LONDON: Wayne Rooney menyuarakan betapa tenaga John Terry amat penting bagi membantu cabaran England dalam Piala Dunia 2010 nanti dan merayu penyokong setia agar memberi semangat kepada rakannya itu apabila mereka menentang Mesir dalam siri persahabatan antarabangsa, hari ini.
"Saya minta penyokong England tidak menyorak menyakitkan hati John. Saya tahu bagaimana perasaannya kerana saya dan rakan lain pernah diejek-ejek," katanya yang sekali lagi akan menjadi ayam tambatan pengurus pasukan, Fabio Capello mendapatkan jaringan nanti.
ROONEY (kanan) bersama Terry ketika sesi latihan skuad England, kelmarin dalam persiapan aksi persahabatan menentang Mesir, esok.
Bintang Chelsea, Frank Lampard dan Ashley Cole sebelum ini pernah menerima sorakan di Stadium Wembley dan sudah ada petanda membimbangkan Terry akan berada dalam senarai itu, hari ini selepas episod skandal seks, baru-baru ini sehingga dia dilucutkan status selaku kapten pasukan.
Rooney menegaskan: "Apabila penyokong tuan rumah menyorak dan mengejek pemain sendiri ia menghantar isyarat yang salah.
"Dalam persiapan menjelang Piala Dunia anda mahu penyokong bersama anda dan memberi sokongan menyeluruh.
Ia penting bagi John mendapat sokongan penonton.
"Kami gembira untuk melihat dia bersama kami. Dia pemain hebat dan jika England mahu menjuarai Piala Dunia sudah pasti kita memerlukan John. Dia pemain penting bagi pasukan."
Bintang Liverpool, Steven Gerrard akan menjadi ketua pasukan England, hari ini tetapi Rooney beranggapan Terry adalah pemimpin bagi pasukan. Agensi
Sumber berita dan gambar: Berita Harian
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment