Tokoh Psikoanalisis: Marianne Kris-Rie

on Tuesday, January 05, 2010

Biografi: Marianne Kris-Rie
Marianne Kris-Rie merupakan seorang doktor dan juga tokoh psikoanalisis berbangsa Austria. Beliau telah dilahirkan di Vienna pada 27 Mei 1900. Beliau mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Ernst Kris yang juga merupakan seorang ahli psikoanalisis yang meninggal pada tahun 1957.

Marianne Kris merupakan anak kepada Oskar Rie dan Melanie Bondy. Oskar Rie merupakan seorang pakar kanak-kanak yang amat terkenal dan juga salah seorang kawan rapat Sigmund Freud (yang juga sama-sama menerbitkan Clinical Study of Cerebral Hemiplegia in Children, pada tahun 1891). Melanie Bondy, iaitu ibu kepada Marianne merupakan kakak ipar Wilhelm Fliess.

Setelah menjadi doktor fizik, Marianne berkahwin dengan Ernst Kris pada 1927. Setahun kemudian, kedua-duanya menjadi ahli kepada Vienna Psychoanalytic Society. Semasa menyertai pertubuhan tersebut, beliau sering bekerjasama dengan Anna Freud yang juga merupakan salah seorang sahabat karibnya. Bahkan, beliau pernah menjadi peserta Child Analysis Seminar yang diadakan oleh Anna Freud. Sepanjang tahun 1925 hingga 1927, beliau menjalani latihan psikoanalisisnya di Berlin Berlin dengan Franz Alexander. Pada masa itu beliau dianalisis oleh Sigmund Freud.

Pada tahun 1938, beliau terpaksa meninggalkan Vienna dan berpindah ke London. Semasa berada di sana, beliau telah menyertai British Psycho Analytical Society. Selepas itu, beliau berpindah lagi ke Amerika Syarikat dan berusaha untuk menyesuaikan diri tinggal di New York pada tahun 1944.

Gambar: Marianne Kris-Rie (sumber:freepage)

Sumbangan Marianne Kris-Rie Sebagai Tokoh Psikoanalisis
Penglibatan Marianne Kris-Rie dalam psikologi banyak tertumpu kepada psikologi kanak-kanak dan keluarga. Semasa berada di New York, beliau telah menyertai New York Psychoanalytic Society. Dalam pertubuhan tersebut beliau bukan sahaja mengajar kursus untuk ahli-ahli fizik tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang berminat yang terdiri daripada kumpulan professional yang lain. Beliau juga turut bekerjasama dengan pekerja-pekerja sosial dan juga guru-guru di beberapa sektor sosial dan memainkan peranan aktif dalam Latihan Bukan Doktor Psikoterapi.

Pada tahun 1965 pula, beliau telah menyertai pertubuhan Western New England Institute for Psychoanalysis. Beliau juga ahli psikoanalisis kanak-kanak yang lain menubuhkan Persatuan Psikoanalisis Kanak-Kanak (Association for Child Psychoanalysis). Beliau juga telah menjadi presiden pertama persatuan tersebut pada tahun yang sama.

Semasa menerajui pertubuhan tersebut, beliau telah menekankan semangat bekerja bersama-sama keluarga apabila merawat kanak-kanak. Pada tahun 1972 beliau telah menyampaikan sebuah kertas kerja di New York berkaitan "Kajian Psikoanalitik Keluarga." (“The Psychoanalytic of The Family”). Beliau juga merupakan ketua pengarang bagi kajian semula penulisan “The Psychoanalytic Study of the Child”. Sepanjang tempoh kerjayanya, beliau telah bekerja keras sehingga membolehkan ramai di kalangan peminat-peminat psikoanalisis yang bukan doktor fizik diterima masuk dalam persatuan-persatuan psikoanalisis. Ini menyebabkan beliau disanjung tinggi oleh ahli-ahli psikoanalisis pada masa itu.

Marianne Kris-Rie telah meninggal dunia di rumah Anna Freud di London pada 23 November 1980. Ketika itu beliau tidak sempat untuk menghadiri Seminar Antarabangsa yang kedua Hampstead Clinic yang diadakan di Great Britain.

Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved