Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

1st time Dapat Buffered Campaign

on Friday, April 16, 2010

Salam semua, kali ni saya mengambil kesempatan untuk menulis sedikit. Bukan apa, sejak semalam saya lihat di blog ni ada satu iklan yang sentiasa muncul walaupun saya refresh page beberapa kali. Mula tu saya tak pedulikan sangat, iyalah.. terfikir juga yang mungkin masa tu waktu iklan ditayangkan. Jadi saya biarkan saja iklan tu muncul di blog saya ni.

Petang tadi sempat log masuk blog komuniti Nuffnang, mestilah nak tengok earning, kan... hehe. Terkejut tengok, rupa-rupanya, saya dapat Buffered Campaign.. Ni lah 1st time dapat. Terima kasih banyak-banyak Nuffnang.. Akhirnya merasa juga dapat Buffered Campaign ni.


Kempen yang saya dapat, Celcom Broadband PC Fair LB. Kalau berminat dengan PC fair tu, klik saja pada iklan yang muncul (sementara masih ada). Tapi ingat, untuk yang berminat saja. Tak perlulah klik banyak kali sebab tindakan tu memang salah! Atau anda boleh klik pada gambar di bawah untuk lihat terus Event yang dimaksudkan.

Celcom Broadband PC Fair

Menarik Events tu sebenarnya. Bukan setakat boleh beli PC, malah dapat mendaftar dengan Celcom Broadband dan memenangi pelbagai hadiah menarik, antaraya kereta Produa MyVi. Modenas Motorbike dan pelbagai hadiah yang lain.

Celcom Broadband PC Fair

Kanak-Kanak Desa

on Sunday, March 07, 2010

Minggu lepas saya sempat melawat satu kawasan kampung. Bukan untuk mencari petai atau pucuk rebung, tapi atas urusan kerja. 

Tempat tu boleh dikatakan agak jauh dari pekan. Namun sudah banyak kemudahan asas ada di sana. Masa melalui satu kawasan, pandangan saya tertarik pada sekumpulan kanak-kanak yang nampaknya sedang melakukan rutin harian mereka. Saya cuba mendekati dan menyuruh mereka memandang ke arah saya semasa saya mengambil gambar, namun mereka cukup pemalu untuk berbuat begitu. Hanya ini saya yang sempat saya rakamkan ketika itu.

Rumah vs Hotel

on Thursday, February 25, 2010

Saya memang selalu kerja outstation, terutamanya ke Kota Kinabalu di mana HQ jabatan saya berada. Tak kiralah sama ada untuk mesyuarat atau bengkel. Paling tidak sebulan mesti ada 2-3 kali kerja outstation. Tu belum masuk belajar hujung minggu. Selalunya kalau outstation, mesti tinggal hotel sebab selalu jalan dengan family... dan pastinya belanja tidak kurang daripada RM500, campur sewa hotel, minyak kereta, makan. Tu memang belanja biasa untuk satu keluarga.

Nasib baik tahun lepas dah start beli rumah. Awal tahun ni dah siap. Apa lagi, fikir punya fikir, daripada bazir duit sewa hotel, baik saya isi keperluan rumah tu, so nanti boleh guna time outsation.

Diandangan

on Wednesday, December 30, 2009



Pernah dengar perkataan DIANDANGAN? Tahu makna perkataan ni? Kalau ni 1st time korang dengar perkataan ni, jom baca, kejap lagi nak ceritakan...

Sebelum tu, aku nak maklumkan yang ni mungkin artikel penutup untuk tahun 2009 di blog ni. Tak sedar tahun 2009 dah nak berakhir. Aku akui banyak juga kenangan sepanjang Tahun 2009. Tahun ni lah aku mula aktif berblog guna blogspot ni. Start bulan Jun lepas.

Berbalik kepada kisah diandangan tadi. Akupun sebenarnya tak tahu sangat pasal definisi khusus diandangan (dian dangan) ni. Tak pasti juga sama ada di Malaysia istilah ni diterima pakai atau tidak...aku tak sempat buat rujukan lagi... Tapi kalau tak silap istilah diandangan ni banyak digunapakai dalam Sastera Melayu Brunei. Berdasarkan kefahaman aku diandangan maksudnya lebih kurang macam koleksi cerita-cerita sastera/seajrah rakyat... atau lebih tepat lagi Hikayat (Mohon kalau ada pembaca yang lebih faham maksud diandangan, harap dapat beri komen supaya aku dapat betulkan pemahaman aku).

Muafakat Keluarga

on Monday, December 28, 2009

Bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga, satu perjumpaan di kalangan ahli keluarga Allahyarham Haji Hassim Haji Jamal telah diadakan pada 26 Disember 2009. Perjumpaan kali ini telah diadakan di rumah Tuan Haji Abdullah Abul yang bertempat di Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas. Pada perjumpaan kali ini lebih ramai ahli keluarga yang sempat hadir.

Beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan keluarga itu termasuklah melantik jawatankuasa keluarga dan perancangan untuk mengadakan pertemuan keluarga secara besar-besaran yang akan diadakan pada tahun 2010 nanti.









Sumber: www.hajihassim.com
 
© Just Another Story All Rights Reserved