Pilihan raya kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau pada 6 Mac nanti bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu apabila hanya calon Barisan Nasional (BN) dan PAS mengemukakan pencalonan pagi ini.
Selepas tempoh penyerahan borang pencalonan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau ditutup pada pukul 10 pagi tadi, hanya dua borang diterima oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Calon PAS, Hassanuddin Salim, 43, menyerahkan borang pencalonan padapukul 9.10 pagi. Pencalonan Hassanuddin dicadang oleh Muhammad Suhaimi Md Esa dandisokong oleh Mohd Zukri Mohd Salleh. Sementara itu, calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menyerahkanborang pencalonannya pada pukul 9.15 pagi. Beliau dicadang oleh Ibrahim Abdullah dan disokong oleh Chock Keow.
Bagi penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pula, Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan juga bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah. (Sumber: mStar online)
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment