Parlimen Malaysia Telah Dibubarkan

on Wednesday, April 03, 2013

Parlimen Malaysia penggal ke-12 dibubar secara rasmi pada hari ini Rabu, 3 April 2013 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan. Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira pukul 11.35 pagi selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. 


Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak. DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.
Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved