SHAH ALAM: Dia baru beberapa minit menidurkan anaknya di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 7 di sini, namun sebaik turut ke tingkat bawah, seorang isteri tergamam selepas melihat suaminya sedang ‘memadu asmara’ dengan seorang wanita yang juga kenalan lama dalam sebuah bilik.
Sebelum kejadian kira-kira jam 9 malam, Sabtu lalu, wanita berkenaan bersama suaminya berusia 50-an serta anak mereka membeli-belah di sebuah pasar raya di Bukit Raja, Klang di sini dan bertemu seorang wanita berusia lewat 20-an, yang juga kenalan lama lelaki itu.
Pasangan itu mempelawa wanita berkenaan yang juga pegawai bank datang ke rumah mereka untuk makan malam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata selepas menikmati makan malam, mereka minum minuman keras.
“Isteri mangsa sebelum itu turut bersama suaminya dan wanita itu minum, sebelum dia meminta diri naik ke tingkat atas menidurkan anaknya.
“Lelaki dan wanita itu terus minum dan hampir mabuk sebelum wanita itu meminta diri ke tandas,” katanya.
Noor Azam berkata, ketika wanita itu berjalan ke tandas, lelaki terbabit yang mengekorinya menolak wanita itu masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya.
“Selang beberapa minit, isteri lelaki itu turun dan tergamam melihat apa yang berlaku.
“Mereka bertengkar dan si isteri meminta wanita itu pulang,” katanya.
Menurutnya, kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu, pegawai bank terbabit membuat laporan polis mendakwa dia dirogol suami wanita itu.
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan lelaki itu yang juga ahli perniagaan pada hari sama untuk membantu siasatan. - Sumber: Harian Metro
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment