Home » Nasional » Lagi Kematian Membabitkan SPRM
Lagi Kematian Membabitkan SPRM
4/06/2011
Ditulis oleh:
Kulanz Salleh
Hari ini liputan berita memetik, seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.
Pegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini. "Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata pembantu khas Mohamed Khalid, Masrul Amri Kamaruddin.
Maknanya ini berkemungkinan akan menjadi kes misteri kedua yang bakal mendapat perhatian meluas selepas kes kematian Teo Beng Hock.
Apapun kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu memandangkan ia masih lagi dalam siasatan. Biarlah pihak berkuasa menentukannya.
Berita lanjut boleh diikuti di Malaysiakini.
Tags: Isu Semasa, Nasional

Artikel ini ditulis oleh:
Kulanz Salleh - yang telah menulis lebih daripada 300 artikel di blog Just Another Story.
Anda boleh mengikuti perkembangan terkini penulis melalui Twitter atau hubungi terus melalui email
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Previous Article

Kongsikan pandangan anda...
1 Respones to "Lagi Kematian Membabitkan SPRM"
but how to use this ma
7/24/2011 9:11 PM
Post a Comment