Kemahiran Berfikir

on Sunday, February 21, 2010

Maksud Kemahiran Berfikir
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa, kemahiran berfikir adalah satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sangat penting kerana ia membolehkan murid memahami, menilai serta mengaplikasikan maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan dalam situasi Pembelajaran Bestari. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan sesuatu cadangan atau jawapan. Beberapa alat pemikir (thinking tools) digunakan sebagai panduan kepada guru-guru dalam mengendalikan pembelajaran dalam kelas.

Penguasaan oleh pelajar untuk kaedah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif adalah penting kerana kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini membolehkan mereka membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Bahkan, penggunaan alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.

Akhir sekali, penggunaan soalan penyoalan dapat membantu pelajar berfikir secara mendalam dan meluas. Bagi sebagai guru pula, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

Ringkasnya, kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting kerana ia membolehkan pelajar:
  1. mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak;
  2. mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik semasa belajar;
  3. menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif;
  4. mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit;
  5. meningkatkan aspek kognitif, afektif, dan perkembangan intelek mereka;
  6. bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Model Kemahiran Berfikir
Terdapat dua prinsip utama dalam model kemahiran berfikir, iaitu:
• Disusun berdasarkan keperluan prasyarat
• Disusun berdasarkan urutan dari mudah ke kompleks

Berdasarkan kepada prinsip itu, maka model kemahiran berfikir yang terbentuk adalah seperti pada Rajah 1 di bawah.

Model Kemahiran Berfikir
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved