Kedua-dua biasiswa ini diberikan khusus kepada pelajar yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang ibu bapanya memiliki pendapatan rendah.
Permohonan Baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Tahun 2012 akan diadakan seperti tarikh di bawah :
Zon 1 (11 – 17 Jun 2012) Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu
Zon 2 (18 – 24 Jun 2012) Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Zon 3 (25 Jun – 1 Julai 2012) Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan
Pihak sekolah boleh mengakses ke sistem permohonan melalui alamat berikut: http://apps.moe.gov.my/biasiswa/ dengan menggunakan kod sekolah sebagai ID Pengguna. Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan talian 03-8884 7083 / 7616 / 3692.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment