Berita baik kepada guru sandaran tidak terlatih (GSTT), Kementerian Pelajaran merancang menyerap masuk GSTT yang berkhidmat melebihi lima tahun ke dalam program Kursus Dalam Cuti (KDC) sebelum layak memegang jawatan tetap.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya sedang mengenal pasti GSTT yang berkhidmat lebih lima tahun daripada keseluruhan 12,000 orang yang mengikuti KDC.
Menurutnya, kementerian tidak mampu menyerap masuk kesemua GSTT mengikuti KDC memandangkan tempat yang disediakan agak terhad.
''Bagi memenuhi permintaan pelbagai pihak untuk mengambil guru sandaran ke jawatan tetap, mungkin kita boleh ambil GSTT yang berkhidmat lebih lima tahun mengikuti KDC sebelum mereka diserap ke jawatan tetap," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini.
Katanya, kementerian menganggarkan kurang 1,000 GSTT yang sudah berkhidmat lebih lima tahun ketika ini.
''Jumlah mereka amat kecil, tidak sampai beribu orang, hanya mereka ini yang mungkin dipilih mengikuti KDC sebelum boleh diserap ke jawatan tetap," katanya.
Sumber: Utusan, 24 oktober
{ 2 Respon... read them below or add one }
aduhai..untuk GSTT yang sudah 5tahun berkhidmat saja ka? Kesiannya....sedangkan GSTT lebih terbeban berbanding yang dah cukup terlatih tu...
10/30/2010 1:51 AM
slmt ptng...kita tidak seharusnya memandang penuh dengan menjadikan syarat GSTT mesti berkhidmat selama 5 tahun...perosalan disini, ada juga GSTT yg telah berkhidmat 5 tahun tapi tidak menunjukkan prestasi yang baik..bagaimana dengan GSTT yang berkebolehan tetapi tidak mencapai 5 tahun perkhidmatannya?seharusnya kerajaan perlu memberi peluang kepada mereka yang berminat dan mempunyai kelayakan untuk memegang tugas sebagai guru.
11/23/2010 4:19 PM
Post a Comment