Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2012 (NTP) malam tadi mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah inisiatif tahunan kerana ia memberi manfaat besar bagi membantu meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah.
Antara intipati ucapan beliau termasuklah:
Dari itu, rakyat Malaysia perlu memilih antara kerajaan hari ini yang sudah membuktikan bahawa ia sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, kerajaan yang mendokong harapan, kerajaan berusaha gigih mencipta masa depan lebih baik untuk anak-anak Malaysia, kerajaan yang akan meneruskan dasar terbukti berjaya atau pihak sebelah sana yang, apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah.
Pada saya, rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan rendah pasti menyambut baik inisiatif kerajaan itu.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment