Pada 11 April, kejadian panik telah melanda Indonesia selepas perairan utara Sumatra telahpun digegarkan dengan gempa bumi kuat sehinga mencapai magnitud 8.9.
Hari ini, Indonesia digegarkan sekali lagi akibat kejadian gempa bumi.
Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 7.14 pagi ini. Pusat gempa itu terletak di 296km barat daya Simeulue, Indonesia, dan 790km di barat daya Kampar, Perak. Kemudian gempa susulan dengan kekuatan 7.0 pada skala Richter juga turut berlaku di rantau Irian Jaya pukul 9.16 pagi. Pusat gempa yang kedua itu terletak di 377km tenggara Sorong, Indonesia, dan 1,903km di tenggara Semporna, Sabah.
Mujurlah kedua-dua gempa bumi ini tidak menyebabkan ancaman tsunami.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment