Bantuan Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam Sabah

on Wednesday, July 31, 2013

Sebelum ini, kakitangan awam seluruh Malaysia dan juga Selangor telah mendapat pengumuman gembira berhubung bantuan kewangan RM500 sempena Aidilfitri tahun ini.

Pada hari ini pula, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut mengumumkan kenaikan gaji kepada semua penjawat awam di negeri ini di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri turut mengumumkan bantuan kewangan khas RM500 kepada penjawat awam gred satu sehingga 54 sempena Aidilfitri. Walau bagaimanapun setakat ini tidak pula dinyatakan bilakah bantuan kewangan tersebut akan dibayar. Jika ada info nanti, akan dimaklumkan kelak.

Bantuan Kewangan Sempena Raya 2013 Sabah

Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved