Mesti ramai dah dengan berita Jurulatih Skuad Badminton Negara, Rashid Sidik yang disahkan positif H1N1. Berikutan pengesahan itu juga, gelanggan latihan skuad badminton negara turut jadi gelanggang pemeriksaan kesihatan.
Walaupun begitu, Piala Thomas yang telah dijadualkan berlangsung pada Ahad, 9 Mei 2010 tetap akan diteruskan. Berikut adalah petikan daripada Berita Harian Online:
PUTRAJAYA: Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung Ahad ini tidak akan ditunda meskipun wabak H1N1 kembali menyerang negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Katanya, tidak ada kejohanan besar dunia seperti Piala Dunia atau Kejohanan Terbuka Perancis yang ditunda kerana wabak itu, justeru tidak ada sebab mengapa kerajaan perlu bertindak sedemikian.
Keputusan berkenaan bagaimanapun katanya, perlu disusuli dengan aspek pemantauan dan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan penyakit berkenaan tidak menjangkiti pemain.
"Kejohanan besar dunia semuanya berjalan seperti biasa setakat ini dan tidak ada satupun yang ditunda kerana H1N1. Walaupun begitu kita sedar langkah penjagaan perlu diambil dan kita minta kepada penonton, sekiranya mereka merasakan diri mereka tidak sihat, tidak perlu datang ke stadium untuk menonton perlawanan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendirian kerajaan dalam menangani wabak H1N1 di saat-saat pasukan negara akan bertarung merebut Piala Thomas dan Piala Uber di Stadium Putra, Bukit Jalil bermula Ahad ini.
Katanta, langkah penjagaan yang ketat perlu diambil bagi memastikan para pemain bebas dari wabak itu, apatah lagi apabila Ketua Jurulatih skuad perseorangan negara, Rashid Sidek kini masih dirawat selepas dijangkiti H1N1. - Bernama
Sama-samalah kita doakan kejayaan pasukan negara kita.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment