Temuduga Terbuka KPLSPM bagi Pemohon di Kawasan Pedalaman

on Tuesday, May 18, 2010

KUALA LUMPUR 18 Mei – Buat pertama kalinya pemilihan calon bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) diadakan secara temu duga terbuka bagi memberi peluang kepada mereka terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses untuk memohon secara online.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, temu duga telah diadakan hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun di Sungai Asap dan Pusat Kegiatan Guru Pejabat Pelajaran Daerah Marudi di Baram, Sarawak.

Di Sabah pula, temu duga akan diadakan pada 24 Mei di Pejabat Pelajaran Daerah Nabawan, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau dan Pejabat Pelajaran Daerah Pitas.

"Sebelum ini, kursus KPLSPM ini hanya boleh dipohon melalui talian, dan temu duga terbuka itu adalah projek rintis dalam usaha kerajaan merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan kawasan pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dijangkakan lebih 30 orang calon akan hadir di setiap tempat temu duga dan mereka akan menjalani tiga tahap ujian iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (Insak), Temu Duga Kumpulan dan Temu Duga Individu sebelum dipilih ditahap seterusnya, kata beliau. – Bernama
Ranking: 5

{ 2 Respon... read them below or add one }

duits4u said...

kenapa d sabah hanya tempat temuduga d nabawan,ranau dan pitas,tak ada tempat lain kah?


5/23/2010 2:09 PM
Anonymous said...

hyee...hmm...untuk tahun 2011 tak de infomation ker ab0ut temuduga terbuka maktab??dgr2..kat tenom n telupid ade...tp tak de pla infomation kat internet nie..please.. mm...besanya lar kn..kalo tmuduga terbuka tue..mo mndftr le kha tuee???????


4/29/2011 10:53 PM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved