Orang Sabah pun Nak Jadi Raja Lawak

on Saturday, October 23, 2010

Program Raja Lawak Astro ternyata dapat sambutan ramai. Sekarang ni dahpun masuk musim ke-5. Memang ramai juga yang nak jadi pelawak ni termasuklah orang-orang di Sabah.

Kalau baca berita online hari ni, sesi uji bakat Raja Lawak Astro musim kelima di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun ini menunjukkan peningkatan lebih sekali ganda berbanding tahun lalu. Uji bakat yang diadakan di 1Borneo Hypermall selama dua hari pada hujung minggu lalu itu dikendalikan oleh Alex, pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim keempat.

Kehadiran Afdlin Shauki sebagai juri serta persembahan istimewa Johan, Zizan, dan kumpulan Kecik berjaya menarik kira-kira lebih 2,000 orang untuk membanjiri ruang legar kompleks membeli-belah itu bermula pukul 10 pagi.


Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, dia yakin sambutan hangat yang diterima merupakan tempias dari populariti kumpulan Kecik dan Alex yang masing-masing telah muncul sebagai Juara dan pemenang tempat ketiga pada musim lalu.

“Kami amat terharu dengan kualiti serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta yang hadir pada sesi uji bakat kali ini. Selepas empat musim, ternyata mereka sudah memahami format dan konsep Raja Lawak Astro.

“Kami akan mengumumkan senarai baru barisan juri pada minggu pertama gelanggang Raja Lawak bersiaran kelak. Sama ada kami akan mengekalkan barisan juri yang sedia ada dan mencari seorang pengganti bagi kerusi Allahyarham Din Beramboi, ataupun membuat rombakan secara keseluruhan, semuanya akan terjawab apabila Raja Lawak Astro (musim kelima) mula bersiaran pada 7 Januari 2011,” katanya.

Selain Kota Kinabalu, pasukan produksi Raja Lawak musim kelima turut menjelajah ke Kuantan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Seterusnya, pencarian di Johor Baru dan Kuching sebelum berakhir di Kuala Lumpur.

Nizam menambah pihaknya juga akan berkunjung Sarawak kerana menerima sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari penduduk di negeri itu.

“Melalui pertambahan sebuah lagi negeri untuk sesi uji bakat ini, kami yakin pihak produksi akan mendapat lebih ramai bakat-bakat baru yang pastinya akan memeriahkan lagi dunia hiburan tanah air terutamanya dalam bidang lawak,” katanya.

Pertandingan realiti bakat lawak ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat sebagai pelawak.

Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan untuk menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan.

Pemenang tempat kedua dan ketiga Raja Lawak Astro (musim pertama) iaitu Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program itu untuk musim terbaru ini

Saya sebenarnya tak kisah kalau mereka yang hadir uji bakat tu meniru aksi pemenang Raja Lawak musim sebelumnya. Cuma harap-harap tiada yang cuba meniru aksi/gaya seorang OKU. Itu bukannya lawak tapi satu penghinaan!

Gambar: Kredit kepada murai.com.my.
Ranking: 5

{ 2 Respon... read them below or add one }

SyerAgh said...

moga2 dpt cari pelawak yg x bodohkan diri untuk melawak - mencari pengganti din beramboi


10/23/2010 2:32 AM
Zezebel said...

I know someone from Pitas yang layak untuk ke peringkat seterusnya bagi ujibakat ni.Tapi kenal 'sepintas lalu' ja lah.


10/23/2010 2:02 PM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved