2 Kisah Menyayat Hati Sebelum Achik Spin Meninggal Dunia

on Monday, April 19, 2010

Salam semua. Mesti ramai dah tahu berita tentang Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shaari yang pergi meninggalkan kita buat selamanya pada 17 April lepas akibat kemalangan ngeri. Marilah kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Saya sekadar berkongsi 2 kisah menyentuh perasaan yang ada kena mengena dengan allahyarham sebelum meninggal. Pertama, menurut isteri Allahyarham, H M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, Allahyarham Achik memang bersungguh-sungguh mahu mereka sekeluarga berpindah di sebelah rumah ibunya. Isteri Allahyarham tidak menyangka yang permintaan itu adalah petanda yang Allahyarham akan 'pergi' dan mahu saya sentiasa dekat dengan ibu apabila dia tiada," kata isteri Allahyarham.

Sebelum meninggal, Allahyarham dan keluarganya telahpun berpindah ke rumah teres satu tingkat yang berkembar dengan ibu mertuanya dan turut mengambil cuti untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya serta mengemaskan rumah ini sehingga selesai.

Kedua, Allahyarham Achik juga sebelum meninggal sempat berpesan kepada isteri dan anak-anaknya supaya menonton program Gah 1 di TV2 yang ditayangkan pada pukul 4 petang kerana dia akan menyanyi secara langsung." Dalam program itu, Achik bersama rakan duetnya, Siti Nordiana Alias menyanyikan lagu Mencari Ketenangan sebelum mendendangkan lagu Engkau Yang Ku Cinta secara solo.

Rose Zaitul, isteri Allahyarham memang cukup sebak apabila mengingat semula permintaan terakhir Allahyarham itu kerana rupa-rupanya memang ada makna tersirat sebenarnya kerana itulah kali terakhir kami melihat arwah masih hidup, katanya.

Begitulah kisah menyayat hati yang diingati oleh isteri Allahyarham. Apapun, takziah untuk isteri dan keluarga Achik. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan seluruh umat Islam yang terlebih dahulu pergi menghadap Illahi. - Artikel ini memetik berita yang diterbitkan oleh Kosmo Online dan Berita Harian Online
Ranking: 5

{ 3 Respon... read them below or add one }

Cikmin said...

AL-FATIHAH..ada juga baca cerita katanya sebelum sampai ke rumah,arwah kol wifenya suruh bersiap..isteri arwah tanya nak kemana..dia kata ada lah nak bawak ke satu tempat jauh..tak tahu betul ke tak cite ni..


4/21/2010 9:12 AM
Unknown said...

achik meninggal masa umur saya baru 17 tahun..lagu arwah memang popular masa saya sekolah rendah dan menengah dulu..


2/03/2017 8:27 AM
Unknown said...

Al-Fatihah buat arwah achik spin


7/14/2019 9:15 AM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved