Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Penamaan Calon DUN Merlimau dan Kerdau

on Saturday, February 26, 2011

Pilihan raya kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau pada 6 Mac nanti bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu apabila hanya calon Barisan Nasional (BN) dan PAS mengemukakan pencalonan pagi ini.

Selepas tempoh penyerahan borang pencalonan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau ditutup pada pukul 10 pagi tadi, hanya dua borang diterima oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Calon PAS, Hassanuddin Salim, 43, menyerahkan borang pencalonan padapukul 9.10 pagi. Pencalonan Hassanuddin dicadang oleh Muhammad Suhaimi Md Esa dandisokong oleh Mohd Zukri Mohd Salleh. Sementara itu, calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menyerahkanborang pencalonannya pada pukul 9.15 pagi. Beliau dicadang oleh Ibrahim Abdullah dan disokong oleh Chock Keow.

Bagi penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pula, Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan juga bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah. (Sumber: mStar online)

Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau Diadakan Serentak dengan Merlimau

on Saturday, February 19, 2011

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.

Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

(Sumber: Malaysiakini)

ADUN Kerdau Meninggal Dunia, PRK Ke-16 Bakal Menyusul

on Sunday, February 13, 2011

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) disahkan meninggal dunia di hospital Temerloh, Pahang kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaaba berkata, Allahyarham jatuh di bilik air di kediamannya di pekan Kerdau sebelum dikejarkan ke hospital sejurus selepas itu.

"Keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini memang kurang baik, berjalan pun perlu dipimpin.

"Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham jatuh dalam bilik air dirumahnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Sebelum ini Allahyarham beberapa kali dilaporkan kritikal dan pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Kematian Allahyarham Zaharuddin menyaksikan negara bakal menghadapi pilihan raya kecil ke-16 selepas pilihan raya umum 2008.

Terbaru ADUN Merlimau, Melaka, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada 20 Januari lalu (Al-Fatihah).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan berkenaan pada 26 Februari ini manakala pengundian akan diadakan pada 6 Mac depan.

Rodzuan yang ketika ini berada di bilik mayat Hospital Temerloh berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan untuk menziarahi Allahyarham di Hospital Temerloh.

"InsyaAllah, Tuanku Sultan Pahang akan tiba menziarah Allahyarham sebentar lagi," katanya.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerdau pagi Ahad. (Sumber: Mstar)

Keputusan Pilihanraya DUN Tenang

on Sunday, January 30, 2011

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh pada 7.15 pm tadi, Barisan Nasional (BN) telah mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi. Ini bermakna calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Selain itu, calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini.

Dalam masa yang sama, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan penuh akan dikemaskini kemudian.

** Kemaskini keputusan - Keputusan Rasmi: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini. Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi.

Pilihanraya Kecil DUN Merlimau

on Saturday, January 29, 2011

Selain daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bakal diadakan pada 30 Januari 2011 (Ahad) ini, pilihan raya kecil DUN (N27) Merlimau di Melaka juga turut diadakan. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN berkenaan setelah penyandang sebelum ini, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung pada 19 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pilihan raya ialah pada 6 Mac, manakala tarikh penamaan calon pada 26 Februari.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Pilihan Raya Kecil N.05 DUN Tenang

on Friday, December 24, 2010

30 Januari 2011 sekali lagi bakal berlangsung pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Manakala hari penamaan calon pula akan diadakan pada 22 Januari.

Pilihan raya kecil DUN Tenang  diadakan berikutan kekosongan kosong  kerusi DUN berkenaan ekoran Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang, Datuk Sulaiman Taha, meninggal dunia pada 17 Disember lepas.

Pilihan raya kecil ini pada saya memang penting kerana  keputusan pilihanraya ini akan dapat memberikan sedikit gambaran atau maklumat kepada penganalisis dan pemerhati politik tanahair. Daripada keputusan ini kita sekurang-kurangnya dapat mengagak trend pengundian pada masa ini dan mungkin berguna untuk analisis atau membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Batu Sapi dan Galas

on Thursday, November 04, 2010

Berikut adalah keputusan rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi (P.185) dan DUN Galas (N.45) semasa undian yang dijalankan pada 4 November 2010.

7.50pm: Unofficial results (Batu Sapi)

Linda Tsen (BN-PBS) - 8,538
Yong Teck Lee (SAPP) - 2,007
Ansari Abdullah (PKR) - 3,281
Majority - 5,257


Unofficial results (Galas)

Dr Zulkefli Mohamad (PAS) - 4,108
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) - 5,177
Majority - 1,069

Kemaskini 8.50 pm:

Keputusan Rasmi P.185 Batu Sapi
Linda Tsen (BN-PBS) – 9,773 undi
Yong Teck Lee (SAPP) – 2,013
Ansari Abdullah (PKR) – 3,414
Majority – 6,359

Keputusan Rasmi N.45 – Galas
Dr Zulkefli Mohamad (PAS) – 3,744
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) – 5,177 undi
Majority – 1,069

Keputusan Rasmi juga boleh diikuti di: kulanzsalleh.com
 
© Just Another Story All Rights Reserved