Deklarasi Putrajaya Untuk Penjawat Awam Seluruh Negara Sempena Hari Pekerja - 1 Mei 2013

on Thursday, May 02, 2013

DEKLARASI PUTRAJAYA UNTUK PENJAWAT AWAM SELURUH NEGARA SEMPENA HARI PEKERJA - 1 MEI 2013


Bagi mencapai cita-cita membangunkan Malaysia sebagai Negara Berkebajikan dan selepas mempertimbangkan pandangan dan aspirasi penjawat awam negara, dengan ini PR memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 untuk penjawat awam iaitu dengan mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai world class delivery system.

A. BAYARAN GAJI BERASAS BILANGAN MINGGU - TAMBAHAN SATU BULAN PENDAPATAN

Menerima cadangan Y.Bhg Dato Nordin Abd Hamid, bekas Presiden CUEPACS, untuk kerajaan PR mengkaji pembayaran gaji kakitangan awam berasaskan bilangan minggu dalam setahun. Ini akan membolehkan penjawat awam menikmati tambahan sebulan gaji setahun atau 52 minggu setahun berbanding sistem sekarang hanya 48 minggu.

B. PINJAMAN PERUMAHAN TANPA FAEDAH
  • Mengambil model yang telah diamalkan dengan jayanya oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990.
  • Pinjaman tanpa faedah bagi pinjaman pertama penjawat awam
  • Penyelarasan sewajarnya akan dibuat bagi pinjaman sedia ada
  • Pinjaman tanpa faedah diluaskan bagi penjawat awam yang memerlukan rumah sedia ada diubahsuai dengan had tidak melebihi RM 100,000.
  • Kadar pinjaman hendaklah setimpal dengan harga rumah semasa
  • Bancian dan kutipan data akan dilaksanakan sebaik sahaja PR mengambil alih negara bagi mengenal pasti penjawat awam yang belum memiliki rumah.
  • Empat tahun pertama PR mentadbir adalah tempoh sasaran penyediaan rumah bagi penjawat awam.

C. PENDIDIKAN MESRA PENJAWAT AWAM (KHUSUSNYA DI PUTRAJAYA)

Sistem sedia ada menyebabkan ibubapa penjawat awam sentiasa terkejar-kejar sewaktu rehat tengahari untuk mengambil anak-anak mereka dari sekolah rendah untuk dihantar ke kelas fardhu ain di tempat yang berbeza yang berlangsung dari jam 2.30 petang sampai 4.30 petang.

Guru Kelas Fardhu Ain pula dilantik secara tidak tetap, sukatan pelajaran yang tidak seragam, mempunyai bilangan murid yang ramai serta bersesak-sesak dan kemudahan belajar yang tidak mencukupi.

PR dengan ini mencadangkan Pendidikan KAFA percuma (Putrajaya Sebagai Perintis) dengan:
  • Mengubah sedikit jadual persekolahan dengan berhenti rehat 10 minit lebih awal pada tengah hari
  • Pelajar akan makan di kantin sekolah dan kantin beroperasi sepenuhnya
  • Kelas KAFA dilaksanakan di sekolah yang sama bermula jam 2.10 petang.
  • Dengan ini penjawat awam tidak perlu bergegas mengambil dan menghantar anak-anak mereka pada waktu rehat tengahari.

Kesan Pelaksanaan:
  • Kedua-dua pendidikan dilaksanakan di sekolah sedia ada secara percuma
  • Guru-guru kelas farhu ain dilatih dan dilantik oleh Kementerian Perlajaran
  • Guru KAFA sedia ada diserapkan ke Kementerian Pelajaran dengan skim perkhidmatan tetap dan gaji yang lebih baik
  • Pendidikan KAFA hanya kepada murid beragama Islam
  • Penjawat awam akan menikmati ruang masa yang lebih selesa dan ini boleh meningkatkan tumpuan kerja dan produktiviti

D. PENCEN PILIHAN

Menyelaras pemberian pencen sebagaimana lantikan sebelum 1992 iaitu mereka yang memilih untuk bersara awal boleh menikmati pencen apabila mencapai umur 45 tahun bagi wanita dan 50 tahun bagi lelaki.

E. BELAJAR SEMASA TEMPOH BERKHIDMAT

Semua penjawat awam boleh menikmati gaji penuh semasa tempoh belajar, termasuk kumpulan sokongan
(Gred 40 ke bawah).

F. MENYERAP KE JAWATAN TETAP BAGI KAKITANGAN PERKHIDMATAN KONTRAK, SEMENTARA DAN KHIDMAT SINGKAT PERKHIDMATAN AWAM

G.  MEMBANGUNKAN SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM MENUJU STANDARD KELAS DUNIA (WORLD CLASS STANDARD):
  • Membuka peluang kerjaya seluas-luasnya, termasuk peluang belajar yang terbuka untuk membangunkan potensi diri setiap warga penjawat awam dan kenaikan pangkat secara lebih saksama;
  • Merapatkan jurang tempoh kenaikan pangkat yang lebih adil dan samarata di antara semua skim perkhidmatan berasaskan Time-Based;
  • Ketua Perkhidmatan dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dinilai Mengikut Merit, Subject Matter Expert (SME) dan profesionalisme jawatan mengikut skim perkhidmatan masing-masing.
  • KSU/Ketua Jabatan terdiri daripada skim perkhidmatan yang menjadi “CORE BUSINESS” di Kementerian tersebut dan Ketua Perkhidmatan hendaklah dari skim perkhidmatan itu sendiri (cth: Ketua Perkhidmatan Pelajaran adalah di kalangan pensyarah atau guru)
  • Menghilangkan stigma budaya takut dan mengelakkan campurtangan politik
  • Menerapkan perhubungan majikan pekerja / kerajaan yang harmoni dengan konsep smart partnership and participative management.
  • Mengiktiraf Kesatuan Sekerja dalam sektor awam dan CUEPACS untuk bersama kerajaan membangun negara ke arah;
  • World Class Civil Servants
  • World Class Mentality
  • World Class Delivery System
  • World Class Standard
  • Bagi jawatan perkeranian tempoh kenaikan pangkat dipendekkan dari 15 tahun kepada 10 tahun.

H. PERTUKARAN DAN PENEMPATAN PENJAWAT AWAM BERTERASKAN MESRA KELUARGA
  • Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi
  • Penguatkuasaan seperti kastam, polis, tentera dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawatugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan

J. PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN BAGI PENJAWAT AWAM GRED 41 KE BAWAH BERTUJUAN MEMBERIKAN PENDAPATAN BENAR YANG LEBIH BESAR

K. MENYELARAS GAJI PEGAWAI DAN KAKITANGAN PENJARA SAMA SEPERTI ANGGOTA POLIS SEPERTI YANG DIAMALKAN SEBELUM INI.

L. MENGKAJI UNTUK MENAIKKAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP) PENJAWAT AWAM GRED 40 KE BAWAH DARI JUMLAH MINIMUM RM180 KEPADA JUMLAH YANG LEBIH MUNASABAH

M. ELAUN COLA TIDAK DIPOTONG (RM150) BAGI PENJAWAT AWAM YANG MENDUDUKI KUARTERS KERAJAAN DI PUTRAJAYA


Disediakan oleh ;
DATO HAJI HUSAM MUSA
CALON PAKATAN RAKYAT
P125 PUTRA JAYA

Diisytiharkan Oleh;
DATO SRI ANWAR IBRAHIM
PENGERUSI
PAKATAN RAKYAT MALAYSIA

TANGGAL, 1 MEI 2013 / 20 JAMADIL AKHIR 1434H

Nota: Artikel di atas tidak menggambarkan pendirian sebenar penulis.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved