Teori Pembelajaran Progressivism

on Wednesday, January 13, 2010

Rumusan Konsep:
John Dewey merupakan pengasan teori ini. Beliau adalah seorang profesor di Universitas Chicago dan Columbia (Amerika). Teori yang diperkenalkan oleh Dewey adalah berkenaan dengan ‘sekolah adalah Progressivism’ yang lebih menekankan kepada pelajar dan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Hasil pembacaan saya daripada artikel-artikel yang berkaitan membolehkan saya membuat rumusan berkenaan teori tersebut seperti berikut:
i.  Teori ini memberi penekanan kepada kepentingan kanak-kanak.
Teori "Progressivism" yang dikemukakan oleh Dewey telah membentuk "Child Centered Curiculum" dan "Child Centered School" iaitu satu sistem pembelajaran yang lebih menekankan kepada pelajar dan minat mereka daripada mata pelajarannya sendiri.

ii.  Menekankan pembelajaran masa kini berbanding kehidupan akan datang.
Progresivisme menekankan pembelajaran yang bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang masa kini berbanding masa depan yang belum jelas. Menurut Dewey, pendidikan adalah proses dari kehidupan sekarang dan bukan persiapan untuk kehidupan masa akan datang.

iii.  Pembelajaran melibatkan pembaharuan
John Dewey mendefinisikan pendidikan sebagai proses pembaharuan, iaitu pendidikan membantu manusia merealisasikan segala kemampuan yang ada dalam diri mereka untuk menjadi seseorang yang berkebolehan. Oleh yang demikian, pernyataan ‘’what is’’ seharusnya dikembangkan menjadi ‘’what for’’ dalam amalan pendidikan.

iv.  Pembelajaran melalui pengalaman
Pendidikan adalah proses pembinaan dan penyusunan semula pengalaman-pengalaman. Daripada pengalaman seseorang akan memperoleh makna dan sekaligus peluang untuk memperoleh pengalaman berikutnya. Oleh demikian Dewey menegaskan bahwa konsep pengalaman merupakan intipati dalam pendidikan. Pengalaman tersebut mungkin datangnya daripada aktiviti kehidupan seharian ataupun program-program yang telah disusun oleh pihak tertentu.

v.  Pelajar dianggap haiwan sosial
Teori ”Progressivism” ini juga amat mempercayai bahawa pendidikan mesti berdasarkan kepada lunas bahawa manusia adalah haiwan-haiwan sosial yang belajar secara terbaik dalam aktiviti-aktiviti kehidupan sebenar dengan orang lain.

Pendapat berkenaan penjelasan teori:
Berdasarkan kepada rumusan yang diperoleh berkenaan teori Pembelajaran Progressivism yang dikemukakan oleh John Dewey, saya dapat katakan bahawa teori tersebut amat menekankan konsep “progresivism” yang bermaksud pembaharuan atau kemajuan dalam pendidikan. Beberapa konsep pembaharuan yang dimaksudkan termasuklah pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan minat mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Selain itu, teori ini juga ada menyatakan bahawa tugas guru bukan sekadar mengarah, tetapi menggalakkan. Ini bermakna kaedah pembelajaran bukan lagi bergantung kepada guru semata-mata, tetapi banyak bergantung kepada pelajar itu sendiri. Ini kerana teori ini juga beranggapan bahawa pelajar itu umpama haiwan sosial yang mampu belajar secara terbaik. Justeru berdasarkan huraian ini, saya amat bersetuju dengan penjelasan teori tersebut dan tidak menjadi masalah untuk kita mengaplikasikan teori berkenaan dalam sistem pembelajaran di Malaysia memandangkan pada masa ini ramai di kalangan kita telah mempunyai kemudahan internet di sekolah mahupun di rumah. Oleh itu pelajar tidak akan menghadapi kesukaran untuk mengikut pembelajaran dengan pelbagai kaedah, sama ada secara bersemuka atau pembelajaran kendiri secara atas talian.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved