30 Januari 2011 sekali lagi bakal berlangsung pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Manakala hari penamaan calon pula akan diadakan pada 22 Januari.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kekosongan kosong kerusi DUN berkenaan ekoran Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang, Datuk Sulaiman Taha, meninggal dunia pada 17 Disember lepas.
Pilihan raya kecil ini pada saya memang penting kerana keputusan pilihanraya ini akan dapat memberikan sedikit gambaran atau maklumat kepada penganalisis dan pemerhati politik tanahair. Daripada keputusan ini kita sekurang-kurangnya dapat mengagak trend pengundian pada masa ini dan mungkin berguna untuk analisis atau membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment