AirAsia telah mengumumkan promosi tambang murah kepada rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei.
Bagi penerbangan domestik seluruh Malaysia, tambang bermula daripada RM29 sehala bagi laluan seperti Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Alor Setar, Terengganu, Langkawi dan lain-lain.
Tambang istimewa itu juga termasuk penerbangan yang beroperasi dari hab lain AirAsia di seluruh negara. Rakyat Malaysia dari bandar-bandar di Indonesia boleh pulang untuk mengundi dengan tambang daripada sehingga serendah RM55n sehala, manakala tambang bermula daripada sehingga serendah RM120 dan RM124 sehala masing-masing dari Singapura dan bandar-bandar lain di Asean.
Tambang murah itu boleh ditempah di laman web AirAsia, www.airasia.com untuk tempoh perjalanan segera, serta menerusi platform tempahan mudah alihnya menerusi telefon berkeupayaan WAP di mobile.airasia.com dan AirAsia apps di peranti iPhone dan Android.

{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment