Lisa Surihani Jadi Samseng dan Perokok

on Friday, March 05, 2010

Sebut sahaja nama Lisa Surihani, mesti terbayang wajah cantik seorang pelakon Melayu yang semakin laris ketika ini. Dan diakui itulah salah satu aset penting kepadanya selain daripada bakat lakonan. Tapi sayang, Lisa Surihani tidak lagi sama seperti mula-mula kemunculannya dahulu. Sekarang dia sudah menjadi samseng dan perokok! Terkedu juga mendengar cerita ni.


Malah apa yang lebih memeranjatkan, Lisa yang ditemubual secara langsung itu mengaku yang dia sebenarnya lebih jahat atau lebih teruk daripada minah-minah motor! Memang sayapun geram sangat dengar pengakuan Lisa. Bolehnya dia buat pengakuan macam tu secara live dengan nada senang hati dan gembira. Saya yang mendengar ni pula betul-betul geram! Kenapalah Lisa sanggup berubah perangai jadi jahat pula. Adakah untuk membuat kelainan daripada artis-artis wanita lain yang daripada baik menjadi seksi? Lisa pula berubah jadi jahat.

Fuh legaaa.. nasib baik saya dengar live interview pagi tu. Lisa sebenarnya jadi tetamu undangan di Segmen Muzik Pagi, Stesen Muzik FM bersama DJ Azura Lisa dan DJ Muaz. Saya dengar interview tu masa driving ke tempat kerja (pagi semalam 04 Mac). Sebenarnya Lisa cuma jadi samseng dalam filem V3 (Samseng Jalanan), arahan Farid Kamil (juga salah seorang pelakon lelaki yang saya minati). Bukan kisah hidup sebenar.

Berdasarkan cerita daripada interview tu, Lisa akan membawakan watak seorang perempuan samseng yang bernama Kamsah (nama ni pun atas pilihan Lisa sendiri). Menurutnya lagi, perwatakan Kamsah ni agak berlainan. Sebab tu apabila DJ Muaz mengajukan pertanyaan kepada Lisa adakah dia mendalami cara hidup minah-minah motor bagi memberi kesan yang baik kepada watak Kamsah, Lisa memberitahu dia tidak melakukan seperti tu sebab watak Kamsah ni lain.. lebih jahat daripada minah motor. Wah, sampai macam tu sekali...  Disebabkan itulah Lisa memberi nama watak tu sebagai Kamsah yang lebih straight (awalnya Lisa terfikir untuk menamakannya sebagai Melor).


Tak sabar tengok lakonan ganas tendang-menendang Lisa dalam filem tu. Adakah mampu menandingi kejahatan Lisa dalam filem Jangan Pandangan Belakang: Congkak.

Sumber gambar: Ehsan Google
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved