Karen Horney Dan Sumbangannya Dalam Bidang Psikologi

on Wednesday, January 06, 2010

Karen Horney (1885 – 1952)

Biografi
Karen Horney adalah anak kepada Clotilde dan Berndt Danielson yang terpaksa tinggal bersama ibunya setelah ibu bapanya bercerai. Bapanya yang bekerja sebagai kapten kapal telah berkahwin semula dengan seorang wanita bernama Sonni. Berikutan daripada itu, Horney menjadi begitu rapat dengan ibunya kerana bapanya kurang memberikan tumpuan kepadanya. Bapanya lebih menumpukan perhatian kepada anak lelakinya yang dinamakan Berndt hasil daripada perkahwinannya dengan Sonni. Ketika berumur 9 tahun Horney telah berselisih dengan adik lelakinya dan ini telah menyebabkan hubungan mereka tidak baik. Berikutan daripada inilah, Horney mengalami kemurungan yang memberikan kesan kepada keseluruhan hidupnya. Namun akhirnya ibu tirinya telah bercerai dengan ayahnya dan meninggalkan Brendt serta Karen kepada ayahnya.

Karen kemudiannya telah melanjutkan pelajarannya di bidang perubatan dan ini adalah jauh daripada keinginan orang tuanya. Di sinilah Karen bertemu dengan Oscar Horney dan mereka telah berkahwin pada tahun 1909. Setahun selepas itu, Karen melahirkan Brigitte, anak sulung daripada 3 anak perempuannya. Walau bagaimanapun, suaminya juga seperti bapanya yang mendisiplinkan anak dengan cara yang tegas. Namun Karen berfikir bahawa tindakan seperti itu mungkin baik kerana anak-anaknya akan lebih cepat berdikari. Dia mengambil keputusan untuk mempelajari psikoanalisis dan pada tahun 1915, dia bersama-sama Karl Abraham telah mengkaji Freud. Dia kemudiannya mula berjinak-jinak dengan bidang ini pada tahun 1919 dan berkerja di Institut Klinik Psikoanalitik di Berlinsehingga tahun 1932. Semasa tahun tersebut, dia telah menyertai Institut Psikoanalisis di Chicago. Dia juga telah menerbitkan buku yang menerangkan topik Freud Ortodok terutamanya berkenaan psikoseksualiti.

Pada tahun 1923, setelah perniagaan suaminya ditutup dan kematian adik lelakinya akibat infeksi pulmonari, tekanan yang dihadapi beliau begitu berat sekali sehingga dia pernah bercadang untuk membunuh diri. Horney dan anak-anaknya kemudian telah berpindah ke Amerika Syarikat dan telah mengembangkan teori-teori mengenai kepentingan sosio budaya dalam perkembangan manusia.


Sumbangan Karen Horney Terhadap Perkembangan Dan Kemajuan Bidang Psikologi

Pada tahun 1937, Karen Horney telah menulis sebuah buku bertajuk ‘The Neurotic Personality Of Our Time’ yang berfokus kepada idea-idea tentang neurosis yang menyumbang kepada faktor budaya. Selain itu dia juga membincangkan bagaimana neurosis ini menyebabkan gangguan dalam perhubungan manusia.

Setelah itu, beliau beralih pula daripada ortodok Freud dan mengembangkan idea-idea dengan psikoanalisis yang lain pada tahun 1941. Persatuan itu dinamakan Association for the Advancement of Psikoanalysis. Hasil daripada pengalaman dirinya sendiri dan bagaimana dia mengatasi masalah itu, Karen Horney telah menulis buku yang bertajuk ‘Self-Analysis’ pada tahun 1942. Seterusnya dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan mempraktik, berfikir dan menulis banyak lagi buku berkenaan psikoanalisis ini seperti ‘Our Inner Conflicts’ (1945) dan ‘Neurosis and Human Growth’ (1950). Dia meninggal dunia ketika umurnya 67 tahun pada tahun 1952.

Horney juga banyak menyumbangkan analisis dan kajian tentang kejiwaan melalui tiga teori di atas. Teori dan analisis-aanalisis berkenaan perkara itu sebenarnya banyak berkisar pada kehidupan dan pengalaman diri Karen Horney sendiri. Idea-idea tentang neurosis dan psikoanalisis yang melibatkan konflik-konflik dalaman telah dianugerahkan sebagai salah satu daripada teori yang terbaik pada ketika itu.

Teori Neurosis
Menurut Karen neurosis ialah bagaimana manusia mengatasi dan mengawal isu-isu dalaman yang dihadapi setiap hari. Teori lain yang dikaitkannya dengan teori ini ialah psikoanalisis. Daripada kajian dan teori-teorinya itu didapati bahawa Karen sebenarnya tidak bersetuju dengan Teori-teori Freud.

Neurosis ialah ”gangguan fizikal akibat ketakutan dan untuk mempertahankan diri daripada ketakutan. Ia juga mencuba untuk mencari penyelesaian kepada kecenderungan-kecenderungan konflik” . Ini jelas menerangkan bahawa individu yang mengalami masalah tadi sukar untuk mengatasi dan menangani sebahagian daripada masalah-masalah dalam diri mereka. Neurotik juga tidak boleh didiagnos tanpa melihat latar belakang budaya mereka. Karen menyatakan bahawa perasaan dan perilaku neurotik ditentukan oleh cara hidup mereka. namun menurut Freud itu adalah ditentukan oleh biologi. Di sinilah dapat dilihat bahawa Karen tidak sependapat dengan Freud kerana Freud menolak faktor budaya sebagai faktor yang mempengaruhi pencapaian. Tambahan pula pendapat Freud itu memisahkan pemahaman tentang apa sebenarnya yang memotivasikan tindakan dan perilaku manusia.
  1. Penerimaan dan kasih sayang. Neurotik melihat dunia sebagai sesuatu yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka tetapi pada realitinya tidak.
  2. Keperluan kepada cinta dan kasih sayang dan mengharapkan pasangan mereka dapat mengatasi masalah mereka.
  3. Mahu agar segala-galanya menjadi mudah dan senang tanpa ada peraturan. Untuk menghindarkan daripada kemurungan mereka mahu agar kemurungan itu tidak diketahui kerana jika tidak ia akan menambahkan lagi kekecewaan mereka.
  4. Mengawal dan menguasai orang lain
  5. Mahu memanipulasi orang lain akibat daripada perasaan dianggap bodoh oleh orang lain. Gurauan biasanya tidak lucu bagi mereka.
  6. Mahu menjadi terkenal dan popular.
  7. Keinginan untuk dicemburui orang lain.
  8. Mahu menjadi ketua dan menjadi yang pertama dalam semua hal.
  9. Memerlukan kebebasan dan menolak bantuan orang lain.
  10. Mahu agar semuanya sempurna. Oleh itu mereka takut pada kekalahan dan dilihat sebagai pesalah.


Psikoanalisis
Teori Karen mengenai psikoanalisis aadalah berkenaan personaliti seseorang. Ia memberikan contoh bagaimana personaliti kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu bapa dan persekitarannya. Kanak-kanak normal biasanya menempuhi kehidupan dengan perwatakan yang dipengaruhi oleh persekitaran. Ini termasuklah persekitaran di sekolah, hobinya dan juga di rumah. sebaliknya persekitaranlah yang menyembunyikan ciri-ciri dan perwatakan sebenar kanak-kanak neurotik. Orang dewasa juga boleh dikategorikan sebagai neurotik sekiranya dia tidak menghargai diri sendiri, tiada keinginan, resah dan murung. Oleh itu, tujuan analisis ini adalah untuk mengubah pandangan dan persepsi seseorang terhadap kehidupan. Ini bertujuan untuk mengubah pandangan neurotik tentang hidup dan menghindarkan faktor-faktor persekitaran serta dalaman dan mengetahui siapa sebenarnya mereka itu. Namun demikian kajian dan analisis ini hanya bertujuan untuk membantu pesakit neurotik dengan mengubah pandangan mereka terhadap kehidupan.

Konflik Dalaman
Karen melihat konflik dalaman itu sebagai antara pertentangan tren-tren neurotik dan sikap terhadap diri, kualiti dan harga. Karen percaya bahawa setiap individu berpotensi untuk menjadi insan baik. Ini dapat diperolehi melalui hubungan kita dengan diri sendiri dan juga orang lain yang mempunyai masalah. Walau bagaimanapun, manusia boleh berubah dan akan berubah selagi hidup . Oleh yang demikian pendapat dan teori-teori Karen ini adalah tidak sehaluan dengan Freud. Malahan dia menyuarakan pandangan dan ideanya sendiri dengan melihat psikoanalisis dan neurosis yang melibatkan konflik dalaman.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved