Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Final Olympic Badminton London 2012 Lee Chong Wei Tewas

on Sunday, August 05, 2012

Impian Malaysia untuk membawa pulang pingat Emas Badminton dalam Sukan Olimpik London 2012 berkecai selepas Datuk Lee Chong Wei tewas kepada pemain China, Lin Dan dengan pungutan mata 21-15,10-21 dan 19-21 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki malam tadi.
Dengan kekalahan tersebut, Datuk Lee Chong Wei hanya mampu membawa memenang pingat perak buat kali kedua selepas Olimpik 2008 di Beijing, China. 

Meskipun begitu, ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah patut diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah bermain bersungguh-sungguh.

Gegaran Perlawanan Akhir EURO 2012

on Sunday, July 01, 2012

Awal malam nanti peminat bola sepak EURO 2012 akan berpeluang menyaksikan siaran langsung yang menemukan Spain dan Italy. Tetapi menonton seorang diri agak kurang keseronokannya. Jadi untuk memeriahkan suasana semasa menonton perlawanan akhir nanti, satu acara bakal diadakan di I-City, Shah Alam pada Isnin pagi yang dikenali sebagai 'Gegaran Euro 2012 Bersama Rakyat 1Malaysia'.
Acara anjuran I-Berhad itu akan bertambah meriah dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan peminat bola sepak.

Dalam pesta itu nanti, satu skrin gergasi LED berukuran 40 kaki (12.2 meter) kali 16 kaki (4.88 meter), dikatakan sebagai terbesar di Malaysia, didirikan khusus untuk pesta itu di I-City. Selain menonton siaran secara langsung, turut diadakan juga konsert mini dan aktiviti lain. Mesti suasanya pada masa itu cukup meriah. Jadi kepada yang tinggal berhampiran, bolehlah datang ke I-City dan sama-sama menyemarakkan semangat EURO 2012.

Kelantan Juara Piala FA 2012

on Saturday, May 19, 2012

Tahniah diucapkan keapda pasukan Kelantan berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan KL Sime Darby 1-0 pada aksi final malam Sabtu. Gol tunggal The Red Warriors dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar Mahmoud menerusi sepakan penalti. Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada aksi keseluruhan babak pertama permainan, kedua-dua buah pasukan menunjukkan permainan seimbang dalam usaha mencari kejuaraan sulung. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final.


BARISAN PEMAIN:
Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree Ishak, S.Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), S. Chanturu (Mohd Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohammed Ghaddar Mahmoud.

Sime Darby: Mohd Redzuan Harun, Es Lizuan Zahid Amir (kapten), Mohd Arif Ismail, Mohd Shazlan Alias, Mohd Fairuz Abdul Aziz, Azmirul Azmi (Mohammad Syukur Saidin), Mohd Nor Ismail, Mohd Shoufiq Khusaini, Leandro Teofilo Santos Pinto (Razali Umar Kandasamy), Mohd Faiz Mohd Isa, Patrick Ronaldinho Wleh (Mohd Asrol Ibrahim).

Pengadil: Suhaizi Shukri 

Sumber: mStar Online

Keputusan Piala Dunia: Jerman 3 Uruguay 2

on Sunday, July 11, 2010


PORT ELIZABETH: Jerman menewaskan Uruguay 3-2 pada perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay awal pagi tadi.

Jerman dan Uruguay masing-masing terikat pada kedudukan 2-2 sehingga minit ke 80.

Bagaimanapun hasil tandukan Sami Khedira pada minit ke-82 memastikan Jerman memenangi tempat ketiga Piala Dunia 2010.

Kemenangan tempat ketiga itu merupakan kali kedua berturut-turut bagi pasukan anak didik Joachim Loew.

Keputusan dan Statistik Perlawanan Argentina - Jerman

on Sunday, July 04, 2010

BERIKUT adalah statistik perlawanan di antara Argentina dan Jerman yang berlangsung, semalam.

(Keputusan perlawanan)

Argentina 0 - 4 Jerman

ARGENTINA: 22-Sergio Romero; 15-Nicolas Otamendi(J. Pastore,70), 2-Martin Demichelis, 4-Nicolas Burdisso, 6-Gabriel Heinze, 14-Javier Mascherano, 20-Maxi Rodriguez, 7-Angel Di Maria(S. Agüero,75), 10-Lionel Messi, 11-Carlos Tevez, 9-Gonzalo Higuain.

JERMAN: 1-Manuel Neuer; 16-Philipp Lahm, 3-Arne Friedrich, 17-Per Mertesacker, 20-Jerome Boateng(M. Jansen,72), 13-Thomas Mueller, 6-Sami Khedira, 7-Bastian Schweinsteiger, 10-Lukas Podolski, 8-Mesut Ozil, 11-Miroslav Klose.

Pengadil:Ravshan Irmatov (Uzbekistan)

Penonton:64,100

Butiran perlawanan:

Minit ke-3: Pemain tengah Jerman, T.Muller menjaringkan gol.

Minit ke-11: Pemain pertahanan Argentina, N.Otamendi dilayangkan kad kuning.

Minit ke-35: Muller dilayangkan kad kuning.

Minit ke-67: Penyerang Jerman, M.Klose meletakkan kedudukan 0-2.

Minit ke-74: Pemain pertahanan Jerman, Arne Friedrich meletakkan kedudukan 0-3.

Minit ke-80: Pemain tengah Argentina, J.Mascherano dilayangkan kad kuning.

Minit ke-89: Klose meletakkan kedudukan 0-4.

Statistik:

Sepakan tepat: 7 - 6

Sepakan tersasar: 8 - 8

Penguasaan bola (%): 54 - 46

Sepakan sudut: 5 - 4

Ofsaid: 6 - 0

Kesalahan: 19 - 10

Kad kuning: 2 - 1

Kad merah: 0 - 0

(Sumber: mStar online)

Gambar Jaringan England Yang Tidak Disahkan

on Monday, June 28, 2010

Inilah gambar jaringan pasukan England yang tidak disahkan pengadil semasa perlawanan German menentang England sebentar tadi. German mengalahkan England dengan jaringan 4-1



Keputusan Terkini Piala Dunia Sehingga 19 Jun 2010

on Sunday, June 20, 2010

18 Jun 2010
Keputusan Piala Dunia 2010 Kumpulan D
Jerman 0 - Serbia 1 (Milan Jovanovic,37')

Keputusan Piala Dunia 2010 Kumpulan C
Slovenia 2 (Valter Birsa,13',Zlatan Ljubijankic,42')-Amerika Syarikat 2(Landon Donovan, 48', Michael Bradley, 82')

Keputusan Piala Dunia 2010 KumpulanC
England 0 - Algeria 0


19 Jun 2010
Keputusan Piala Dunia 2010 Kumpulan D:
Ghana 1 (Asamoah Gyan,25') - Australia 1 (Brett Holman,10')

Keputusan Piala Dunia 2010 Kumpulan E:
Belanda 1 (Wesley Sneijder, 52') - Jepun 0

SUKMA: Terengganu Muncul Juara Bola Sepak SUKMA Ke-13

MELAKA, 18 Jun (Bernama) -- Juara bertahan Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraannya pada perlawanan bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Stadium Hang Tuah di sini, Jumaat.

Terengganu muncul juara SUKMA tiga kali berturut-turut sejak Sukma ke-11 2006, menewaskan Selangor 1-0 dalam saingan sengit.

Ketika aksi saling berbalas serangan, pemain Terengganu Rosli Muda menjadi wira pasukan apabila berjaya mencuri ruang di celah benteng pertahanan lawan dengan merembat masuk bola ke pintu gol Selangor pada minit ke-23.

Penyerang Selangor terus mengasak pintu gol Terengganu untuk mencari gol penyamaan dengan beberapa jaringan mencemaskan penjaga gol, Md Sharmiza Yusof.

Separuh masa kedua menyaksikan Selangor memperolehi banyak peluang tetapi Md Sharmiza lebih tangkas dan kemas mengawal pintu gawangnya.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Terengganu membawa pulang pingat emas manakala Selangor memperolehi pingat Perak dan Kedah mendapat pingat gangsa pada temasya Sukma kali ini.

Muhyiddin menyampaikan pingat kepada pemenang.

Ketika ditemui pemberita, jurulatih Terengganu Khalid Mohd Dahan berpuashati dengan persembahan anak buahnya sehingga Terengganu dinobatkan sebagai juara Sukma tiga kali berturut-turut. (Sumber: Bernama)

Keputusan Terkini Piala Dunia Sehingga 18 Jun 2010

on Friday, June 18, 2010

Berikut adalah keputusan terkinibola sepak Piala Dunia yang melibatkan 6 pasukan, iaitu Argentina, Korea Selatan, Greece, Nigeria, Francis (France) dan Mexico dalam 3 perlawanan.

Keputusan Terkini Piala Dunia

on Thursday, June 17, 2010

JOHANNESBURG. - Pasukan bimbingan Diego Maradona, Argentina mudah membenam cabaran Korea Selatan 4-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B yang berlangsung sebentar tadi.


 Bintang Real Madrid, Gonzalo Higuain muncul pemain pertama mencipta hatrik di Piala Dunia FIFA 2010 apabila menjaringkan tiga gol pada minit 33, 76 dan 80.

Satu lagi gol Argentina hasil jaringan sendiri pemain Korea, Park Chu-Young pada minit ke-17. Gol tunggal Korea diperolehi oleh Lee Chung-Yong pada minit ke-46.

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010

Keputusan Rasmi Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010, sehingga Khamis - 17 Jun 2010

Berikut adalah keputusan rasmi World Cup 2010 bermula hari pertama perlawanan.


Franz: England Menampilkan Persembahan Buruk

on Wednesday, June 16, 2010

JOHANNESBURG: Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer mengkritik cara permainan England pada Piala Dunia ini apabila menyebut “mereka bergerak ke belakang kepada corak lama yang buruk, iaitu membuat sepakan bola hantaran jauh dan mengejarnya.”

Ketika skuad England bimbingan Fabio Capello berhempas pulas seri 1-1 menentang Amerika Syarikat selepas penjaga gol, Robert Green melakukan ‘kesilapan bodoh’ membolehkan lawan menyamakan kedudukan, Jerman pula mempamerkan aksi bertenaga membelasah Australia 4-0, Ahad lalu. 

“Apa yang saya lihat daripada pemain England dalam perlawanan dengan AS itu, sebenarnya tidak banyak permainan bola sepak,” kata Beckenbauer, semalam.

“Apa yang saya lihat daripada pemain England dalam perlawanan dengan AS itu, sebenarnya tidak banyak permainan bola sepak,” kata Beckenbauer, semalam.

“Kepada saya England seperti bergerak ke belakang kepada corak lama yang buruk iaitu membuat sepakan bola hantaran jauh dan mengejarnya.

“Saya tidak pasti sama ada Fabio Capello masih boleh mengubahnya. England berada dalam situasi ini kerana hakikat bahawa tidak ramai pemain negara itu dalam kelab Liga Perdana Inggeris kerana mereka menggunakan pemain luar dari serata dunia yang lebih baik,” katanya.

England perlu menewaskan Algeria, Jumaat ini dalam perlawanan Kumpulan C untuk meneruskan cabaran, manakala Jerman berdepan Serbia dalam Kumpulan D pada hari sama. – AFP

Keputusan dan Analisis Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA

on Sunday, June 13, 2010

Tidak sempat menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010? Atau terlepas pandang semasa gol dijaringkan? Tidak perlu risau kerana peminat-peminat bola sepak boleh mendapatkan keputusan rasmi dan analisis setiap perlawanan melalui internet melalui laman Soccernet World Cup 2010.


 Keputusan perlawanan pada setiap hari boleh dilihat terus di halaman depan laman web berkenaan. Untuk mendapatkan laporan permainan dan jaringan pula, pelawat hanya perlu membuka laman FIXTURES & RESULTS di bahagian menu, kemudian klik pada GameCase di bawah keputusan setiap perlawanan yang dipaparkan.
 

Skuad Piala Thomas Malaysia Hadapi Tugas Getir

on Friday, May 14, 2010

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berdepan tugas getir apabila bertemu juara bertahan, China pada pertemuan separuh akhir Piala Thomas yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada jam 7.30 malam esok.

Berdasarkan kedudukan dan rekod pertemuan di antara kedua-dua negara, China jelas mempunyai kelebihan.

Di kem pasukan Malaysia, harapan tinggi jelas disandarkan kepada Datuk Lee Chong Wei dan pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk memberikan dua mata kepada Malaysia dalam perlawanan esok.

Biarpun tugas tersebut tampak sukar, namun pemain tersebut tidak mempunyai pilihan selain memenangi perlawanan masing-masing bagi membuka laluan Malaysia ke perlawanan akhir.

Jika perseorangan pertama dan beregu pertama negara itu mampu memberikan dua mata yang penting, siapakah yang akan memberikan mata kemenangan kepada skuad negara?

Pemain perseorangan berikutnya dalam senarai ialah perseorangan kedua negara, Wong Choong Hann diikuti beregu kedua dan perseorangan ketiga, Muhd Hafiz Hashim.

Mampukah Choong Hann yang kini berusia 33 tahun mengulangi sentuhan juaranya, siapakah gandingan beregu kedua serta mampukah Muhd Hafiz meneruskan permainan cemerlang seperti yang dilakukannya ketika menang ke atas pemain Denmark, Joachim Persson, malam tadi dan membawa Malaysia ke separuh akhir.
Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata, Malaysia sememangnya tidak mempunyai pilihan kecuali menang perlawanan di antara pemain nombor satu dunia Chong Wei dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing, Lin Dan serta Koo/Tan menentang Chen Xu/Guo Zhendong.

"Malaysia mesti mengutip dua mata daripada perseorangan pertama dan beregu pertama dan mengharapkan sama ada barisan perseorangan atau beregu lain mengutip mata ketiga," katanya di sini, hari ini.

Malaysia kali terakhir menang Piala Thomas pada 1992 di sini.

Beliau berkata, di atas kertas Chong Wei mempunyai peluang 50-50 bila menentang pemain yang berada satu tangga di bawahnya, Lin Dan, tetapi kedua-duanya sudah lama tidak bertemu di gelanggang.

Kali terakhir Chong Wei bertemu Lin Dan ialah pada peringkat separuh akhir Kejohanan China Master pada September tahun lalu namun pemain Malaysia itu tewas dalam tiga set, 20-22, 21-15, 7-21.

Rekod pertemuan Chong Wei dan Lin Dan sebelum ini ialah 6:13, memihak kepada pemain China.

Sementara itu beregu nombor satu dunia, Koo/Tan mempunyai rekod 3:4 ke atas gandingan utama China yang berada pada kedudukan kelima, Chen Xu/Guo Zhendong.

Jika China merehatkan Chen Xu/Guo Zhendong dan menurunkan Cai Yun/Fi Haifeng, pasangan Malaysia itu mempunyai rekod 2:0 ke atas pasangan China.

Manakala Choong Hann, yang tewas 17-21, 18-21 kepada Sho Sasaki dari Jepun pada perlawanan peringkat kumpulan B serta tunduk kepada pemain Denmark, Jan O Jorgensen dalam tiga set, 20-22, 21-16, 18-21 pada suku akhir semalam berkata, dia sudah mendapat kembali sentuhannya.

"Momentum permainan saya semakin meningkat dan mendapat kembali sentuhan lama walaupun tewas dalam dua perlawanan sebelum ini," katanya yang telah bermain dalam enam edisi Piala Thomas sebelum ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, jika China menurunkan perseorangan keduanya yang juga pemain ketiga dunia, Chen Jin, pemain Malaysia itu ketinggalan 2:6 kepada lawannya.

Perseorangan ketiga Malaysia yang berada di kedudukan ke-22, Muhammad Hafiz Hashim terikat dengan rekod 2:2 jika bertemu perseorangan ketiga China, Bao Chunlai yang juga pemain kelapan dunia.

Rashid ketika ditanya mengenai kemungkinan merehatkan Choong Hann dan menurunkan Muhammad Hafiz serta perseorangan ke-empat, Tan Chun Seang berkata:" Apakah jaminan Muhammad Hafiz mampu menang dan taraf Tan pula terlalu jauh jika dibandingkan dengan juara All England 2003 (Muhammad Hafiz) itu."

Mengulas beregu kedua pula, ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky berkata, selepas Koo/Tan, beliau hanya mempunyai empat pemain yang membentuk dua pasangan beregu dalam skuad Piala Thomas dan beliau boleh menurunkan gandingan asal atau memisahkan mereka.

Gandingan kedua negara ketika ini ialah Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif dan pasangan ketiga ialah Hoon Tien How/Ong Soon Hock.

Pada perlawanan suku akhir menentang Denmark semalam, Rexy menggandingkan Mohd Zakry dan Hoon namun pasangan negara tewas kepada juara All England tahun ini, Lars Paaske/Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21.

Sebelum itu, Mohd Zakry yang berpasangan dengan Mohd Fairuzizuan pada perlawanan peringkat Kumpulan B tewas kepada beregu utama Jepun, Kenichi Hayakawa/Kenta Kazuno 15-21, 12-21.

Namun insiden Mohd Fairuzizuan gagal mengawal emosinya dan bertindak balas terhadap ejekan penonton menyebabkan dia tidak diturunkan pada perlawanan menentang Denmark, semalam.

Mohd Zakry/Hoon Thien How pula seolah-olah masih mencari keserasian selepas kali terakhir digandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) di Negeri Sembilan 2004.

Persoalannya, siapakah yang mampu memberikan mata ketiga Malaysia ?. - Bernama

Piala Thomas Tetap Akan Diteruskan

on Wednesday, May 05, 2010

Mesti ramai dah dengan berita Jurulatih Skuad Badminton Negara, Rashid Sidik yang disahkan positif H1N1. Berikutan pengesahan itu juga, gelanggan latihan skuad badminton negara turut jadi gelanggang pemeriksaan kesihatan.

Walaupun begitu, Piala Thomas yang telah dijadualkan berlangsung pada Ahad, 9 Mei 2010 tetap akan diteruskan. Berikut adalah petikan daripada Berita Harian Online:

PUTRAJAYA: Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung Ahad ini tidak akan ditunda meskipun wabak H1N1 kembali menyerang negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, tidak ada kejohanan besar dunia seperti Piala Dunia atau Kejohanan Terbuka Perancis yang ditunda kerana wabak itu, justeru tidak ada sebab mengapa kerajaan perlu bertindak sedemikian.
Keputusan berkenaan bagaimanapun katanya, perlu disusuli dengan aspek pemantauan dan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan penyakit berkenaan tidak menjangkiti pemain.

"Kejohanan besar dunia semuanya berjalan seperti biasa setakat ini dan tidak ada satupun yang ditunda kerana H1N1. Walaupun begitu kita sedar langkah penjagaan perlu diambil dan kita minta kepada penonton, sekiranya mereka merasakan diri mereka tidak sihat, tidak perlu datang ke stadium untuk menonton perlawanan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendirian kerajaan dalam menangani wabak H1N1 di saat-saat pasukan negara akan bertarung merebut Piala Thomas dan Piala Uber di Stadium Putra, Bukit Jalil bermula Ahad ini.

Katanta, langkah penjagaan yang ketat perlu diambil bagi memastikan para pemain bebas dari wabak itu, apatah lagi apabila Ketua Jurulatih skuad perseorangan negara, Rashid Sidek kini masih dirawat selepas dijangkiti H1N1. - Bernama

Sama-samalah kita doakan kejayaan pasukan negara kita.

Usah ejek Terry: Rooney

on Wednesday, March 03, 2010

LONDON: Wayne Rooney menyuarakan betapa tenaga John Terry amat penting bagi membantu cabaran England dalam Piala Dunia 2010 nanti dan merayu penyokong setia agar memberi semangat kepada rakannya itu apabila mereka menentang Mesir dalam siri persahabatan antarabangsa, hari ini.

"Saya minta penyokong England tidak menyorak menyakitkan hati John. Saya tahu bagaimana perasaannya kerana saya dan rakan lain pernah diejek-ejek," katanya yang sekali lagi akan menjadi ayam tambatan pengurus pasukan, Fabio Capello mendapatkan jaringan nanti.

 
© Just Another Story All Rights Reserved