Pilihan
Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut telahpun ditetapkan
pada 24 Julai 2013 manakala penamaan calon pada 12 Julai 2013.
Penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa
berkempen ditetapkan selama 12 hari.
Kerusi
DUN Kuala Besut di Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman
Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru. SPR menerima pemakluman
rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang
Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.
Sehingga
kini (ketika entri ini ditulis), Kedua-dua parti sama ada darpada
Barisan Nasional (BN) dan PAS masih belum menamakan calon masing-masing.
Walaupun pilihan raya kecil Kuala Besut berlaku pasca PRU13, berbeza dengan pilihan raya DUN Kerdau, DUN Merlimau, DUN Tenang, DUN Batu Sapi dan DUN Galas sebelum PRU13 lepas, namun tetap ada juga cerita menarik di sebalik pilihan raya kali ini.
Dengar
berita hari ini RTM bakal menyiarkan secara langsung proses pengiraan
undi dari pusat pengundian/pengiraan undi. Ini adalah bagi mengelakkan
sebarang tuduhan liar daripada mana-mana pihak.
Di
samping itu, Pilihan Raya Umum Negeri Terengganu baru-baru ini
menyaksikan persaingan sengit di antara BN dan PAS, di mana BN mendapat
17 kerusi, manakala PAS/PKR 15 kerusi. Jadi sama ada pilihan raya kecil
ini membawa perubahan pada kedudukan kerusi atau masih mengekalkannya,
hanya akan diketahui pada 24 Julai nanti.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment