Home » Nasional » Semakan Keputusan KPLSPM
Semakan Keputusan KPLSPM
4/10/2011
Ditulis oleh:
Kulanz Salleh
Semakan Temuduga KPLSPM
Semakan panggilan temuduga bagi permohonan KPLSPM atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Ambilan Jun 2011 boleh dibuat mulai 12 April 2011. Selain itu, tarikh bagi temuduga dan semakan tawaran kemasukan pula adalah seperti berikut:
Tarikh Temuduga: 18 – 29 April
Semakan Tawaran: 21 mei 2011
Tarikh Kemasukan: 20 Jun 2011
*Tarikh di atas adalah sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Maklumat Penting Berkenaan Temuduga KPLSPM
Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh pemohon berkenaan temuduga KPLSM.
- Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
- Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
- Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Awal-awal saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mengikuti temuduga KPLSPM. Jika ada kelapangan anda juga boleh merujuk entri: Jawapan Kenapa Memilih Profesion Keguruan sebagai panduan untuk mengikuti temuduga nanti. Semoga berjaya.
Untuk semakan, sila layari laman web: http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian).
Untuk semakan, sila layari laman web: http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian).
Tags: kplspm, Nasional

Artikel ini ditulis oleh:
Kulanz Salleh - yang telah menulis lebih daripada 300 artikel di blog Just Another Story.
Anda boleh mengikuti perkembangan terkini penulis melalui Twitter atau hubungi terus melalui email
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Previous Article

Kongsikan pandangan anda...
9 Respones to "Semakan Keputusan KPLSPM"
salam.. saya x jumpe nk semak kt mane panggiln temu duga kplspm ambiln jun 2011..
4/12/2011 3:45 PM
link dah dibetulkan.. boleh semak di sini:
http://apps.moe.gov.my/kplspm/sptd_kplspmjun2011/index.cfm
salam..sekiranye x dpt twarn temuduga kplspm ambln jun 2011 ni,,ade ke bahagian untuk buat rayuan temuduga?
4/13/2011 2:19 PM
Salam.. kenapa entri untuk rujuk
Jawapan Kenapa Memilih Profesion Keguruan
tak boleh bukak?? die cakap 'account suspended'..
saya ingin membuat rujukan sbgai prsedian
m'hadapi temuduga nnti insyaAllah..
4/15/2011 12:29 PM
salam..sekiranye x dpt twarn temuduga kplspm ambln jun 2011 ni,,ade ke bahagian untuk buat rayuan temuduga?
xda rasanya...
Blog tu dalam proses pemindahan hosting.. sebab tu x boleh buka.. mungkin 1-2 hari ni baru proses selesai klu xda masalah..
untuk baca artikel tu.. try buka guna cache..
mcm mna nk rujuk jawapan kenapa memilih profesion keguruan?
5/02/2011 7:27 PM
hahaha cool man
7/24/2011 9:09 PM
Learn abap basics,Abap Community Forum
8/22/2011 10:25 AM
Post a Comment