Benarkah Parlimen Sudah Dibubarkan?

on Wednesday, March 20, 2013

Sejak semalam saya melihat beberapa tulisan di laman sosial mengatakan yang Parlimen Malaysia bakal dibubarkan pada Rabu, 20 Mac 2013.


Bagaimanapun, kenyataan media hari ini (1.11pm) menyebut, Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan parlimen hari ini.
“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali.”
Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Walau bagaimanapun, harus diingat juga bahawa pada 12 Februari 2008 , Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menafikan akan membubarkan parlimen, bagaimanapun beliau secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, keesokan harinya.

Jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku. Tunggu dan lihat sahaja.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved