri bermanfaat yang dapat aku kongsikan di blog ni... dan kalau ada pembaca sudi berkongsi apa-apa informasi atau sebarang entri yang bermanfaat, boleh email aku melalui contact yang dah aku sediakan.. Lebih banyak info bermanfaat dapat dikongsikan, maka lebih banyaklah nanti pahala yang akan kita dapat, InsyaAllah.
Akhir sekali, moga tahun 2010 nanti akan memberikan lebih banyak sinar kepada semua blogger. Wassalam
{ 2 Respon... read them below or add one }
Diandangan? Saya juga baru tau sekarang artinya. Jangan ganti judul blog lagi Sobat, nanti google marah, tidak mau index lagi...
Saya juga lebih suka template seperti ini, simpel dan 2 kolom saja...
Sampai ketemu di 2010, semoga silaturahmi tetap terjalin.
12/31/2009 1:32 PM
Good evening and a happy new year!
I'm actually actively seeking for a client of mine for bloggers (higher weightage on Male bloggers)and I stumbled onto your blog.
Hence I decided to email and see if your kindself will be keen on doing an advertorial for my client.
Do let me know and hope to hear from you soon!
Also, do let me know of your unique visitors/page views per day cos' the rates are very dependent on those stats.
Regards,
Eric Yong
Mail to ericyong77@ericyong77.com
1/04/2010 1:54 AM
Post a Comment