Hari ini saya menghadiri Bengkel e-Operasi peringkat daerah bersama Penolong Kanan 1 sekolah. Ini adalah kali pertama saya menghadiri verifikasi sistem ini. Sebelum ini memang kurang mahir tentang aplikasi atau sistem e-Operasi ini.
Mujurlah, sistem ini juga lebih kurang dengan Sistem maklumat Pengurusan Pendidikan (SMPP) atau EMIS yang masih berkisar tentang pengurusan maklumat guru, sekolah dan murid. Jadi tak adalah kekok sangat.
Untuk makluman, Sistem e-Operasi ini boleh diakses di url berikut: http://apps.moe.gov.my/eoperasi/
Ramai juga beranggapan bahawa sistem seperti ini adalah satu lagi bentuk bebanan tugas terhadap guru-guru. Namun pada saya sendiri, ia bukanlah satu bebanan yang sangat berat kerana sistem seperti ini tidak perlu diuruskan setiap hari. Hanya jika ada keperluan kemaskini atau keperluan data barulah ianya akan digunakan.
Cuma apa yang kadang membebankan ialah apabila terdapat sekolah-sekolah di Malaysia, terutamanya di luar bandar dan pedalaman yang masih tidak dilengkapi dengan talian internet yang memuaskan. Bayangkan sahaja sistem ini diakses dengan kelajuan internet sekitar 512 kbps maksimum (walaupun kononnya 2 mbps yang dibekalkan). Pastinya ianya akan menjadi suatu bebanan kepada guru-guru yang menguruskan sistem seperti ini.
Jadi, adalah diharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia mengkaji semula bekalan talian internet di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman supaya supaya semua sekolah dapat memanfaatkan kemudahan ICT di sekolah. Dengan itu juga, secara tidak langsung akan dapat mencapai salah satu daripada 11 Anjakan Pembangunan Pendidikan.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment