Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 2013

on Wednesday, July 03, 2013

Salam semua, berikut saya kongsikan tarikh melihat anak bulan Ramadhan tahun 2013 (1434 Hijrah) bagi negeri-negeri di Malaysia. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Isnin, 8 Julai 2013 bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah. 

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja juga telah menetapkan yang tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah: 
  • Pontian Kecil, Johor;
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
  • Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;
  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
  • Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
  • Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
  • Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
  • Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
  • Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
  • Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
  • Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
  • Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
  • Menara Kuala Lumpur;
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, manakala pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen.

Bagi mengetahui jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi seluruh negeri Sabah, boleh rujuk di SINI.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved